Aireen bimbang, sudah pukul 11 malam namun Fariz masih belum pulang ke rumah. Aireen cuba berfikiran positif terhadap suaminya. Lalu dia mengambil keputusan untuk tunggu sahaja sambil menonton televisyen.
30 minit kemudian,
Aireen terdengar bunyi kereta di luar rumah banglonya. Dia lantas keluar ke rumahnya, betul sangkaannya Fariz yang baru pulang dari tempat kerjanya.
"Lambatnya awak balik hari ni"
Tanya Aireen.
"Aku ada kerja sikit sebab tu lambat"balas Fariz acuh tak acuh.
"Awak nak makan? Kalau nak saya hidangkan "Tanya Aireen lagi.
"Tak payah, aku dah kenyang "balas Fariz lalu melangkah ke tingkat atas.
Sebenarnya Fariz keluar bersama Ummira Syazalina dia terpaksa berbohong kepada isterinya.
Aireen pula berkecil hati dengan sikap suaminya yang dingin itu. Namun dia tidak boleh berputus asa dia harus membuka pintu hati Fariz untuk menerimanya.
??????
Aireen menerima pesanan whatsapp daripada seseorang. Nombor yang tidak dikenalinya.Rupa-rupanya orang itu ialah Ummira Syazalina.
Ummira:Aireen boleh tak kita jumpa sekejap?Nanti I hantar location kat you.
Aireen:hmm boleh je. Nanti I datang sana.
??????
Setibanya di sana,Aireen terus berjumpa dengan Ummira Syazalina. Katanya ada urusan penting yang mahu dikatakan kepada Aireen.
"Ada apa Mira nak jumpa Aireen? "
Tanya Aireen lalu duduk berhadapan dengannya.
"Tak ada apa-apa, Just nak cakap tahniah sebab berjaya memiliki Fariz"
Kata Ummira Syazalina sinis sekali
"Kalau nak cakap fasal benda ni je. Saya balik dululah. Lagipun saya tahu,
Awak sakit hati kan? Takpelah awak simpan aje lah rasa sakit hati tu,sebab saya takkan pernah mengalah untuk
mendapatkan cinta Fariz dan takkan pernah mengalah. Kalau takde apa-apa lagi saya balik dulu"Balas Aireen cukup pedas di pendengaran Ummira.
"Wait"laung Ummira sedikit kuat.
"Apa lagi yang awak nak? "Tanya Aireen lalu kembali melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan.
"Jaga Fariz elok-elok. Takut nanti ada orang yang menangis air mata darah sebab suami dia kena kebas. For your information, Fariz masih tak boleh lupakan I so jangan nak berangan kau akan dapat memenangi hati dia sebab hanya aku yang akan selalu berada dalam hati dan fikiran Fariz"Balas Ummira Syazalina lalu meninggalkan restoran itu. Air mata Aireen sudah mahu menitis, dia menyeka air matanya lalu memotivasikan dirinya.
"Be strong Aireen,be strong"kata Aireen dalam hati
Share this novel