Bab 7

Romance Series 1745

"Tiara!" Aku memaling ke arah suara itu sebelum tersenyum.

"Fira" Kami berpelukan. Rindu rasanya.

"Aww.. congrats, kau dah khawin"

"Of course. Kau je belum" Irfira terus menjeling. Aku tergelak kecil.

"Mana husband kau?"

Aku menunjukkan ke arah Haris yang sedang berbual.

"Ada kat sana. Tengah sembang"

Irfira mengangguk.

"Kau datang dengan siapa?"

"Firdaus" siapa pulak si Firdaus? Sejak bila ada kawan nama Firdaus ni?

"Firdaus, takkan kau tak ingat schoolmate kita dulu?"

Oh! Baru teringat. Firdaus ni jenis yang kelakar. Aku suka kawan dengan dia. Dapat menghiburkan hati.

"Apa khabar dia sekarang?"

"Alhamdullilah, masih hidup dengan bahagia" Aku tergelak kecil. Rindu pula dengan dia.

"Aku rasa nama aku ada disebut tadi. Mengumpat aku ehh?" Firdaus muncul dari belakang.

"Ya Allah dah galah kau sekarang"

"Kau je yang pendek Tiara" Irfira menyampuk.

Firdaus tergelak kecil. Dia menghulurkan satu kotak kecil ke arahku.

"Congratulations for your marriage with Tengku Haris. Semoga berkekalan hingga anak cucu. Anak kau nanti kena ikut perangai aku"

Aku dan Irfira ketawa. Kalau anak aku ikut perangai dia mahu hancur dunia nanti.

"Thank you" Aku menyambut huluran itu dan tersenyum manis.

Tiba-tiba terasa pinggangku dipeluk dari belakang.

"Sayang" Tengku Haris berdiri di sebelahku.

"Baru nikah pun dah sweet kau ni,Haris" Firdaus menepuk bahu Tengku Haris.

"Eh,abang kenal Firdaus?" Aku memandang suamiku. Handsome nyaaa [scream]

"Ye sayangku. Kitaorang ni kawan lama" Tengku Haris tersenyum sambil memandangku. Aku seperti terperangkap dengan tatapannya. Mata dia. Cantik.

Perlahan-lahan wajahku merona merah. Ha sudah, malu!

"Emm, Daus. Jom gerak dulu. Biarlah diorang berdua nak bahagia" Irfira memandang Firdaus sebelum mereka pergi meninggalkan pasangan itu.

Aku menghadap ke arah suamiku.

"Dah habis borak ke dengan kawan abang tu?"

"Dah,dia kena balik awal.Tu sekejap je tadi."

Aku sekadar mengangguk. Tangan mencapai satu batang aiskrim.

Tengku Haris melihatku pelik.

"Apa?"

"Nak cikit" Tengku Haris mengambil aiskrim itu dari tanganku.

"Nak penumbuk tak?"

"Woo.. sorry Tiara isteri abang" Tengku Haris memulangkan aiskrimku.

Aku tersengih. Alahai comel je Haris ni.

"Tiara! Haris!" Kami terus memaling ke arah suara itu. Kelihatan Tengku Haqiem sedang melambaikan tangannya. Kami berlalu ke arahnya.

"Kamu berdua masuklah dulu. Berehat. Kesian Tiara daddy tengok.. penat" Tengku Haqiem tersenyum manis.

"Eh tak apalah daddy, ramai lagi tetamu"

Tengku Haris menarik tanganku masuk ke dalam rumah. Aku tersentak kecil.

"Daddy suruh sayang rehat kan? Jom rehat dengan abang"

"Tapi.."

"Shh angel" Tengku Haris membantu menanggalkan tudungku. Mukaku merona merah.

"Biar Tiara buat sendiri,abang. Abang pergilah mandi"

"Taknak, Tiara tanggungjawab abang jadi biar abang buatkan" Tengku Haris mengusap rambutku.

Perlahan-lahan mulutku mengukir senyuman. Rasa bersyukur dihadirkan lelaki sepertinya. Walaupun aku tahu akan lebih banyak ujian menanti, aku akan setia dengan imamku ini, Tengku Haris.

Tangan menolak pintu bilik air. Kelihatan Tengku Haris sedang terlena dibuai mimpi di atas katil.

'Kenapa handsome sangat ni!!!!!?'

Dilabuhkan punggung di sebelahnya. Tangan perlahan-lahan menepuk bahunya.

"Abang bangun. Pergi mandi"

Matanya dibuka sedikit sebelum tersenyum kecil. Tidak sampai 5 saat, tertidur semula.

"Ehh abang.. wake up" Badannya ku goncangkan. Boleh pulak dia sambung tidur?

"Tamau"

Mataku merenung tajam wajah tidak bersalah itu. Dasar suami!

Perlahan-lahan mulutku mengukir senyuman jahat. Idea bernas dah muncul~

Tanganku memicit kuat hidung Tengku Haris. Tengku Haris terus terduduk sambil melihatku.

"What are you doing,sayang?" Tangannya mengusap hidungnya yang sudah merona merah. Aku senyum tidak bersalah.

"Entah"

"Sayang picit hidung abang?"

"Eh tak la. Ada hantu picit tu" Mukanya kelihatan sangat blur. Ye la.. baru bangun tidur kan?

"Ye la tu hantu. Hantu yang comel ni" Tangannya naik menyentuh pipiku. Mulutku tersenyum nipis.

"Wake up and take shower abang. Busuk"

"Kalau taknak?"

"Kalau taknak..." Aku mengambil macbook milik Haris.

"Tiara campak macbook kesayangan abang ni masuk gaung"

Tidak sampai 3 saat, macbook telah dirampas oleh tuannya. Sayang sungguh dengan macbook dia tu.

"No! Mahal woo nak beli baru. Okay abang pergi mandi" Tengku Haris segera mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.

"Jangan rindu abang tau.. love you"

Aku menggeleng kecil. Ada-ada je perangai dia.

Kaki laju menuruni tangga. Mata melihat Puan Harissa sedang menyusun pinggan di atas meja.

"Mommy!" Tanganku memeluk pinggang ibu mertuaku. Puan Harissa menggeleng perlahan.

"Tiara.. terkejut mommy"

"Hehe.. ada apa-apa yang boleh Tiara tolong?" Tangan melepaskan pelukan dan berdiri di hadapan puan Harissa.

"Dah siap dah. Tinggal panggil husband masing-masing makan je. Haris dah mandi?"

"Dah mommy. Susah betul nak kejut dia" mulut tersenyum nipis. Nakal-nakal pun comel!

"Setahu mommy, Haris jenis yang tepati masa. Ye la doktor kan? Ni mesti kes nak manja-manja dengan isteri. Ye la.. orang yang lama dirindui"

"Orang yang lama dirindui.."Hatiku seperti terusik dengan kata-kata itu.

Puan Harissa yang sudah tersedar, memandang mukaku lama.

"Tiara okay?"

"Salah Tiara kan mommy.. Tiara yang tinggalkan Haris dulu. Tiara buat dia tertunggu. Sorry mommy" Aku menunduk.

Tangan Puan Harissa mengusap rambutku.

"Bukan salah Tiara sayang. Tiara tinggalkan Haris dulu bersebab kan? Tiara rasa dikhianati.. jadi bukan salah Tiara. Kalau mommy kat tempat Tiara pun, mommy akan buat benda yang sama"

Tangannya terus membelai rambutku. Air mata mula menitis.

"Allah takdirkan kamu berdua berpisah dan Allah takdirkan kamu berdua bertemu kembali. Dah tertulis nama kamu berdua ni jodoh. Yang lepas biarkan berlalu, teruskan kehidupan dengan Haris dan hargai setiap detik dengannya."

Aku terus memeluk puan Harissa. Hatiku berterima kasih mendapat ibu mertua sepertinya.

"Thank you mommy"

"Dah jangan la nangis.. dah tak cantik bidadari Haris ni. Pergi panggil Haris makan ye sayang"

Aku mengangguk sambil mengesat air mata yang masih tersisa.

"What are you done to my wife,mommy?" Suara itu membuatkan aku memalingkan muka. Kelihatan Tengku Haris sedang melihatnya.

"Mommy tak salah. Kamu pergilah pujuk isteri kesayangan kamu tu" Puan Harissa tersenyum kecil.

Tengku Haris meluru ke arahku dan memelukku.

"Why are you crying sayang? Mind to share with me?"

Aku terdiam menahan tangisan.

"It's okay sayang. Setiap manusia ada masalah sendiri. Menangis tak membuatkan kita lemah"

Tengku Haris mula mengusap rambutku.

"Nangis pun cantik bidadari abang ni"

Tanpa sedar,mulutku mengukir senyuman. Haih masa macam ni pun boleh buat orang tersenyum.

"Jom makan sayang. Kesian mommy dah penat masak untuk kita. Makan awal lepastu kita rest okay?"

Tanganku ditarik untuk duduk di sebelahnya. Menu malam ini ialah
Bihun Sup!

"Ni untuk sayang"

Tengku Haris meletakkan sepinggan bihun didepanku. Aku terkaku melihat bihun itu.

'Aaaaa sedapnyaaaa'

"Kenapa tak makan ni hm? Nak abang suap eh?"

Garfu dicapai lalu mengambil sedikit bihun itu.

"Buka mulut! Aaaa"

Laju sahaja bihun itu memasuki mulutku. Yang penting sedap!

"Comel bidadari abang ni makan. Nak lagi?"

Aku mengangguk laju. Hehehe makanan tak boleh ditunggu~

"Ehem"
Kami berdua berpaling ke arah pemilik suara itu.

Kelihatan Tengku Haqiem,Puan Harissa dan Tengku Haziem sedang melihat mereka berdua.

"Terasa single" Tengku Haziem terbatuk kecil.

Lupa pula bukan kami berdua je kat meja ni. Mana nak sorok muka ni~

"Dah terasa single cepatlah cari jodoh. Takkan nak mereput kat rumah sampai tua?" Tengku Haris tersenyum sinis.

"Diamlah kau" satu jelingan tajam diberikan kepada Tengku Haris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience