Hari ini, Fariz dan Aireen akan pulang ke kampungnya di Johor.Itupun kerana Qila yang bakal berkahwin dengan Hariz. Kalau tak takdenya nak dapat balik kampung.Yelah Fariz memanjang sibuk je.
"Mesti hensemkan bakal suami Qila tu nanti, imam muda pulak tu. Untungnyalah Qila"sapa Aireen niatnya untuk lihat riak wajah suaminya.
"Eeleh, aku ni lagi hensem daripada si Hariz tu tau.Apa kau ingat aku tak pernah jadi imam muda, masa sekolah dulu kalau nak baca doa mesti ustaz suruh aku tau"Riak Fariz sedikit selamba.
"Perasan, perah santan betul awak ni"
Balas Aireen lalu menjeling suaminya di sebelah.
"Ha, jelinglah. Jeling tak bau syurga awak nanti"Fariz berceramah kepada isterinya. Bajet ustaz lah tu.
Imbas kembali
Tiga orang kanak-kanak mahu menuruni tangga untuk pergi ke kantin. Aireen, Sofea dan Intan.
Pada masa yang sama,
"Fayed, jom aku cabar kau,kita lari dari sini sampai tangga sana"cabar Irfan rakan baik Fayed.
"Eeleh kau, boleh tapi kau kena belanja aku cucur udang.Boleh tak?"
Tanya Fayed.
"Boleh Je. "balas Irfan.
123 mula.
Fayed berlari tanpa sempat membrek tiba-tiba.
"Aaaaa!!! "Aireen menjerit lalu menolak Intan ketepi untuk memberi laluannya daripada dilanggar Fayed.
"Kau ni kan. Nak berlari pun tak payah lah lari kat tangga kalau aku jatuh tadi macam mana. Eee geramnya aku."Marah Aireen kepada Fayed yang mahu sahaja melanggarnya tadi.
"Sorry ah kau ni. Tu pun nak marah."
Kata Fayed lalu berjalan mendaki tangga.
Sebenarnya Aireen lama menyimpan perasaan terhadap Fayed namun Fayed mencintai orang lain. Sudah 12 tahun terpisah apabila Fayed memasuki asrama penuh(SMKA).
Share this novel