Sesampainya di hospital Fariz terus menghampiri ibu mentuanya dan bapa mentuanya. Syakira cukup geram melihat wajah Fariz.Fariz bersalaman dengan ibu mertua dan bapa mentuanya.
"Ayah, maafkan Fariz sebab tak mampu jaga Aireen dengan baik, ayah izinkan Fariz nak tengok isteri Fariz, Fariz nak minta maaf dengan Aireen"
Kata Fariz sambil teresak kecil.
"Ayah ampunkan, pergilah tengok isteri kamu tu "balas Tuan Amir sambil menepuk bahu menantunya.
"Terima kasih ayah"ucap Fariz lalu pergi ke bilik dimana terletak isterinya.
??????
Fariz kasihan melihat isterinya kaku tidak bergerak. Terasa air jernih berada di tubir matanya. Dia bersalah kerana membuat isterinya terluka. Fariz menghampiri katil isterinya lalu duduk di kerusi yang berhampiran.
"Maafkan abang,sayang.Abang selalu buat Aireen terluka.Maafkan abang, disebabkan abang Aireen jadi macam ni.Abang rasa bersalah sangat"Kata Fariz dengan esakan yang kecil sambil memegang erat tangan isterinya.Tiba-tiba terasa tangan Aireen bergerak. Fariz terperanjat,dia pun pantas memanggil doktor yang merawat isterinya.
??????
Share this novel