BAB 7

Romance Completed 9936

"Mama,Mira rasa ada benda yang mama sorokkan dari Mira?Takkanlah dulu masa sebelum pindah UK Mira takde kawan"tanya Ummira Syazalina dengan sedikit pelik kepada mamanya. Puan Syazlin sedikit terperanjat dengan soalan anaknya itu.Maklumlah sudah 3 tahun dia merahsiakan tentang Fariz daripada pengetahuan anaknya.

"Ada, nama dia Aireena Zahrah. Kamu baik sangat dengan dia"Puan Syazlin terpaksa berbohong,hakikat sebenarnya mereka berdua adalah musuh.

"Oh, hmm kalau macam tu Mira nak jumpa dia lah. Mesti dia rindu Mira kan. "kata Mira lalu duduk di sebelah mamanya.Hanya anggukkan yang mampu dibalas Puan Syazlin kerana anaknya pasti kecewa apabila mengetahui tentang Aireen berkahwin dengan Fariz. Oleh sebab kemalangan itu dia membawa anaknya ke luar negara agar dapat mengelakkan Fariz berjumpa dengannya.

??????

Kedatangan Puan Sri Hazira kerumah banglo Fariz memang amat memeranjatkan pasangan pengantin baru ini. Dengan tergesa-gesa Aireen mengangkut semua barang-barangnya lalu dibawa ke bilik suaminya. Selesai meletak barangnya dia kembali semula ke biliknya untuk mengemas bilik itu. Maklumlah dengar cerita yang mamanya mahu duduk di sini selama beberapa hari. Jadi untuk beberapa hari dia terpaksa berkongsi bilik dengan suaminya.
Selama ini pun mereka berasing bilik kecuali di kampung dan waktu kecemasan apabila mamanya bercadang mahu melihat rumahnya.

??????

Bila malam menjelma,

"Eh,kau ni kenapa,tercegat kat situ? "tanya Fariz dengan seribu satu persoalan.

"Takde apa-apalah. "jawab Aireen sedikit gugup apabila Fariz bertanya soalan yang tak dijangka dek fikiranya.

"Kau tak payah nak tipu akulah,aku tahu kau takut nak tidur sini kan? "tanya Fariz dengan senyuman yang nakal.

"Mana ada, oklah awak saya tidur atas sofa tu je. Goodnight. "balas Aireen sambil melangkah ke arah sofa tapi pantas tangannya disambar oleh Fariz. Aireen terperanjat dengan sikap Fariz itu.

"Aku rasa katil tu besar. Takpe biar aku tidur atas sofa kau tidur je kat atas tu"kata Fariz lalu mengambil bantal dan selimutnya lalu diletakkan di atas sofa.
Aireen terperanjat dengan sikap Fariz yang  bertukar menjadi caring pulak. Mesti dah ada perasaan cinta lah tu

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience