Bab 5

Romance Series 1745

Tiara berjalan masuk ke kedai cenderamata. Matanya terpegun melihat semua cenderamata yang cantik itu.

"Cantiknyaa.. kalaulah ada orang bagi kat aku,mesti best!"

"Kau nak ke?" Suara itu menyebabkan Tiara berpusing ke belakang.

"Eh Haziem! Kenapa Haziem kat sini?" Tengku Haziem tersenyum.

"Tugas aku untuk tengokkan kau. Abang aku tu suruh jagakan isteri dia elok-elok. Menyampah aku"

Tiara tergelak kecil. Haih Haris ni, adiknya pula yang jadi mangsa.

"Susahkan Haziem jee. Tiara okay je kat sini"

"Aku tahu. Kau kan pandai silat, kalau ada orang jahat pun kau boleh lawan"

"Macam mana Haziem tahu?" Tengku Haziem menggeleng perlahan.

"Kau nak apa? Aku belikan"

"Ehh takpelah Haziem. Tiara taknak susahkan Haziem"

"Kalau Haris tahu kau degil macam ni,naya kau kena bebel dengan dia"

Tiara tersenyum kecil. Tiara mengambil satu bebola salji yang nampak menarik di matanya.

"Tiara teringin nak bebola ni. Cantik"

"Okey jom bayar" Tengku Haziem mengambil bebola salji itu lalu membayarnya.

"Terima kasih" Tengku Haziem hanya mengangguk.

"Kau nak pergi mana lepas ni?"

"Makan, Tiara lapar"

"Alright" Tengku Haziem mengikut langkah Tiara.

Tiara berlari menuju ke kedai aiskrim. Apa-apa aiskrim dulu!

Tiba-tiba ada satu tangan melingkar ke pinganggnya. Tiara cuba melepaskan tangan itu tapi tidak berjaya.

"Hey,beautiful lady. We meet again"

Tiara memandang lelaki itu. Dia yang menegurnya semasa Tiara membeli aiskrim dua hari lepas.

"Don't touch me!" Tiara bertindak menumbuk perut lelaki itu menyebabkan lelaki itu menahan senak.

"Kau ni.."

"Stay away from her!" Tengku Haris mencekik leher lelaki itu.

"Berani kau sentuh bini aku! Dasar jantan tak guna!" Tengku Haris menyepak perut lelaki itu berkali-kali sehingga lelaki itu berlari meninggalkan mereka berdua.

"Haris!" Tiara menuju ke arah Tengku Haris.

"Angel! Kau okey tak? Dia ada buat apa-apa kat kau?"

"Tiara okey. Ni Tiara lah! Thank you selamatkan Tiara"

"Anything for my future princess"
Tengku Haris tersenyum manis.

"Mana Haziem?"

"Haziem? Dia ada hal sikit. Sebabtu dia panggil aku suruh temankan kau"

Tiara hanya mengangguk.

"Okey jom! Cari makan! I'm hungry now"

"Okey, let's go sweety"

Mereka berjalan bersama-sama sambil bergurau senda. Walaupun belum bergelar pasangan yang sah, mereka seperti pasangan yang sangat bahagia.

"Tengku Haziem" Tengku Haziem tiba di rumahnya. Wajah puan Harissa dipandang.

"Yes,my princess?"

"Kamu ni,suka sangat panggil mommy macam tu"

"Of course la mommy, mommy lah princess bagi Haziem" Tengku Haziem tersenyum manis.

"Hm ye lahh.. kamu tu bila nak bawak bidadari kamu pulak? Haris dah ada bidadari dia"

"Err..one day" Puan Harissa tergelak kecil mendengar jawapan anaknya. Haziem..Haziem...

"Haziem pergi mana tadi?"

"Pergi jaga Tiara. Haris suruh jaga bini dia" jawab Tengku Haziem dengan wajah yang masam.

Puan Harissa tersenyum lalu menggeleng perlahan. Kesian jadi mangsa abangnya.

"Haziem kena keluar balik ni. Ada hal"

"Jumpa bidadari ke?"

Terdiam Tengku Haziem mendengar soalan itu. Dia mahu berjumpa kawan baiknya, Auni Damia.

"Apa kesitu pulak mommy ni, Haziem nak jumpa kawan je"

"Hehehe.. ye la.. hati-hati" Tengku Haziem menyalam Puan Harissa sebelum beredar.

"Dah kenyang?" Tengku Haris melihat wajah Tiara yang sedang menikmati ayam korea dihadapannya.

"Belum, tolong belikan abc pulak" pinta Tiara. Tengku Haris memandangnya tajam.

"Dah gemok pun lapar lagi"

"Apa!? Haris kata Tiara gemok!?"
Tiara mula berdiri.

Tengku Haris menelan air liur. Wajah Tiara kelihatan garang.

"Err.. Tiara.. duduk la dulu,habiskan makan. Aku pergi beli abc untuk kau"

Tengku Haris segera beredar menuju ke kedai yang menjual ais batu campur.

"Haih.. gelabah pun hensem" Tiara tersenyum sendiri.

"Auni!! Sorry lambat" Tengku Haziem menuju ke arah Auni Damia.

"Hmm ye lahh" Auni mengambil tempat di hadapan Tengku Haziem.

"Makin cantik kau sekarang eh"

Auni tersenyum sebelum menggeleng.

"Kau pun,makin macho! Mesti ramai minat kau kan"

"Setakat ni kau je" Muka Auni ditenung lama.

"Apa kau merepek,Haziem. HAHAHAH" Auni tergelak suka. Dah lama mereka tidak bertemu atas faktor pelajaran.

Tengku Haziem hanya tersenyum kecil.

"Dah lama aku tak tengok kau tergelak macam ni. Aku suka"

Auni memandang Tengku Haziem lama.

"Kau ni... tu lah lama tak jumpa kan dah rindu"

Tengku Haziem hanya tersenyum memandang Auni. Sungguh dia rindu akan gadis ini. Gadis yang sangat menghiburkan hatinya.

"Asal pandang aku macam tu? Tak pernah tengok orang?"

"Saje.. lepaskan rindu"

Auni memberi jelingan tajam. Tengku Haziem tersenyum kecil.

"Makan, kalau tak aku ambik" Tengku Haziem mengacah.

"Ehh mana boleh! Aku punyaa!" Auni menyembunyikan makanannya.

Tengku Haziem ketawa besar. Sudah lama dia tak mengusik gadis itu.

"Dah gemok kau ni"

"Eii Haziemm" Auni menunjukkan wajah masam.

"Elelele.. aku gurau jee..comell!"

Auni terdiam. Matanya masih merenung Tengku Haziem.

"Tiara,my angelll.. aku dah belikan abc kauu" Tengku Haris dengan ceria meletakkan semangkuk abc di atas meja.

Tiara tersenyum kecil sebelum menikmati makanan itu.

"Emm sedap!"

"Mestilah sedap,aku yang buat"

Jawapan itu menyebabkan Tiara terus memandang tepat ke arah Tengku Haris.

"Awak.. buat?" Biar betul Haris ni? Buat abc semata-mata untuknya?

"Yes,flower. Sedap kan? Kalau kau nak boleh je aku buatkan" Tengku Haris tersenyum. Limited person je boleh tengok senyuman tu.

"Flo..wer?" Tiara masih terkejut dengan lelaki ini. Dapat panggilan flower pulak tu.

"Makan jangan comot boleh tak,hm?" Tengku Haris menghulurkan tisu ke arah bakal isterinya itu.

Tanpa sedar, Tiara tersenyum sendiri.

"Hah! Dah kenyangg.. jom balik!" Tiara bangun dari kerusi. Dia nak balik. Penat.

"Hm,jom" Tengku Haris mengikut langkah Tiara.

"I like this" kata Tiara secara tiba-tiba.

"Like what?" Langkah mereka terhenti.

"Like this way. Saya bahagia dengan awak. Terima kasih"

Tengku Haris tersenyum. Ingatkan apa tadi.

"Lepas kita nikah, aku akan lebih bahagiakan kau. Aku sayang kau sangat-sangat. Jangan tinggalkan aku tau" Tengku Haris teruskan langkahnya menuju ke keretanya.

Kereta menuju ke satu cafe. Ini merupakan tempat dia melamarnya dahulu. Semakin cantik dekorasi cafe ini.

"Love cafe?" Tiara memandang Haris. Bukan dahulu cafe ni dinamakan sempena namanya ke?

"Yeah,after you accept my purpose.. kita perlu letak nama sempena bukti cinta kita. Aku lamar kau kat sini. Kau terima pun kat sini. Bukti cinta kita" Tengku Haris masuk ke dalam cafe itu. Tiara mengikutinya.

"Love this flower" Tiara memegang sekuntum bunga daisy. Sangat wangi.

"I know"

"Macam mana awak tahu semua kesukaan saya?" Mata memandang tepat wajah Haris.

Tak kira, aku nak tahu jugak. Macam mana dia tahu semua benda tentang aku ni?

Tengku Haris terdiam. Matanya sayu memandang bunga di tanganku.

"Your mother,angel"

Aku terkejut. Haris kenal mama aku? Macam mana dia boleh kenal? Apa hubungan aku dengan Haris sebenarnya?

"Macam mana..."

"Aku kenal mak kau. Dia yang cerita semua benda pasal kau pada aku. Aku yang selamatkan mak kau masa kebakaran dulu" Tengku Haris menghela nafas ringan. Matanya memandang wajah Tiara.

Tiara terkedu mendengar pengakuan itu. Haris kenal mamanya? Haris selamatkan mamanya dahulu? Hah?

"Awak selamatkan mama? Macam mana awak boleh selamat?"Suaranya bergetar. Macam mana lelaki ini boleh selamat tapi ibunya tidak? Kenapa?

"Aku berjaya lari dari runtuhan tu. Aku cuba selamatkan mak kau,tapi Allah lebih sayangkan dia. Aku minta maaf,Tiara"

Aku terduduk. Masih tidak percaya. Kenapa mesti Haris yang terselamat? Dia mahukan ibunya, dia tak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience