Tiara merenung ke luar tingkap. Sebentar lagi aku akan pulang. Dia berharap akan ada orang menjemputnya.
"Are you okay?" Soal Haris yang tidak tahu mana datangnya.
Aku mengangguk perlahan. Senyuman cuba diukir.
"Saya nak balik. Tapi saya tahu takkan ada orang jemput saya" ucapku.
"Hey, jom aku hantar kau balik" Haris tersenyum kecil.
"Awak tak kerja ke? Nanti susahkan awak" Aku menatap mata coklat lelaki itu. Sangat menarik perhatianku.
"Kau tak pernah susahkan aku.. apa saje untuk kau,Tiara"
Tiara terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Haris mengangkat bagasi Tiara sebelum menuju ke keretanya.
"kenapa awak baik sangat dengan saya? Memang dengan semua pesakit,awak layan macam ni ye?" Soalku. Haris memandangku.
"Nope.Kau sorang je aku layan macam bidadari"
"But,why?"
"Sebab dulu aku ada sorang gadis ni, nama dia Tiara jugak. Macam nama kau. Mata dia macam kau. Perangai dia macam kau.Dia memang macam kau. Tapi dia dah tinggalkan aku. Dan aku yakin,dia takkan kembali" Ujar Haris lebar.
Tiara memandang simpati akan lelaki itu.Mesti dia sayangkan kekasihnya.
"Mesti awak sayangkan dia kan?"
"Lebih dari nyawa aku sendiri. Aku sanggup buat apa je untuk dia. Aku dah kumpul duit nak khawin dengan dia. Tapi dia dah tinggalkan aku. Aku tak tau macam mana aku nak teruskan hidup. I love her,I miss her"
Kereta Haris sudah tiba di rumah makciknya. Haris membantu mengeluarkan bagasi Tiara.
"Masuklah, kenapa tercegat kat sini?" Soal Haris lembut.
"Saya takut" Perlahan sahaja suaraku. Aku tidak mahu dibelasah lagi. Aku sudah cukup terseksa.
"Come, aku teman kau" Haris menemani Tiara hingga ke pintu.
"Assalamualaikum,Tiara dah balik"
Tidak lama kemudian,kelibat makciknya muncul.
"Kau!! Dah tak reti nak balik ke!? Nasib mak bapak kau dah masuk kubur, kalau tak aku yang kena menjawab sebab kau!" Tengking Puan Irdina kuat.
Puan Irdina melihat wajah Haris di belakang Tiara.
Tudung Tiara ditarik kasar.
"Oh!! Kau hilang menggatal dengan lelaki eh! Jahanam punya perempuan!" Puan Irdina bertindak menampar wajah Tiara dengan kuat.
Haris yang melihat keadaan itu segera berdiri di hadapan puan Irdina.
"Don't touch my woman" Haris menarik lengan baju Tiara pergi dari situ.
Haris membawa Tiara menuju ke rumah ibu bapanya. Haris melihat wajah Tiara yang sedang menangis.
"Shh..tak payah bazirkan air mata kau untuk orang macam tu" pujuk Haris. Dia benci melihat gadis itu tersakiti.
"Kenapa mesti cakap pasal mak ayah saya? Saya tak mintak pun diorang pergi. Saya sendiri pun nak diorang hidup balik. Saya dah penat,Haris" ucapku sayu.
"Marry me,Tiara" Mata coklat itu memandang wajah Tiara.
"Tapi,awak sayang perempuan lain. Saya taknak kacau hidup awak"
Haris berdecit perlahan. Yang dimaksudkan bekas kekasih Haris itu ialah Tiara sendiri. Mengapakah gadis ini tidak mengingati hubungan mereka?
"Tapi aku sayang kau. Abaikan perempuan tu. Aku benci tengok kau macam ni,Tiara.Aku nak bahagiakan kau. Aku nak kau gembira dalam hidup kau. Aku sayang kau ,Tiara Qistina"
Tiara terdiam sejenak mendengar kata-kata lelaki itu. Dia tidak mahu lagi terseksa. Dia juga mahu bahagia. Tapi, betulkah keputusannya untuk terima lelaki ini menjadi pasangan hidupnya?
"Aku tak paksa kau bagi jawapan terus. Kau gunalah masa selama mana kau nak. Aku tunggu" Haris tersenyum manis.
Setelah tiba di hadapan rumah ibu bapanya,Haris mengajak Tiara masuk ke dalam rumah.
"Come"
"Kalau diorang tak suka saya macam mana?"
"Aku bawak la kau pergi tempat lain. Asalkan kau bahagia"
Wajah ibu bapa Haris tiba di muka pintu. Tiara tersenyum kaku.
"Emm..Assalamualaikum"
"Waalaikummusalam,sayang" Puan Harissa segera memeluk Tiara. Dia hanya kaku dalam pelukan itu. Tiada niat untuk membalas.
"Tiara jangan risau ye,Haris dah ceritakan semua kat mommy. Tiara duduklah sini selama mana Tiara nak"
Sungguh Tiara berasa bersyukur mendapat keluarga seperti ini. Dia dapat merasa kasih sayang seorang ibu walaupun ibunya sudah meninggalkannya.
"Terima kasih mommy"
Masa sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kelihatan di ruang tamu terdapat Haris,Puan Harissa dan Tengku Haqiem. Mereka sedang berbincang mengenai Tiara.
"Anak mommy ni betul ke nak khawin dengan dia?"
Haris mengangguk. Dia akan menjadikan Tiara sebagai pasangan hidupnya.
"Macam mana kalau Tiara tahu siapa Haris sebenarnya? Macam mana kalau Tiara tahu yang Haris cuba selamatkan arwah mama dia?" Tengku Haqiem bersuara. Wajah anak terunanya dipandang lama.
"Then I will explain to her"
Haris melihat seorang wanita di dalam rumah yang sedang terbakar itu. Dia segera masuk ke dalam rumah dan cuba menyelamatkannya.
"Bertahan! Saya akan selamatkan puan" Haris mengalihkan kayu yang berada di atas wanita itu. Asap yang tebal mengaburkan penglihatannya.
"Mama!!" Haris mendengar suara gadis itu. Mungkin itu anak perempuan wanita ini.
"Awak! Selamatkan mama saya!!" Kata gadis itu lagi.
Rumah itu telah runtuh menimpa mereka berdua. Haris sempat menyelamatkan diri namun wanita itu tidak dapat diselamatkan.
Haris melihat gadis itu yang sedang menangis. Dia tidak dapat mengenal pasti wajahnya.
"I am sorry,girl" Kata Haris sebelum rebah akibat asap yang tebal.
"Suka hati kamulah,Tengku Haris.Mommy doakan kamu bahagia hingga anak cucu" Puan Harissa tersenyum ke arahnya.
Haris hanya menunjukkan wajah biasa. Betulkah keputusan yang dia buat?
Haris menuju ke bilik Tiara. Pintunya diketuk perlahan.
"Tiara? Bangun..turun sarapan" tiada sahutan.
"Tiara.. bangun" pintu itu diketuk lebih kuat. Lena betul Tiara ni tidur.
Baru sahaja Haris mahu mendekatkan telinga di pintu,pintu itu dibuka dari dalam. Lalu Haris terjatuh di depan Tiara.
"Eh,Haris!Awak okey tak?" Tiara cemas. Dia menjauhkan diri untuk memberi ruang kepada Haris untuk bangun.
"Kau tengok je? Kenapa tak tolong aku bangun,dear"
"Haramm.. awak bukan suami saya" Tiara tersenyum nipis.
"Then,kita nikah. Aku jadi suami kau" Haris memandang wajah Tiara lama. Gadis itu nampak comel!
"Taknak, nanti awak buli saya"
"Sebab kalau kau marah nampak comel"
Tiara terkedu. Haris ini boleh tahan juga ayatnya.
"Haris! Tiara dah bangun ke?" Puan Harissa memanggil.
"Dah! Nanti kami turun" Haris kembali memandang Tiara.
"Mommy masak special untuk kau. Ada kuih keria"
"Macam mana mommy tahu kuih favourite saya?" Kalau Haris,tidak ada pula dia memberitahunya.
"Entah,mommy saje buat kot" jawab Haris ringkas. Mereka menuju ke tingkat bawah dan menikmati sarapan.
Share this novel