BAB 2

Romance Completed 9936

"Alhamdulillah, Qira,Qila.Aku dapat jugak kerja sebagai Personal Assistant tu."laung Aireen di ruang tamu rumah mereka bertiga.

"Baguslah tu Reen aku tumpang gembira. Good luck tau untuk esok. "
Balas Qila sambil matanya memandang drama yang berlangsung di tv
"Reen agaknya boss kau tu garang ke tak? Tapi kalau garang muka hensem macam Alvin chong tu kan tiap hari aku datang kerja"luah Qira sambil matanya memandang syiling membayangkan wajah Alvin Chong.
"ish,kau ni Qira sempat lagi.Kalau muka hensem perangai hampeh baik tak payah.Dah lah daripada aku layan kau lebih baik aku tengok drama ni"

??????

Fariz membuka begnya lalu mengambil handphone perempuan misteri itu lalu membukanya.Handphone yang tidak berkunci itu. Maknanya dia nak stalker Aireen lah ni. OMG.Fariz membuka galeri lalu terpapar gambar Aireen yang tidak memakai tudung itu terlihat rambut ikal mayang Aireen yang cantik Fariz yang tersedar sepatutnya dia tidak perlu menyelongkar hak milik orang dia pun menutup handphone itu dan akan memulangkannya esok hari. Sedang mahu menutup telefon dia terperasan nama budak perempuan itu.
"Aireena Zahrah"ucap Fariz.

??????

Aireen kelam kabut mencari telefon bimbitnya yang hilang dia telah mencari di seluruh ruang rumahnya namun tidak dijumpai setelah melihat jam Aireen terperanjat di sudah terlewat untuk pergi ke tempat kerjanya lagi 30 minit sebelum pejabat di buka.Dia pun melangakah masuk ke dalam kereta Myvi nya dan tergesa-gesa untuk sampai awal ke tempat kerjanya maklumlah hari pertama kot takkanlah nak buat perangai pulak. Nasib menyebelahinya kerana jalan tidak sesak pada hari ini.Hal berkaitan handphonenya juga dilupakan buat sementara waktu.

??????

Ruang ingatan Fariz teringat kepada kekasih hatinya.Dia masih belum boleh melupakan wanita yang cantik di pandangan matanya, Ummira Syazalina. Mira telah kemalangan dan mendapat penyakit amnesia dan dia tidak lagi mengingati Fariz keluarganya juga menyuruhnya menjauhi Mira kerana bagi keluarganya Fariz yang membuatkan anaknya kemalangan. Maklumlah anaknya itu kemalangan bersama-sama dengan Fariz tapi yang terkena tempiasnya ialah Mira. Sejak daripada itu Fariz tidak lagi berjumpa dengan Mira.

"Mira, Riz masih tak boleh nak lupakan Mira,Mira Riz harap satu hari nanti Riz akan dapat kahwin ngan Mira. Takkan ada perempuan yang boleh menggantikkan Mira dalam hati Riz. "laung Fariz dia masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya. Terdengar ketukan pintu dari luar menyebabkan lamunannya terhenti.

"Masuk"arah Fariz kepada Aireen.

Aireen melangkah masuk ke dalam bilik bossnya sambil memegang fail yang dikehendakinya. Dia pun menyerahkan fail itu kepada bossnya. Tiba-tiba.

"Kau ni buta ke? Aku suruh kau ambil fail lain bukan fail ni.Baru dua hari masuk kerja dah nak buat perangai. Baik kau pergi ambil cepat sebelum aku pecat kau. "Jerkah Fariz.

"ok..boss maafkan saya"Aireen terus melangkah pergi ke almari yang menempatkan fail-fail kerja. Tiga minit kemudian barulah dia menjumpai fail itu lalu dihantar kemeja Fariz. Baru sahaja mahu melangkah keluar tiba-tiba namanya dipanggil.

"Aireena Zahrah "laung Fariz.
Aireen pun menoleh ke arah bossnya yang sedang berpeluk tubuh.

"Yes anything"tanya Aireen dengan tergagap-gagap.
"aku harap kau tak melakukan perkara yang simple macam tu. Kau belum kenal lagi siapa aku so jangan nak besar kepala pulak dalam pejabat ni. Kau boleh janji tak dengan aku? "
Dengan nada yang tegas dia memberitahu.
"okey saya berjanji takkan mengulangi perkara yang sama,saya minta diri dulu"balas Aireen lalu melangkah keluar dari bilik itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience