Bab 9

Romance Series 1745

"Aku nak masak apa ni?" Mata melihat ayam mentah yang sudah dibasuh itu. Ini semua permintaan cik hubby kesayangan nak makan ayam malam ni.

Tiba-tiba aku tersenyum sendiri. Aku nak pergi tanya mommy!

Mata mengintai di balkoni melihat Puan Harissa. Kelihatan dia sedang melukis sesuatu di atas buku lukisan.

"Assalamualaikum mommy! Mommy tengah buat apa tu?"

Puan Harissa menghentikan kerjanya lalu badannya menghadap diriku.

"Waalaikummusalam,Tiara. Mommy tengah lukis pemandangan. Saje luangkan masa."

Aku membelek isi buku lukisan itu. Mataku terpegun melihat lukisan mommy. Tidak ubah seperti seorang pelukis!

"Mommy! Cantiknyaa. Mommy tak bagitahu Tiara pun yang selama ni mommy pandai lukis"
Aku tersenyum manis.

"Mommy pun takdelah pandai mana. Mommy pun jarang melukis. Ni tiba-tiba terdetik nak melukis balik"

"Jadi..Haris ikut mommy lah sebenarnya? Suka melukis" Baru aku teringat kat hubby aku tu. Suka betul dia melukis. Buku lukisan dia lebih dari 5 buku!

"Dah hobi dia,Tiara. Ni kenapa tiba-tiba datang sini?" Ops! Aku lupa agenda sebenar aku datang sini! Sempat lagi ke aku nak masak ni!?

"Ha mommy! Apa eh lauk favourite Haris? Haris kata nak makan ayam malam ni. Tiara tak tahu nak masak apa.." Mataku setia menunggu jawapan dari mulut ibu mertuanya itu.

"Dulu masa Haris suka duduk rumah, Haris suka Ayam masak kicap. Cuba Tiara buat"

Aku tersenyum.Akhirnya aku dah boleh mula memasak. Tak sabar nak tunggu suami aku balik.

2 jam kemudian,kedengaran enjin kereta dimatikan. Langkah dilajukan bagi menyambut gerangan yang ditunggu-tunggu di pintu.

Pintu dibuka.

"Assa..."

"Abang!!" Tubuhnya ku peluk erat. Rindu terhadap lelaki ini tiada bandingan.

"Sayang..ye abang dah balik ni.."

Matanya ku renung. Kelihatan wajahnya kepenatan selepas seharian bekerja.

"Abang penat yee.. Tiara dah masak lauk ayam yang abang nak.. lepas mandi kita makan sama-sama ye abangg" aku tersenyum manis. Menunggu jawapan dari mulut Haris.

"Really? Thank you love" rambutku diusap lembut.

Tengku Haris pergi membersihkan diri. Aku pula nak susun meja cantik-cantik untuk encik hubby!

'Excited pulak aku kalini'

Sementara itu Tengku Haris di dalam bilik sedang duduk di atas katil sambil memegang sekotak hadiah.

"Macam mana aku nak bagi ni.."

"Eii ape susah, aku kata je la ni hadiah untuk dia sebab tanda penghargaan. Pastu dinner macam biasa haa"

Setelah berpuas hati dengan dirinya,langkahnya mula menuju ke meja makan. Kelihatan isterinya sedang menunggu sambil tersenyum.

"You look gorgeous"

Aku memandang ke arah suara itu. Omg handsome nye cik hubby kita niii!

"Handsome" Aku tersengih. Tangannya ku pegang lalu membawa nya ke tempat duduk.

"Emm sayang. Abang ada sesuatu nak bagi ni"

Tengku Haris menghulurkan sekotak hadiah. Wajah Tiara dipandang lembut.

"Ni untuk sayang. Tanda terima kasih sebab jadi isteri abang. Abang tahu tak seberapa, tapi sayang kena ingat yang cinta abang pada sayang takkan ada penghujung. Abang janji takkan tinggalkan sayang hingga akhir hayat abang" Haris tersenyum manis .
Kotak hadiah itu diambil perlahan.

"Abang.. abang tak perlu pun buat semua ni. Tiara terima abang sebab Tiara percayakan abang. Tiara sayang abang sangat-sangat. Terima kasih jadi suami Tiara"

Mereka berdua tersenyum sendiri.

Tangan menghulurkan lauk ayam masak kicap kegemaran Haris. Tak sabar nak bagi dia rasa.

"That look delicious sayang" Puji Haris ikhlas. Rasa terharu pun ada dengan isterinya ini.

"Tiara masak sedap-sedap untuk suami Tiara. Makanlah"

"Abang taknak makan kalau sayang tak suapkan" Mulutnya tersenyum nakal.

Wajahku merona merah. Alahai mengada pulak cik hubby ni!

"Come,open your mouth" Mahu tak mahu kita tunaikan je lah. Untuk suami tercinta.

Laju sahaja mulutnya menerima suapan itu. Ni kes lapar sangat lah ni.

"Omg sayang! Sedap kalah chef antarabangsa" Tanganku digenggamnya.

"Abang.. puji lebih-lebih pulak. First time Tiara cuba masak lauk ni. Tiara tanya mommy resipi dia. Nak masak untuk abang"

Kelihatan mulutnya mengukir senyuman manis mendengar kata-kataku.

"Sayang... thank you. I love you,sayang"

Aku hanya mengukir senyuman manis buat suamiku. Selepas itu,kami menjamu selera bersama-sama.

Aku bangun membawa pinggan untuk dibasuh. Mata melihat Tengku Haris yang sedang melihatku.

"Biar abang basuh" Dirinya turut bangun sambil mahu mengambil pinggan ditanganku.

"No abang. Tanggungjawab Tiara sebagai isteri. Abang duduk diam kat situ" Aku cuba menghalangnya. Bukan apa,dia baru sahaja pulang dari kerja. Apa kata dia berehat dahulu?

"Siapa kata tanggungjawab isteri je? Suami pun kena sama-sama bantu tau. Baru dapat menjamin rumah tangga yang bahagia. Sayang lah duduk. Kesian sayang penat masak untuk abang" Pipiku disentuh perlahan. Mataku mula berkaca.

"Abang..Tiara kesian tengok abang penat dari kerja.Abang dari dulu try hard nak dapatkan Tiara. Tapi Tiara? Tiara menyusahkan abang. Tiara dah banyak susahkan orang dari dulu" Air mata mula menitis perlahan. Penat menanggung rasa.

Pinggan diletakkan kembali ke atas meja. Tubuhku dipeluk erat.

"Sayang..why you say that? Sayang tak pernah menyusahkan abang. Sayang tak menyusahkan semua orang. Sayang seorang Tiara Qistina yang sangat tabah hatinya. Abang nak dapatkan sayang balik sebab abang sayang kat Tiara. Tiara,bidadari syurga abang. Selamanya Tiara akan jadi bidadari abang" ucap Haris lebar.

Rambutku diusap perlahan.

'Ya Allah,beruntungnya aku dapat suami macam Haris ni.Terima kasih Ya Allah'

Senyuman dihadiahkan untuk sang suami sebelum melelapkan mata. Penat sungguh rasanya hari ini.

Terasa satu tangan memeluk tubuhnya.Mata mengintai tangannya.

"Tidur sayang. Sayang penat kan?" Suara lembut itu membuatkan hatiku terusik.

"hmm nak tidur lah ni"

"Ye lah tu. kenapa ni? wanna share with me?" sekarang ini kami telah bertentang mata.

"Tiara penat abang. Tapi tak boleh tidur"

"mari sini abang tolong sayang tidur" badanku dipeluk erat. satu kucupan hinggap di dahiku.

"Twinkle-twinkle little star~ Sleep lah sayang oh cinta" Aku rasa mahu tergelak mendengar lagu yang telah diubah lirik itu. Haih susahlah nak tidur macam ni.

"ini bukan suruh orang tidur! Penat Tiara gelak macam ni" Tengku Haris tergelak kecil.

"You should release your stress before sleep. baru boleh tidur lena"

"oklah Tiara faham. Tiara tidur dulu. Good night abang"

"Good night cinta" Rambutku diusap lembut.

Tepukan lembut menyedarkan tidurku. Mata dibuka dan digosok perlahan.Kelihatan Tengku Haris sedang berada tidak sampai 2 cm dari wajahku.

"Good morning bidadari abang" satu kucupan dihadiahkan ke dahiku sebelum dia bangun berdiri.

"Awalnya abang bangun"

" Of course! cepat bangun,kita solat subuh berjemaah. Then cepat siap"

"Nak pergi mana?" setahu aku,takde lah pulak aku ajak dia keluar hari ini.

"surprise. Cepat siap"

Selaju mungkin aku bersiap untuk keluar bersama suami tercinta.

1 jam kemudian,aku turun ke ruang tamu mencari Haris.

"Abang,Tiara dah siap" Tengku Haris melihatku sambil tersenyum.

"Cantiknya bidadari abang ni" Aku memakai baju dress pemberian Haris.Haris mahuku menjadi seorang puteri hari ini. Tak apalah aku tidak kisah asalkan puteranya Haris sendiri.

Tanganku ditarik lembut menuju ke dalam kereta.

"Kita nak pergi mana sebenarnya?"

"Secret. Tapi abang janji sayang suka" Tempatnya kekal jadi persoalan sehinggalah Haris memberhentikan keretanya di hadapan sebuah taman.

"Kita nak berkelah ke abang? Kalau ya,baik Tiara bawak makanan tadi"

"Shh,sayang ikut je abang okay?"

Kami berjalan beriringan sehingga ke suatu kerusi yang telah dihiasi bunga lavender.

"Have a seat my princess"

Aku duduk di sebelah suamiku.Aku melihat wajahnya minta tanda penjelasan.

Seorang kanak-kanak perempuan terjatuh di hadapan mereka. Aku bangun mahu menolong kanak-kanak itu. Namun,tanganku digenggam kemas.

"Just sit down sayang"

"Eh mana boleh! kesian dia" Kelihatan kanak-kanak itu menangis sambil memegang sekuntum bunga lavender. Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul entah dari mana datang membantu kanak-kanak perempuan itu bangun. Dia mengusap rambut kanak-kanak itu sambil memujuknya supaya berhenti menangis. Kanak-kanak perempuan itu memberinya bunga itu bersama kad kecil yang terlekat di bunga itu.

Kanak-kanak lelaki itu bangun dan menuju ke arah kami. Bunga itu dihulur ke arahku sambil tangannya memimpin kanak-kanak perempuan itu tadi.

"For me?" Kanak-kanak itu mengangguk.Aku mengambil bunga itu lalu kedua kanak-kanak itu berlari meninggalkan kami.

Kad kecil itu dibuka dan dibaca.

"Beautiful flower only for my beautiful princess"

"Ni semua kerja abang ya? Thank you abang!" Badannya ku peluk erat.

"Wait sayang"

Kelihatan seorang remaja perempuan membawa sejambang bunga yang amat cantik di matanya. Belakangnya dieekori 2 kanak-kanak tadi yang memegang belon ditangannya.

"Cantiknya! Ya Allah terima kasih abang" Badannya ku peluk seeratnya. Terharu dengan pemberiannya ini.

"Everything for my beautiful princess"

"Kenapa abang buat semua ni? Tiara tak mampu nak bagi abang apa-apa"

Kepalaku diusap perlahan.

"Sayanglah hadiah terbaik untuk abang. Abang janji abang takkan tinggalkan sayang like before. Yang lepas biarlah berlalu,yang penting hargai apa yang depan mata kita" Mulutku mengukir senyuman. Haih comel hubby kita ni!

"Sayang nak aiskrim?" tangannya menunjuk lori aiskrim yang berdekatan dengan kami.

"Sure,aiskrim mix satu! Abang?"

"Kita share. Baru boleh bermanja dengan bidadari abang ni"

Wajahku merona merah. Ada je kata-katanya yang boleh membuat hatiku cair.

5 minit kemudian,Tengku Haris datang membawa satu kon aiskrim di tangannya.

"Here we go" Aku menggapai aiskrim itu. Nampak sedap!

Suapan pertama telah mencairkan hatiku. Sedapnyaaa!

"Apa comot-comot ni sayang? Nasib baik comel" Tangannya mengelap mulutku menggunakan tisu. Aku terkedu sebentar.

"Abang ni..malu orang nampak" Kalau taman ni tiada orang,aku tidak kisah. tapi ni penuh dengan pengunjung.

"Then? Sayangkan isteri abang. Bukannya orang lain. Buat apa nak malu?" Wajahnya didekatkan ke wajahku. Hidung kami bertemu.

"A..bang" Aku kehilangan kata-kata. Wajahku sudah merona merah.

"I love you my angel"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience