Bab 4

Romance Series 1745

Mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Ini semua atas arahan Tengku Haris.

"Ada apa Haris nak jumpa kami ni?" Soal Puan Harissa.

"Haris nak bincang" Ayat itu kedengaran serius. Agaknya apalah yang sangat penting yang ingin dia bincangkan?

"Haris nak khawin" Tersembur air yang diminum Tengku Haziem, anak kedua Tengku Haqiem dan Puan Harissa.

"Kau demam ke bang?" Tengku Haziem meletakkan tangan di atas dahi Haris. Haris menepisnya kasar.

"Berapa kali aku nak pesan jangan panggil aku abang? Cringe" jawab Haris mendatar.

Tengku Haqiem dan Puan Harissa menggeleng perlahan.

"Dengan siapa?"

"Dengan Tiara" Mata semua tertumpu ke arah Tiara yang sedang tertunduk malu.

Tengku Haziem sudah terkejut manakala Tengku Haqiem dan isterinya hanya tersenyum.Mereka sudah tahu tentang rancangan Haris.

"Diam-diam ek kau buat kerja" Bahu Haziem ditepuk kuat oleh Haris.

"Tiara betul-betul nak nikah dengan Haris? Bukan sebab terpaksa?" Puan Harissa memegang tangan Tiara. Dia tahu bahawa Tiara telah tersakiti sebelum ini.

Tiara mengangguk perlahan. Dia berserah kepada takdir. Mungkin Haris adalah jodohnya.
"Tiara,thank you" Mereka bertentang mata. Muka Tiara sudah merona merah.

"Bahagiakan saya"

"I will" semua yang melihat hanya tersenyum. Moga pasangan ini akan kekalselamanya.

Tiara mendekati Haris yang sedang duduk di balkoni. Apa agaknya yang sedang difikirkan Haris?

"Haa termenung!!"

"Eh kau ni" Haris berpusing menghadap Tiara. Tiara mengambil tempat di hadapan Haris.

"Fikir apa?"

"Nothing, yang kau cari aku kenapa?" Haris memandang Tiara.

"Kenapa awak pilih saya? Ramai lagi perempuan yang layak jadi isteri awak. Kekasih awak tu,awak dah tak sayang dia ke? Saya cuma gadis yang banyak menyusahkan orang,Haris. Saya tak layak untuk awak" ucap Tiara lebar. Ada air mata yang bergenang di matanya.

"Are you serious? Kau terima lamaran aku and kau persoalkan. My question, kenapa kau terima kalau kau rasa diri kau tak layak untuk aku?"

Tiara terdiam.Matanya memandang pemandangan luar.

"See? Kau sendiri tak ada jawapan. Aku pilih kau sebab kau berjaya ketuk hati aku yang dah lama beku. Memang ramai lagi yang layak,tapi aku nak kau. I want you to be my princess. Kekasih aku tu abaikan. Kau layak untuk aku,Tiara Qistina. And I love you" Haris tersenyum. Belum tiba masanya untuk Tiara tahu tentang segalanya.

"Jom masuk,dah lambat ni" ajak Haris lembut.

"Okay, esok awak tak kerja ke?"

"Mestilah pergi, kalau tak siapa nak sara hidup kau nanti"

Tiara terkedu. Dia memandang wajah Haris.

"Tidur,angel.Aku tahu kau penat. Sleep well,good night" Haris tersenyum lalu pergi ke bilik tidurnya.

"Good night,Haris"

Pagiitu, Haris mencari kelibat Tiara sebelum pergi ke hospital.

"Tiara?" Tiara menuju ke arah pintu.

"Awak nak pergi kerja dah ye? Hati-hati,saya taknak jadi janda"

"Kita belum khawin lagi dah fikir pasal janda" Haris menunjukkan riakbiasa.

"Ye la mana tau kan, Allah tarik nyawa harini haa" Tiara tersenyum manis.

"Deep angel deep.Taknak pergi kerja la macam ni" Haris mula melangkah masuk ke dalan rumah.

"Ehh..pergi kerja. Bak kata awak,siapa nak sara saya nanti" Tiara mendepakan tangannya. Menghalang Haris masuk.

"Alah takpe..daddy banyak duit. Kita kikis lah duit daddy"

"Tengku Haris" Tengku Haris memandang ke arah suara itu. Tengku Haqiem! Daddynya sedang memandang tajam ke arahnya. Di sebelahnya, Tengku Haziem sedang tersenyum sinis.

"Assalamualaikum,daddy! Daddy dah solat? Kalau belum,jomlah pergi surau. Haris nak buat Qasidah. Alang-alang boleh baca sekali" Haris tersenyum manis. Tiara di sebelahnya sudah tertawa melihatnya.

"Solat apa pukul 7, Tengku Haris?" Tengku Haqiem tersenyum sinis.

"Memang patut pun daddy halau Haris ni" Tengku Haziem bersuara.

Tengku Haris sudah terkedu melihat pandangan tajam dua manusia itu.

"Da..ddy, Haris gurau je nak kikis duit daddy. Haris kena kerja kan,daddy? Kalau tak.. siapa nak sara Tiara kan,daddy?" Tengku Haris tergagap. Anak sulung buat perangai, limited sungguh!

Tengku Haqiem hanya menunjukkan riak tidak berperasaan.

"Haris pergi kerja dulu,daddy. Jagakan Tiara untuk Haris ye daddy? Sayang daddy!" Tengku Haris menyalam Tengku Haqiem. Lepas buat perangai kenalah buat baik kan.

"Bye Tiara! Kalau jodoh Panjang,Haris balik. Jaga diri,Assalamualaikum semua" Tengku Haris terus meninggalkan mereka semua.

Tengku Haziem mengeluh perlahan.

"Berubah terus abang aku sebab kau,Tiara"

"Berubah? Maksud Haziem?" Tengku Haziem hanya menggeleng perlahan.

"Tiara..daddy harap Tiara boleh tengok Haris dengan baik. Kalau dia lukakan Tiara lagi bagitahu daddy.Biar daddy hempuk dia" Tengku Haqiem menyampuk.

"Hehehe.. Tiara rasa Haris akan jadi suami yang baik untuk Tiara. Tiara percayakan dia" Tiara tersenyum kecil.

"Jaga abang aku elok-elok. Dia tu kadang bengap sikit" kata Tengku Haziem pula.

"Tiara tahu. Ni Tiara Qistina lah! setakat Haris,Tiara boleh jadi singa"

"HAHAHAH, nasib kau le Haris. Dapat bini garang" Tengku Haziem menggeleng perlahan sebelum beredar. Ada kerja yang perlu dia selesaikan.

"Daddy, Tiara nak keluar boleh? Tiara nak jalan-jalan"

"Boleh, ada duit tak? Daddy boleh transfer duit"

"Ehh ada, Tiara boleh guna duit Tiara sendiri. Menyusahkan daddy je nantii" cegah Tiara.

"Mana ada menyusahkan. Tiara kan menantu daddy?" Tengku Haqiem tersenyum.

"Belum lagi jadi menantu daddy. Baru terima lamaran"

"Tapi kalau Tiara dah terima lamaran tu,maksudnya Tiara setuju nak jadi menantu daddy kan? Terima kasih Tiara pilih Haris jadi suami Tiara"

Tiara mengangguk. Moga ini adalah keputusannya yang tepat.

Tengku Haris duduk di mejanya sambil tersengih. Suka melihat Tiara tertawa dengan perangainya sebentar tadi.

"Ketawa pun comel. Aku harap kalini kau tak tinggalkan aku"

Persoalannya, adakah Tiara mengingatinya semula menyebabkan Tiara terima lamaran Haris dengan mudah? Kalau ya, kenapa dia rahsiakan? Kalau tidak, kenapa dia boleh terlupa?

Pintu diketuk menyebabkan Tengku Haris sedar ke alam nyata.

"Masuk"

"Hey,Haris!" Tengku Haziem menyapa abangnya.

"Asal kau datang sini? Kenapa tak tengok bini aku!?"

"Kau belum ikat apa-apa lagi dengan dia,Haris. Tak sabar betul kau ni" Tengku Haziem tersenyum sinis.

"Heh, asal kau datang sini?"

"Aku rasa kau dah berubah" Tengku Haris melihat adiknya pelik.

"Ha? Apa yang kau merepek?"

"Sejak Tiara ada dengan kau, perangai kau berubah. Kau macam lagi manja dengan daddy,mengada-ngada. Kau macam sengaja nak tunjuk kat Tiara yang kau tu manja" Kata Tengku Haziem dengan mendatar.

"Aku just nak tahu reaction dia. And aku pelik sampai sekarang, kenapa dia tak ingat pasal aku langsung? Kitaorang macam baru kenal" luah Tengku Haris.

"Sometimes, bila ada someone yang sangat dia cinta, lepastu orang tu curang pada dia. Kau rasa? Mesti dia nak lupakan kenangan pahit tu. Walaupun kau yang jadi mangsa, tapi bagi Tiara kau yang curang pada dia. Dia dah takde siapa-siapa selain kau,dia dah lama berharap pada kau. At last,kau khianati dia" Terang Tengku Haziem lebar.

"Apa aku nak buat,Haziem?"

"Kau teruskan je perkhawinan kau. Bila kau rasa masa tu sesuai, kau cuba tanya dia. Kau cuba terangkan pada dia. Tapi jangan sampai dia fall in love dengan kau lagi lepastu kau buat dia rasa dikhianati kali kedua. Bahagiakan dia,Haris. Ini peluang kau untuk tebus kesalahan kau" Tengku Haziem menepuk bahu abangnya sebelum beredar meninggalkan Tengku Haris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience