Bab 6

Romance Series 1745

"I am sorry" Tengku Haris menunduk.

"Stay away from me" Aku masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Agaknya apa lagi yang dia sembunyikan?

"Kita putus. Saya taknak khawin dengan orang yang selfish macam awak!" Aku menjauhkan diri darinya. Sampai hati Haris membuatku begini.

"No! Aku takkan lepaskan kau. Aku tak sengaja. Aku dah cuba selamatkan mak kau tapi aku tak mampu. I'm sorry,angel. I am really sorry"

Aku menangis sepuasnya. Aku mahukan mama. Aku mahukan papa.

"Don't cry, angel. Aku tak suka tengok kau macam ni"

Itu sahaja yang dapat aku dengar. Semuanya bertukar menjadi gelap.

Mata dibuka perlahan. Pemandangan pertama yang ku lihat ialah Tengku Haris.

"Angel! Nak air tak? Makan?"

Aku menggeleng perlahan. Lupa pulak yang Haris ni doktor. Sudah tentu dia yang merawatku.

"Betapa takutnya aku tengok kau tiba-tiba pengsan tadi. Semua sebab aku kan? Sorry"

Comel pulak Haris ni minta maaf. Kalau suami sendiri,dah lama dipicit pipinya.

"Angel... berminat lagi ke nak jadi isteri aku?"

Aku terdiam lama. Masih memikirkan risikonya.

"As long awak tak sembunyikan apa-apa dari saya. Saya nak awak bahagiakan saya seperti mana janji awak kepada mommy awak"

"Okay! Thank you my angel. I love you so muchh" Tengku Haris melompat teruja.

Ini kalau halal ni,maunya dipeluk aku kuat-kuat.

"Jom la balik.. nak mommy"

Aku terus keluar dari cafe itu. Tengku Haris hanya mengikut.

Setelah tiba di hadapan rumahnya,aku terus masuk ke dalam rumah.

"Mbaa! Mommy!" Aku terus memeluk bakal ibu mertuaku.

"Ehh? Tiara! Buat terkejut mommy je kamu ni" Puan Harissa menggeleng perlahan.

"Terus lupa bakal suami dia kat belakang eh" Suara Tengku Haris bagai merajuk.

"Biarlah! Tiara nak mommy jee,taknak Haris" Aku hampir tergelak melihat wajah masam Haris. Ini kes minta dipujuk la ni!

"Seronok mommy tengok kamu berdua. Belum khawin pun dah sweet ya"

Aku dan Haris saling berpandangan.

'Haris yang lebih² mommy,bukan Tiara'

"Biasalah kan mommy? Haris nak bahagiakan Tiara" Tengku Haris mula berkata.

"Haa.. dah balik pun" Tengku Haqiem muncul entah dari mana.

"Wait daddy.. Haris taknak kena halau lagi" Wajah Haris berubah.

"Pfft HAHAHAHAH" Aku ketawa sepuasnya. Memang bila balik rumah je macam ni ek?

"Kalau kamu tak buat hal... takdenye daddy nak halau" Tengku Haqiem tersenyum kecil.

"Boleh percaya ke?" Bukan boleh kira.. nanti malam karang silap-silap dah ada kat luar.

Puan Harissa menggeleng perlahan. Ada je perangai dua beranak ni.

"Mana Haziem, mommy?" Lama betul kerja dia. Takkan tak balik-balik lagi.

"Keluar dating with someone"

"Hey! Mana ada Haziem pergi dating!" Tengku Haziem baru pulang ke rumah. Mukanya merah menahan malu.

"Eleh..mengaku je lah. Siapa perempuan malang tu?" Soal Tengku Haris.

"Eii kau ni!" Tengku Haziem mengacah untuk menumbuk abangnya.

"Haziem dah ada girlfriend?" Soal Tengku Haqiem pula.

Tengku Haziem hanya merengus kasar. Dia jumpa kawan je! Bukannya girlfriend pun. Dia pun berlalu pergi menuju ke biliknya.

"Hai... merajuk dah anak abang" Puan Harissa bersuara. Mulutnya mengukir senyuman kecil.

"Anak-anak kita ikut perangai awak lah. Kuat merajuk"

Kedengaran Puan Harissa dan Tengku Haqiem ketawa bersama-sama. Aku dan Haris hanya berpandangan.

"Bahagia betul mommy dengan daddy" Suaraku menarik perhatian pasangan itu. Comel aje!

"Mestilah.. dengan isteri sendiri apa salahnya.. kamu berdua nanti pun pastikan bahagia tau" Tengku Haqiem tersenyum.

Aku hanya membalas senyuman itu manakala Tengku Haris hanya mendiamkan diri.

Sebulan berlalu...

"Tiara anak mommy... dah ready nak nikah dengan Haris?" Wajah bakal menantunya dipandang lembut.

Hari ini Tengku Haris dan Tiara Qistina bakal disatukan. Walaupun banyak dugaan yang terpaksa Tiara terima sebelum ini, dia cuba untuk mempercayai lelaki itu.

Antaranya seorang perempuan tiba-tiba datang mengaku sebagai girlfriend Haris, dan kenyataan tentang ibunya yang diakui oleh Haris.

Dan kini,Tiara hanya berharap agar Haris menunaikan janjinya untuk menjaga dan membahagiakan dirinya hingga akhir hayat.

"Tiara gementar sikit. Tapi Tiara ready" Aku menghembus nafas perlahan. Perasaan gementar cuba dikawal sebaik mungkin.

Mata tertumpu ke arah Tengku Haris yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Jelas terpancar lelaki itu juga sedang gementar.

"Dah sedia?" Tok kadi mula bersuara. Tengku Haris menarik nafas.

"Saya sedia"

"Aku nikahkan kau dengan Tiara Qistina binti Qayyum Arman dengan mas khawinnya seutas rantai emas"

Suasana menjadi riuh sebentar akibat pengantin lelaki belum bersuara.

Tengku Haris memandangku sekilas lalu mula bersuara.

"Aku terima nikahnya Tiara Qistina binti Qayyum Arman dengan mas khawinnya seutas rantai emas"

Masing-masing menunggu kesahihan saksi. Setelah mendapat kepastian,maka rasmilah pasangan mempelai hari ini.

Tengku Haris bangun untuk menunaikan solat sunat nikah.

Setelah selesai,Tengku Haris datang ke arahku untuk menyempurnakan upacara pembatalan air sembahyang.

"Assalamualaikum bidadari abang"

Suara itu membuatkan aku tersenyum sehingga merah wajahku. Kedengaran bunyi camera yang sedang menangkap gambar kami.

Tengku Haris menyarungkan cincin ke jari manisku. Mata tidak lepas dari memandang suamiku.

"Hensem sangat ke abang harini? Sampai tak berkelip langsung mata tu" Tengku Haris tersenyum manis.

Aku terus menundukkan wajahku. Malu!

Tengku Haris mengangkat daguku. Mata kami bertemu.

"Cantik" Kalau hari-hari macam ni,boleh pengsan aku dibuatnya.

Aku menunduk menyalam Tengku Haris. Agak kekok ya sekarang ni.

Sebaik sahaja aku mengangkat wajah, Tengku Haris terus mencuit hidungku.
Aku terkedu melihat aksi itu.

Tengku Haris mencium dahiku. Rasa terharu. Macam ni rupanya bila dah halal.

"I love you so much.. terima kasih pilih abang jadi imam sayang"

"I love you too" Kami berpelukan. Rasa cinta mula hadir dalam diri.

Masing-masing berharap agar pasangan ini kekal hingga menghembuskan nafas yang terakhir.

"Congrats anak mommy. Akhirnya dah jumpa suri hati" Puan Harissa tersenyum manis. Bahu Tengku Haris ditepuk lembut.

"Dah besar dah kamu ni Haris. Dah jadi suami orang dah pun" Tengku Haqiem pula bersuara.

"Hehe.. doakanlah Haris dapat bimbing Tiara dengan sebaiknya"

Tengku Haris memeluk pinggang Tiara. Dia memerhati mata isterinya.

"What?" Aku menyoal. Dah kenapa?

"Cantik isteri abang ni" Tengku Haris tersenyum kecil. Ada je perangai dia.

"Tengok lah isteri siapa. Isteri Tengku Haris kan?" Aku tersenyum manis.

"Ye, isteri Tengku Haris yang paling disayangi"

Aku tergelak kecil. Kalau tak sayang takde la jadi bini~

"Haris!" Suara itu mengambil perhatian kami. Kelihatan Thaqif Aiman sedang menuju ke arahnya.

"Eh Aiman" Mereka bersalaman. Nampak seperti sudah lama berkenalan.

"Siapa ni?" Aku memandang mereka berdua. Wajahnya dilitupi mask.

"Err.. kawan abang... Aiman namanya" Tengku Haris terpaksa membohongi isterinya. Hal ini diminta disembunyikan dari pengetahuan Tiara.

"Oh.. hai. Terima kasih sebab sudi datang majlis kami" Aku memaniskan muka.

Aiman hanya mengangguk perlahan.

'Tahniah adik. Abang bangga dengan adik'

"Eh makan lah dulu. Jemput makan.. ha buat macam rumah sendiri" Tengku Haris mempelawa Aiman.

"Sayang.. abang nak sembang dengan Aiman kejap ya. Sayang pergilah borak dengan kawan dulu" Tengku Haris meminta diri. Aku mengangguk tanda bersetuju.

Tengku Haris dan Thaqif Aiman pergi ke arah meja yang kosong. Keduanya duduk bertentangan.

"Aku tak sangka kau datang majlis adik kau" Tengku Haris bersuara.

"Mestilah datang. Adik aku tau! Kalau kau sakitkan dia aku cari kau!"

Tengku Haris tergelak riang. Macamlah takut dengan amaran itu.
Tapi dia takkan sakiti Tiara. Itu janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience