BAB 11

Romance Completed 9936

Setelah seminggu berada di kampung. Pada hari ini mereka akan pulang ke Johor Bahru semula, Fariz juga mahu menyelesaikan kerja yang tertangguh di pejabat.Suasana sunyi hanya kedengaran DJ radio berceloteh pada awal pagi. Aireen pun bersuara,

"Awak boleh tak kita pergi Giant sekejap?Saya nak beri barang. Boleh tak? "tanya Aireen kepada suaminya.

"Hmm, tapi cepat sikit. Aku ada kerja"balasnya yang sedang fokus memandu kereta BMW di atas jalan.

?

??????

"Myra,jom teman Kak Mira pergi shopping dah lama tak pergi. Rindu"
Ajak Ummira Syazalina kepada adik sedaranya yang sedang memandu.

"Boleh jugak tu, kita pergi Giant aae. Myra pun ada barang nak beli"jawab
Myra Farhana kepada kakak sedaranya sambil tersenyum.

??????

"Eh, awak ni Aireena Zahrah kan? saya Ummira Syazalina kawan baik awak masa kat sekolah dulu. Awak ingat saya tak? "tanya Ummira Syazalina kepada Aireen. Aireen terperanjat seketika apabila melihat kekasih suaminya di depan mata. Fariz pun begitu terperanjat dengan kehadiran Ummira wanita yang amat dicintai.Dengan perasaan hampa,
Aireen membalas.

"Ye saya, ya Allah dah lama tak jumpa awak. Awak sihat? "sapa Aireen pula.

"Alhamdulillah sihat, siapa ni? "tanya Ummira Syazalina pula.

Aireen memandang Fariz disebelahnya. Dia tahu dia perlu menipu agar tak menghampakan perasaan Ummira.

"Ha, ni cousin saya. Kenalkan ni Fariz"jawab Aireen tenang.

"Hai"sapa Ummira kepada Fariz.

"Hai"jawab Fariz lalu tersenyum semanis madu. Mungkin rindukan Ummira Syazalina?Maklumlah sudah dua tahun tidak berjumpa.

"Okeylah, saya balik dulu"kata Aireen kemudian bersalam dengan Ummira dan Myra. Dia berjalan tanpa menghiraukan suaminya di belakang.Hati Aireen sekarang ini bagaikan dihiris dengan pedang dan bertambah pedih di tempat yang luka ditaburkan garam, itulah yang dirasakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience