Haris bercadang untuk membawa Tiara keluar hari ini.Dia mencari kelibat Tiara.
"Tiara! Kau kat mana!?"
"Here!" Kelihatan Tiara sedang merendam kakinya di dalam kolam.
Haris mendekati Tiara.
"Dear,jom keluar" Tiara yang mendengarnya terus keluar dari kolam itu.
"Jom!!" Tiara terus masuk ke dalam rumah dan bersiap. Haris menggeleng perlahan.
10 minit kemudian,muncullah Tiara dengan memakai baju berwarna baby blue. Sama dengan warna baju Haris.
"You look.. beautiful" Puji Haris ikhlas. Muka Tiara merona merah.
"Dah jom" Haris dan Tiara berjalan beriringan menuju ke kereta.
Setelah tiba di pusat membeli belah itu,Tiara berlari anak ke kedai gula-gula.
Haris hanya mengikut bersama kaca mata hitamnya.
"Jangan beli banyak sangat.Tak elok"
"Aduhh,datang dah dia punya nasihat doktor tu! Simpan awak punya doktor tu,saya nak seronok je hari ni Tengku Haris. Jadi,jangan rosakkan mood saya" ucap Tiara lebar.
"Suka hati kau lah,angel. Aku ikut je" Tiara tersenyum manis. Tapi, kenapa dia macam pernah dengar panggilan angel tu?
"Emm" Tiara membulatkan matanya. Ni mesti ada sesuatu ni.
"Kenapa?"
"Nak aiskrim..boleh?" Suara Tiara menjadi manja.
"Here" Haris memberi kad kepada Tiara.Tiara mengambilnya.
"Dalam tu ada 4000 ringgit , kau guna lah. Tapi,jangan membazir pulak.Anything just call me,okay?"
Tiara mengangguk sebelum tersengih.Dia berlalu pergi ke kedai aiskrim.Haris berlalu memasuki kedai Starbuck. Kelihatan Aiman sedang menunggunya.
"Seronok layan adik aku?"
"Comel adik kau tu. Aku suka" Kata Haris sebelum ditepuk kuat oleh Aiman.
"So,apa rancangan kau tu? Untuk ambil hati adik aku"
"Kau pun tahu aku sayang dia dari sebelum mak dia dah takde lagi. So, aku nak buat yang paling istimewa untuk dia. Just for her" Ucap Haris ikhlas.
"Sebabtu aku suka kau jadi adik ipar aku. Sebab aku yakin kau boleh jaga Tiara dengan baik"
"Sampai bila kau tak nak jumpa dia?" Haris menatap lama mata coklat itu.
"Tunggu masa yang sesuai. Sekarang aku nampak dia bahagia dengan kau. So please.. jaga dia untuk aku" ucap Aiman lebar. Rasa sebak mula hadir.
"I will Thaqif Aiman"
Mereka berdua berbincang sambil menikmati sepotong kek.
Tiara menuju ke kaunter pembayaran. Aiskrim di tangannya dijilat sedikit.
"By card" Tiara menghulurkan kad milik Tengku Haris. Pekerja itu menyambut huluran itu.
"Hello pretty" Suara itu menyentakkan Tiara. Tiara memandang lelaki di belakangnya.
Tiara berasa tidak selesa dengan pandangan lelaki itu. Tiara menunduk.
"Beli aiskrim ke?" Tak nampak ke aiskrim ni? Buta agaknya.
"Eh takk. Saya datang nak beli kereta" Tiara tersenyum manis lalu keluar dari kedai itu. Puas hati aku!
Lelaki itu terdiam sebelum tersenyum sinis.
"Damn,I like"
Tiara mencari kelibat Tengku Haris. Takkanlah dia tinggal aku kat sini?
"Tiara Qistina" Tengku Haris datang ke arah Tiara.
"Haris! Jom balik"
"Balik? Dah puas shopping ke?"
"Dahh" jawab Tiara sambil tersengih.
"ye la.. kan pakai duit kita..sebabtulah puas ye" Usik Tengku Haris.
"Haah.. siapa suruh bagi? Tiara tak mintakk"
"Dah,kata nak balik? Jom la naik kereta"
Tiara terus meninggalkan Haris di belakang. Tapi dia lupa, langkah si Haris tu besar. Boleh kejar dia.
"Laju-laju nak pergi mana Tiara oi"
"Tadi dia ajak balik,pastu marah kenapa laju. Dasar pelupa. Macam atuk"
Dia panggil aku atuk!? Aku muda lagi okay!
"Kau panggil aku atuk,angel? Aku sebaya dengan kau tau"
"Pastu? Nak suruh Tiara buat apa?" Tiara masuk ke dalam kereta. Malas nak layan!
"Eh budak pendek ni" Mendengarkan ayat itu, Tiara terus memberikan jelingan tajam. Ketinggian jangan buat main. Tahulah dia galah.
Sepanjang perjalanan, tiada perbualan yang meniti di bibir mereka. Masing-masing mendiamkan diri.
Setelah sampai, Haris memandang Tiara yang sedang tidur. Letih agaknya.
"Haih kau ni, kenapa kau lupa tentang kita? Aku rindu kau panggil aku Abang Tiang. Aku rindu segala karenah kau. Aku tak rela kalau kau ada orang lain. Aku masih sayangkan kau" Haris menghela nafas ringan.
Haris menarik sedikit baju Tiara untuk mengejutnya.
"Tiara,bangun. Kita dah sampai" Tiara membuka matanya. Perkara pertama yang dilihatnya ialah Tengku Haris.
Tiara tersenyum manis.
"kau kenapa senyum tiba-tiba ni? Dah gila ke?" Ayat itu memudarkan senyuman Tiara. Senyum pun tak boleh! Ugh!
"Diam lah Haris" Tiara terus keluar dari perut kereta. Baik dia jumpa mommy lagi bagus!
Pintu rumah diketuk. Adab sebelum memasuki rumah orang.
Pintu dibuka. Wajah Tengku Haqiem kelihatan.
"Balik pun dua orang ni. Ingat nak tidur terus kat mall tu" Usik Tengku Haqiem.
"Daddy halau Haris ke?" Haris bersuara. Tiara sudah menahan ketawa.
"Haah, Haris kan selalu tak balik. Baik tak payah balik terus" Jawapan itu terus membuatkan Tiara ketawa sepuasnya.
Tiara memandang jelingan tajam Haris. Tidak lama kemudian,muncul Puan Harissa di belakang Tengku Haqiem.
"Ni kenapa bising-bising kat luar ni?"
"Daddy halau Haris,mommy" Tiara menjawab. Masih ada sisa ketawanya.
Puan Harissa menggeleng perlahan melihat dua beranak itu.
"Daddy gurau je.. terasa ke?"
Haris hanya mendiamkan diri. Merajuk!
Malam itu, semua berkumpul di meja makan untuk menikmati makan malam. Cuma,Haris sahaja yang tidak kelihatan.
"Mana Haris,mommy?" Tiara menyoal. Dari tadi lagi dia tak nampak kelibat Haris.
"Ada dalam bilik. Merajuk la tu. Tiara tolong pergi panggil dia" Tiara mengangguk sebelum menuju ke bilik Haris.
"Awak rasa berjaya ke rancangan Haris tu nak lamar Tiara?" Tengku Haqiem memandang isterinya.
"Saya tak tahu,abang. Tiara nak ke khawin dengan Haris? Dulu dia dah pergi tinggalkan Haris. Kali ni, dia nak buka hati dia balik?" Puan Harissa mengeluh perlahan. Harapnya berjaya lah.
Tiara tiba di hadapan pintu bilik Haris. Macam mana dia nak pujuk?
Pintu diketuk perlahan.
"Haris..turun makan. Awak tak penat ke duduk dalam bilik dari tadi? Jom la teman saya makan" pujuk Tiara. Berharap Haris akan keluar.
Pintu dibuka, kelihatan Haris sedang memakai blazer berwarna hitam bersama bunga daisy di poketnya. Rambut itu kelihatan kemas dan dipendekkan cerita, Haris nampak 'Perfect'.
"Done staring at me, angel?" Suaranya kedengaran sangatlah bergaya dan sangat berbeza dari sebelum ini. Lain macam Haris malam ni.
"Haris.." Tiara terdiam. Mulutnya terkunci melihat diri Haris ketika ini.
"Jom keluar" Haris menarik baju Tiara agar mengikutinya. Mereka sampai di sebuah café.
Tiara terpegun melihat keindahan café itu. Di pintunya tertulis 'Tiara Cafe'.
"Apa semua ni,Haris?"
"Jom masuk" Di dalam café itu dihiasi dengan bunga daisy yang sangat cantik. Café ini amat simple,tapi ia sangat istimewa.
Haris membuka satu pintu di café itu. Tiara melangkah masuk dan terkejut.
"Ha..ris"
Di dalam bilik itu terdapat satu meja dan kerusi yang dihiasi bunga daisy. Ruangan itu amatlah cantik dan menyentuh hatinya. Tiara mencapai satu kad di atas meja itu.
'Beautiful flower is for beautiful angel like you'
Haris melutut di hadapan Tiara sambil memegang jambangan bunga daisy. Tiara sudah terkaku melihat semua ini.
"Angel,forever my angel. Will you be my wife,angel?" Haris membuka kotak cincin itu. Di dalamnya terdapat cincin berlian yang amat cantik.
"Awak cintakan saya? Kita hanya sebagai stranger, remember?"
"Yes I love you,Tiara. Aku tahu aku tak sempurna tapi aku akan jaga kau sepanjang hayat aku. Trust me"
"Saya.. saya terima" Tiara tersenyum kecil. Tak sangka, dia akan jadi isteri kepada doktor yang merawatnya sendiri.
"Really? Thank you angel!" Haris menyerahkan jambangan bunga itu kepada Tiara.Tiara tersenyum malu.
Mereka menikmati malam itu dengan penuh rasa cinta bersama-sama.
Share this novel