Tangan dipimpin menuju ke tingkat atas. Atau lebih tepatnya, bilik tidur!
Terasa gementar mahu berdua bersama Tengku Haris di dalam satu bilik.
Sebaik pintu dibuka, aku terus menjunam ke atas katil. Tengku Haris? Lantak dia la. Yang penting aku nak tidur!
"Wow sayang. Rindu betul dengan katil tu" Aku tidak menyahut. Posisi badan dibetulkan untuk tidur dengan selesa.
Tengku Haris mengambil tempat di sebelah Tiara. Badannya direbahkan sambil melihat wajahnya.
"Sleep well bidadari abang. Love you"
Dan kedua-duannya sudah lena di alam mimpi.
Kelihatan seorang wanita yang sedang tersenyum ke arahku. Aku berlari mendapatkannya.
"Mama!" Badannya ku peluk seeratnya. Rindu pada tubuh ini tiada tandingannya.
"Tiara rindu sangat kat mama. Mama jangan tinggalkan Tiara tau"
Rambutku diusap lembut. Air mata mengalir laju membasahi pipi.
"Anak mama.. bahagia dengan Haris ya? Haris lelaki yang terbaik untuk Tiara. Jangan sesekali tinggalkan Haris. Janji dengan mama okay?"
"Janji! Mama pun tak boleh tinggalkan Tiara. Tiara tak kuatt"
Pelukan dieratkan.
"Tiara kuat sayang. Mama dengan papa sentiasa doakan Tiara. Tiara jaga diri baik-baik ya. Mama sayang anak mama"
Perlahan-lahan wajahnya hilang dari pandangan.
"Mama! Mama!"
Matanya terbuka luas. Ada air mata yang mengalir. Ya, dia menangis di dalam mimpinya.
"Tiara nak mama"
Badanku menggeletar akibat menangis. Terasa satu tangan yang sedang mengusap belakangnya.
"Are you okay, my angel?" Suara lembut itu membuatkan aku terus memeluknya.
"Tiara nak mama, abang. Kenapa mama dan papa tinggalkan Tiara?"
"Sayang.." Seperti biasa,rambutku diusap lembut.
"Sebelum mama pergi, mama ada cakap sesuatu kat abang"
Dan Tengku Haris menceritakan apa yang terjadi semasa kebakaran dahulu.
>♡<
Tengku Haris berusaha untuk mengangkat kayu yang menimpa wanita itu. Dia tahu masanya sudah semakin tipis. Bila-bila masa sahaja bangunan itu akan runtuh menimpa mereka.
"Pergilah. Biarkan mama kat sini"
"No! Saya kena selamatkan puan!"
Wanita itu menggeleng. Dia mencapai tangan Haris.
"Tolong cakap kat Tiara yang mama sayang sangat kat dia. Tolong bahagiakan dia ye Haris. Tiara anak yang baik, mama tahu dia akan jadi isteri terbaik untuk Haris. Jaga Tiara untuk mama,Haris. Mama percayakan Haris" wanita itu tersenyum sebelum melepaskan tangannya.
"Mama.." Haris berlari meninggalkan wanita itu. Kedengaran bangunan runtuh menimpa tubuh wanita itu. Tengku Haris berdiri sambil mengesat air matanya.
"Haris akan bahagiakan Tiara untuk mama"
Tengku Haris memandang gadis itu sebelum rebah.
"I am sorry,girl"
>♡<
"Abang minta maaf sayang"
"Duduk jauh sikit" pintaku. Aku rasa mahu menangis sepuasnya.
"Sayang.. abang pegang janji mama. Bahagiakan sayang. Sayang tolong abang ya?" Suara Haris yang lembut itu membuatkan hatiku terusik.
Mataku memandang suamiku. Rasa bersalah mula terbit.
Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku tanda setuju.
Badanku dipeluk erat. Air mata mula mengalir laju.
"Tiara nak bahagia dengan abang. Tiara nak tunaikan janji mama. Tiara taknak jauh dari abang"
Tengku Haris tersenyum kecil mendengar jawapan itu.
'Comel pulak bini aku ni'
"Taknak jauh dari abang ya?"
Mataku dibulatkan. Alamak,apa dia nak buat ni?
"Em.. hehe"
"You, come to me" Tanganku digenggam. Nampak gayanya lama lagi nak dilepaskan.
"Abang.. solat subuh abang"
Kata-kataku membuatkan Haris tersentak.
"Ya Allah, abang lupa sayang.. thank you ingatkan abang"
Tanganku dilepaskan. Aku menghela nafas lega.
"Abang pergi ambil wuduk dulu ya. Sayang tunggu tau. Kita solat sama-sama"
Aku tersenyum kecil. Katil dikemaskan sementara menunggu Haris.
Apabila semua sudah bersedia, Tengku Haris memulakan takbirnya. Ya Allah,merdunya suara diaa!
Seusai memberi salam, Haris memandang ke arahku.
Tangan mula menadah untuk mengaminkan doa.
"Bismillahirahmanirahim. Ya Allah, terima kasih kerana telah hadirkan seorang bidadari di dalam hidupku. Pimpinlah aku untuk memimpinnya ke jalan yang benar. Kekalkan kesejahteraan rumah tangga kami. Bahagiakanlah kami Ya Allah. Semoga setiap ujian yang akan kami tempuhi nanti akan mengeratkan lagi hubungan kami Ya Allah. Aamiin"
Aku tersenyum mendengarnya. Tangan dihulurkan untuk menyalam suamiku.
"Kesayangan abang"
"Kesayangan Tiara"
Kami pun mengemas sejadah dan telekung bersama-sama.
"Abang,Tiara pergi bawah dulu ye. Nak tolong mommy sediakan sarapan"
Tangannya melingkar di pinggangku.
"Tapi Tiara kata taknak jauh dari abang kan?" Tengku Haris tersenyum kecil.
"Abang.. maksud Tiara .. Tiara taknak berpisah dari abang.. bukan jauh yang itu.. lepas abang, Tiara nak sediakan sarapan"
"Tapi.. abang taknak jauh dari sayang" Satu kucupan hinggap di pipiku.
"Abang ni.." wajahku merona merah. Pagi-pagi dah macam ni haih.
"Okeylah.. abang lepas bagi sayang masak sarapan. Masak sedap-sedap ya sayangku" Tengku Haris tersenyum lebar.
Aku mengangguk laju lalu mula turun ke tingkat bawah. Jom kita masak untuk hubby kita!
"Good morning bidadari Haris" Tegur Puan Harissa lembut. Suka melihat menantunya yang tersengih itu.
"Good morning mommy!"
"Ni kenapa turun je dah tersengih? Haris buat apa kat menantu mommy ni?" Soal Puan Harissa.
Takkan nak kata Haris cium dia tadi? Fikir Tiara fikir.
"Haris naughty je tadi. Biasalah pagi-pagi kan? Dia kan nak pergi kerja kejap lagi" jawabku lembut.
"Dia pergi kerja? Tak cuti khawin ke budak tu?"
"Tak rasanya. Maybe sebab dia doktor kan" Aku tersenyum kecil.
"Haih.. kesian Tiara,baru nak manja dengan suami" Puan Harissa tersenyum kecil.
"Assalamualaikum syurga!" Jerit Tengku Haris yang sedang menuruni tangga.
"Waalaikummusalam kesayangan mommy. Nak pergi kerja dah ya?"
Tengku Haris tersenyum kecil. Dia membetulkan kot putihnya.
"Sayang.. dah siap masak?" Tengku Haris mendapatkan isterinya.
"Tiara tak sempat masak pun. Mommy dah siapkan"
"Ala.. takpe nanti abang balik, abang nak rasa masakan sayang. Okay?"
Aku sekadar mengangguk.
"Mommy,sayang. I need to go now. Sorry tak dapat sarapan sekali. Ada urgent case." Tengku Haris tersenyum tawar.
Aku memeluk lengan suamiku.
"It's okay abang.. abang jaga diri okay? Tiara sayang abang!"
Tengku Haris membelai lembut rambutku.
"Sayang jaga diri baik-baik. Tiara kesayangan abang. Abang pun sayang sangat kat sayang. Jumpa nanti"
Satu kucupan dihadiahkan di dahiku. Aku tersenyum manis.
Tengku Haris memeluk Puan Harissa pula.
"Mommy.. Haris pergi dulu ya. Mommy pun jaga diri. Jaga Tiara sekali hehe"
"Ye sayang. Haris pun elok-elok kerja tu. Rawat patient baik-baik. Mommy sentiasa doakan Haris"
Tengku Haris pergi meninggalkan kami berdua. Rasa berat pula nak tinggalkan dia. Ye la.. hati dah sayang kan?
"Bye kesayangan Tiara.."
Tengku Haris dengan bergayanya memasuki hospital tempat dia bekerja. Ada seorang patient yang perlu dia selamatkan.
"Sorry, I am late"
"Dr. Haris. Pesakit baru sahaja ditikam tepat di jantungnya. Pesakit perlukan pembedahan dengan segera"
"Dah minta permission parent dia ke belum?" Tengku Haris mengambil file pesakit itu.
"Parent dia.. tak mengaku pesakit ni anak dia. Family problem"
Tengku Haris merengus perlahan. Nyawa anak dah hujung tanduk pun ada lagi yang macam ni.
"Never mind. Aku akan buat surgery juga. Lantaklah parent dia"
"Tapi dr, kita akan langgar prosedur"
Tengku Haris menghela nafas ringan.
"Kau nak tunggu patient ni mati dulu ke kalau nak ikut prosedur? Aku taknak jawab dengan tuhan nanti. Aku akan jalankan tugas aku"
Pembantu itu terdiam lalu mengangguk perlahan. Alatan disediakan lalu diberikan kepada Tengku Haris.
Pembedahan itu mengambil masa selama hampir 2 jam. Lebih lama dari pembedahan Tiara terdahulu.
"Alhamdullilah, patient dapat survive" Tengku Haris menanggalkan sarung tangannya lalu bergerak ke bilik air.
"Rindu pula dengan bidadari aku ni"
Tengku Haris mencapai telefon bimbitnya sambil menikmati sarapan di kafeteria.
Gambar Tiara dicari lalu Tengku Haris memandangnya lama.
"I love you,Tiara Qistina"
Share this novel