Tangan mengenggam erat tangan suamiku. Kini kami berada di sebuah pusat membeli-belah. Bak kata Haris,nak dating dengan isteri tercinta.
Langkahku terhenti apabila melihat sebuah kedai cenderamata. Cantik sungguh barang di dalamnya.
"Why sayang? Sayang nak beli ke?" Pertanyaan itu membuatkanku terfikir sejenak.
"Takpelah abang. Mesti mahal. Asal dapat tengok jadilah" Aku tersenyum tipis. Aku taknak menyusahkan dia.
Tanganku ditarik kuat menuju ke dalam kedai itu. Aku terkejut dengan tindakan drastik itu.
"Eh abang,Tiara kata tak payah"
"Setiap apa yang tuan puteri mahukan,tuan putera mesti tunaikan. You are my princess. Abang akan beli apa sahaja yang sayang nak. Nak satu mall ni pun boleh"
Aku tergelak kecil. Ia bukan mustahil bagi seorang Tengku Haris. Ye lah,kaya kan?
"Sayang..see this" Aku terpegun melihat satu jambangan yang berlampu. Dihiasi lampu berwarna ungu dan rama-rama di atasnya.
"Abang! cantiknyaa" Tanganku naik menyentuh jambangan itu. Suka lah dengan benda2 berlampu nii.
"Hadiah untuk bidadari abang" Terus ku berlari dan memeluknya erat. Sayangnya kat cik hubby kita ni!
"Terima kasih kesayangan Tiara! You are the best!" Haris tersenyum manis. Haih senyum pun boleh buat orang cair!
Kepalaku diusap lembut.Rasa bahagia apabila di sampingnya. Haih..macam manalah boleh terpisah dulu?
"Jom makan.Abang dah lapar" Aku sekadar mengangguk.Langkah dilajukan ke kedai makan.
Setelah duduk di sebuah meja yang agak terpencil dari pandangan orang ramai,tanganku diraihnya.
"Abang bahagia dengan sayang"
"Tiara pun bahagia dengan abang"
Tangannya mengeluarkan sebuah kotak cincin. Aku terpegun melihat isi dalamnya.
"Untuk sayang"
"Tapi cincin nikah kita kan dah ada?"
Tanganku disarungkan cincin itu.
"Tu cincin nikah. Cincin ni tanda yang kita dah saling melengkapi. Tanda perjanjian kita takkan berpisah."
Aku mengangguk perlahan. Sweet encik hubby kita harini!
"Abang.. jom balik rumah mommy? Lama tak jumpa mommy kesayangan Tiara tuu" Aku menggengam tangannya.
"Sure sayang. Tapi,itu kan mommy abang? kesayangan abang lah" Haris tergelak kecil.
"Eii..mommy abang mommy Tiara! Kesayangan kita lah!" pipiku dicubit perlahan. Suamiku tergelak besar.
"Elelele..comel ya isteri abang ni. Ye lah sayang ye lah" Malas nak bertengkar. Bukan dia boleh menang pun kalau lawan dengan Tiara ni. Hmph!
Enjin kereta diberhentikan. Aku terus keluar mengetuk pintu.
"Assalamualaikum mommy! oh mommy!"
Pintu dibuka. Kelihatan Puan Harissa tersenyum melihat kami berdua.
"Waalaikummusalam,haa dah sampai pun anak mommy ni" Aku terus memeluk erat Puan Harissa. Dia juga terkejut dengan tindakan drastikku.
"Ehem,anak kandung di sini. Jangan lupa" Kami berdua serentak memandang Tengku Haris.
"Tiada siapa nak lupakan kamu,Haris"
Tengku Haris melancarkan wajah ketatnya. Haih mengada betul !
"Oh tadi ada si Firdaus tu datang. Katanya nak jumpa Haris. Pergilah jumpa dia"
"Lah yeke mommy? Nanti Haris jumpa dia"
Tengku Haris menarik tanganku masuk ke dalam rumah. Aku tersentak seketika.
"Apa tarik-tarik ni? Terkejut Tiara"
"Saje.. Seronok pegang tangan isteri sendiri" mulutnya mengukir senyuman. Tanpa sedar, aku mengikut tersenyum sekali.
Di sebuah cafe, Haris menepuk bahu seseorang dari belakang.
"Assalamualaikum bro! Lama tak jumpa"
"Waalaikummusalam, Haris! Tu lah kau busy sangat dengan bini baru kau. Bukan nak ingat aku yang single ni" Firdaus berpura-pura merajuk. Haris tergelak kecil.
"Ingat aku tak tahu ke kau ni dah ada yang punya? Dah tunang tak ajak dasar member!"
"Hehehe.. sorry la bro. Majlis tunang aku buat kecil-kecilan aje. Nanti time nikah baru nak buat gempak2"
"Siapa nama tunang kau tu? Mesti cantik kan?"
"Ayuni" Firdaus tersenyum bangga. Teringat pula dekat tunangnya yang comel tu.
"Semoga kau bahagia dengan dia. Dia untung dapat kau yang kacak bergaya nii"
"Kan. Tapi aku rasa aku yang untung dapat tunang yang comel macam dia. Dah la cikgu Fizik pulak tu" Firdaus tersenyum kecil.
"Suka ye kau Daus"
Pesanan air yang diminta sudah tiba di meja mereka. Tengku Haris menghirup sedikit kopi mocha yang dipesannya.
"Macam mana hidup kau dengan Tiara?"
"Bahagia. Aku bersyukur dapatkan hati dia balik"
"Dia dah tau ke pasal abang dia?"
Haris terdiam. Belum tiba masa yang sesuai untuk dia memberitahu kebenaran.
"Nope, aku tak cari time lagi nak bagitahu dia"
"Jangan sampai dia tahu dari mulut orang lain,Haris. Aku takut dia benci kau je"
Haris mengangguk perlahan. Wajah isterinya berlayar di fikiran.
'Tiara,abang tak tau nak cakap macam mana kat Tiara nanti' bisik hatinya.
"Assalamualaikum" Pintu dibuka perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah ibunya itu.
"Waalaikummusalam, abang dah balik!" Badannya ku peluk seeratnya.
"Sayang buat apa kat rumah ni?"
"Tolong mommy masak je abang" Aku tersengih suka.
"Masak apa?"
"Masak Ayam masak kicap"
Haris tersenyum manis. Suka lah tu dengar makanan kesukaan dia.
"Dah siap ke sayang? Jom makan"
Tanganku ditarik lembut.
"Mestilah dah. Tinggal untuk abang makan ajee"
Kami berdua mengambil tempat bersebelahan. Aku membantu mengambil nasi untuk suamiku ini.
"Sedapnya bauu.. lama tak makan nii"
"Eh,bukan semalam ke Tiara masak untuk abang?"
"Oh ye eh?" Aky tergelak kecil. Haish pelupa sungguh!
"Abang.. Tiara nak minta izin nak bercuti dengan Fira"
Irfira telah mengajakku untuk bercuti bersamanya di Pulau Langkawi minggu depan selama 5 hari. Senang cerita, girls out. Jadi aku mestilah perlu meminta izin suami disebabkan aku sudah berkhawin.
"Bila? Kenapa tiba-tiba?" Wajahku dipandang lembut.
"Minggu depan, Kat Langkawi. Fira ajak girls out lah abang. 5 hari jee"
"5 hari? No! Sehari sayang takde pun abang dah menggelupur,lagi-lagi 5 hari" wajahnya bertukar serius. Aku pula rasa yang hendak menangis.
"Alaa abangg.. boleh laa"
"No sayang. Siapa nak jaga sayang kat sana nanti? Abang risaukan sayang"
Aku tahu Haris mempunyai niat baik hendak menjagaku. Tapi bila lagi masanya hendak meluangkan masa bersama kawan baiknya sendiri?
"Tiara tau la nak jaga diri. Lagipun bukannya Tiara seorang je. Ramai je dengan Tiara nanti. Boleh lah abang..pleasee?" Mataku dibulatkan. Mengharap persetujuan dari mulutnya.
"No means no,Tiara Qistina"
Hatiku bagai retak mendengar ayat itu. Tidak semena air mataku mengalir laju. Wajahnya yang garang membuatkan ku takut dengannya.
"Sampai hati abang" Aku meluru masuk ke dalam bilik dan terus baring di atas katil.
Tengku Haris berdiri sambil menghela nafasnya.
"Abang risaukan sayang,maafkan abang"
Waktu malam menjelang tiba,Aku masih melancarkan mogokku tidak mahu berkata dengannya.
Sedang aku membaca novel kegemaranku, Haris mengambil tempat di sebelahku. Aku hanya mengabaikan dirinya.
"Sayang baca buku apa tu?"
Diam.
"Best ke cerita dalam buku tu? Cuba cerita kat abang"
Diam.
"Sayang..abang minta maaf"
Mataku memandangnya sesaat sebelum menyambung pembacaanku.
Tanganku diraih lembut. Buku yang ku pegang dirampas dan diletakkan ke tepi.
"Pandang mata abang,sayang"
Aku masih menunduk. Tidak mahu berbicara dengannya.
"Bidadari abang.."
"Abang minta maaf sebab abang tak bagi sayang pergi. Abang taknak ada benda yang jadi kat sayang. Macam mana kalau ada orang pisahkan sayang dengan abang? Abang tak sanggup nak hilang sayang lagi"
"Abang.. Tiara tahu apa Tiara buat. Tiara pandai jaga diri. Tiara ada abang sorang je. Tiara janji takkan lupakan abang,apatah lagi tinggalkan abang. Bagilah Tiara pergi abang"
Kedengaran nafas Haris dihembus sebelum memandang wajahku.
"Baik,abang izinkan. Tapi sayang kena janji dengan abang,sayang kena jaga diri,tak pandang lelaki lain,jangan lupakan abang. Ada apa-apa call terus . Abang datang nanti. Takde duit mintak je abang. Abang sayang sangat kat bidadari syurga abang ni"
Aku terus memeluk erat badannya. Ya Allah terima kasih kerana melembutkan hatinya untuk mengizinkan aku pergi.
"Terima kasih abang. Tiara sayang abang!!" Pipinya ku cium lembut.
Sayangnya kat encik hubby kita ni!!
"Lega hati abang tengok sayang happy balik"
Aku tersenyum.
Rambutku diusap lembut.
"Sayangnya abang kat princess abang nii"
"Tiara pun sayang sangat kat abang tiang Tiara ni"
Wajah Haris berubah. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Abang tiang. Panggilan yang sudah lama tidak meniti di mulutnya.
"Sayang" Badanku diusap lembut. Tidak sampai beberapa minit,aku sudah lena di dalam pelukannya.
Share this novel