Puan Sri Hazira menemani menantu dan anaknya pergi ke pasar raya untuk mencari barang dapur yang sudah habis. Maklumlah Fariz teringin mahu makan masakan kegemarannya,Udang masak sambal.
Setibanya di pasar raya,
"Aireen dengan Fariz pergi beli barang dapur yang mana takde. Ibu nak pergi cari udang"arah Puan Sri Hazira kepada anaknya lalu meninggalkan pasangan suami isteri itu.Aireen pun jalan ke hadapan tanpa menghiraukan suaminya di belakang. Tiba-tiba terasa tangan lembut Aireen dipegang. Aireen menoleh. Tepat, Fariz yang sedang memegang tangannya.Aireen mengangkat kening tanda pelik dengan sikap Fariz terhadapnya.
"Aku tak nak kau hilang, kejap lagi susah nak cari sebab badan kau tu kecik macam semut"sinis Fariz berkata padanya.
"Lantak awaklah,karang tak siap pulak barang yang ibu nak"Aireen berjalan selamba, tapi tangan suaminya masih melekap di tangannya.
??????
Ummira Syazalina sudah tiba di lapangan terbang Senai.Kedatangannya ke negara asalnya Malaysia,niatnya hanya untuk melawat sedara maranya di sini,atas persetujuan mama dan papanya.
"Kak Mira!"jerit seseorang dari arah ruangan menunggu.Ummira berlari ke arah adik sedaranya.
"Myra, dah lama sampai?"tanya Ummira lalu bersalaman dengan adik sedaranya itu.
"Baru je kak Mira, Kak Mira makin cantiklah sekarang "usik Myra Amanda.
"Ada-ada je Myra ni, mak long dengan pak long apa khabar?"tanya Ummira.
"Alhamdulillah diorang sihat,kak Mira. Macam mana duduk UK?Best?"tanya Myra
"bolehlah, tapi tak setanding dengan Malaysia."balas Mira acuh tak acuh. Itulah hubungan sedara mara yang tak dapat dipisahkan
??????
Share this novel