BAB 15

Romance Completed 9936

Aireen memandu kereta Hondanya dengan wajah yang sembab sudah puas dia menangis,air mata masih bersisa lagi.Aireen ada meninggalkan sepucuk surat untuk dibaca suaminya.

Izinkan saya untuk pergi jauh dari hidup awak. Saya bukan seorang isteri yang sempurna. Saya harap awak maafkan dosa saya selama 8 bulan saya menjadi isteri awak,halalkan makan minum saya.
Saya doakan awak bahagia bersama pilihan hati awak.Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk jadi isteri awak selama ini.Kenangan pahit dan manis menjadi isteri kepada awak tak akan saya lupakan.Mesti awak tak sabarkan lagi empat bulan je lagi saya dan awak akan berpisah. Dengan ini saya Aireena Zahrah binti Amir mengundur diri.

Yang benar isterimu.

Matanya kembali berjuraian air mata. Dia terlampau sedih.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Teruk sangat ke saya depan mata awak? Kenapa awak benci saya? Saya dah usaha Fariz tapi kenapa awak masih tak faham? Saya terlalu cintakan awak tanpa sedar saya sanggup lukakan hati saya sendiri. Terima kasih Fariz,terima kasih"Esak
Aireen dengan tangisan yang kuat. Entah mengapa kereta yang dipandunya hilang kawalan dan...

"Allah"Laung Aireen. Dia terlanggar sebatang pokok besar. Kepalanya di penuhi darah yang banyak. Ramai orang berlongok di situ melihat kejadian yang baru sahaja berlaku.

??????

"You tunggu sini, I nak pergi tandas sekejap,jaga handphone I tau"kata Fariz lalu menuju ke arah bilik air. Handphone Fariz berbunyi menandakan pesanan whatsapp masuk. Ummira lantas mengambil handphone bakal suaminya.

Danial: Abang Fariz.Kak Aireen kemalangan. Balik sekarang abang.

Ummira Syazalina membuang pesanan ringkas itu lalu tersenyum gembira

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience