Bab 1

Romance Series 1745

Tiara keluar dari klinik kesihatan itu.Tangannya mendail nombor seseorang.Bunyi hujan yang lebat tidak dihiraukan.

"Makcik,Tiara dah ambil ubat. Boleh tak tolong ambilkan Tiara?"

"Dah pandai pergi,pandai balik! Jangan menyusahkan aku la perempuan. Mak bapak kau dah mati pun susahkan orang lagi" jawab puan Irdina kasar lalu memutuskan panggilan. Tiara mengeluh perlahan.

Nampaknya mahu tak mahu dia kena redah hujan.Kakinya mengorak langkah perlahan.
Pandangan Tiara hanya tertumpu kepada tanah sahaja.

"Memang hidup aku ditakdirkan macam ni ke?"

1 langkah

"Aku tak layak ke untuk bahagia?"

2 langkah

"It really not fair" Air mata Tiara mengalir laju. Dia tak mahu hidup sebegini rupa. Dia mahu bahagia.

SKRITT!!!!

Sebuah lori laju ke arah dirinya.Dia tahu dia tidak sempat untuk mengelak.Tiara memejamkan matanya rapat.Dia berserah kepada tuhan yang Maha Esa.

Badannya terasa dilambung tinggi sebelum jatuh ke atas tanah.Matanya dibuka sedikit.Dia melihat orang ramai mula menuju ke arahnya sebelum mata tertutup rapat. Gelap.

.................

"DR. Haris" Tengku Haris segera memakai kot putihnya. Wad kecemasan dituju.

Haris melihat pesakitnya yang sedang kritikal itu. Kehilangan banyak darah memerlukan prosedur yang pantas untuk menyelamatkan gadis itu.

Haris mengambil alatan bedahnya untuk membuang darah beku.

"Bismillahirahmannirahim"

Haris memulakan kerjanya dengan cekap dan pantas.

2 jam kemudian,pembedahan berjaya dilakukan. Haris menghembus nafas lega.

Gadis itu ditukarkan ke wad biasa.Haris melihat rekod pesakit itu.

"Tiara Qistina bt Qayyum Arman, 21 tahun" Entah mengapa, dia seperti pernah mendengar sebaris nama itu. Mungkin dia bekas pesakitnya.

Seorang jururawat menuju ke arahnya.

"Doktor,keluarga pesakit ini tidak dapat dihubungi." Haris hanya mengangguk sebelum dia berlalu pergi dari situ.

"Just who are you,hm?"

..................

"Mama!Mama!" Tiara berlari mencari ibunya. Api yang marak membuatkan pergerakannya terbatas.

Matanya melihat seorang lelaki bersama seorang wanita di dalam rumahnya. Wanita itu ialah ibunya.

"Mama! Awak, selamatkan mama saya!" Tiara melihat usaha lelaki itu menyelamatkan ibunya. Namun, rumah itu runtuh menimpa mereka.

"Mama!!" Dia tidak mendengar sahutan. Ibunya sudah pergi meninggalkan dirinya. Keseorangan.

Tiara terduduk melihat kejadian itu. Ibunya pergi di depan matanya. Tiara menggeleng perlahan sebelum dipeluk abang kandungnya.

"Adik..mama dah takde.Tinggal kita berdua je" Tiara menangis teresak-esak di dalam dakapannya.

........................................

Tiara terbangun dari mimpi itu. Mimpi itu hampir setiap hari bermain dalam tidurnya.

"A..bang. Mana Abang?" Kini dia tinggal keseorangan. Ayahnya sudah dijemput Illahi ketika dia masih kecil. Abangnya pula sudah menghilangkan diri.

Matanya melihat keadaan sekeliling. Otaknya memikirkan di mana ia berada. Dia melihat wayar di tangan. Hospital.

Baru dia mengingati semula apa yang berlaku. Dia terlibat dengan kemalangan sebuah lori. Dia masih hidup di dunia kejam ini.

"kenapa aku tak mati lagi? Aku dah penat nak tanggung semua ni" Air mata Tiara mengalir laju. Tiba-tiba dia melihat seorang jururawat datang ke arahnya.

"Puan okay tak? Nak air?" Tiara menggeleng perlahan. Air matanya dikesat. Dia tersenyum lesu.

"What wrong?" Seorang doktor lelaki bertanya kepada dirinya. Mukanya seakan dikenali tapi dia tidak tahu siapa lelaki itu.

"Tak tahu, saya datang memang dia dah menangis" terang jururawat itu.

Doktor itu memandang ke arahku.

"kenapa nangis?" lembut sahaja suara doktor itu. Siapa yang mendengarnya akan terus cair hatinya.

"emm"

"Kenapa?" Kali ini lebih lembut suaranya. Kalau dia larat, dah lama dia berguling atas katil ini.

"Rindu" Tiara melihat wajah doktor itu. Sangat dekat jarak mereka. Tiara menjauh sedikit.

"Miss who? Me?" Bukan jururawat sahaja terkejut, Tiara pun terkejut mendengar ayat lelaki itu.

'kalau aku tampar dia ni aci tak?'

Tiara menggeleng laju. Gatal! Tiara kembali senyap.

"Rindu siapa?"

"Mama,papa,abang" Jawab Tiara.Haris memandangnya tidak berkelip.

"Jangan la pandang saya macam tu!" Marah Tiara. Mukannya merona merah.

Haris tersenyum sinis. Gadis ini malu dengan tatapannya.

"What happen?"

"Papa dah tinggalkan Tiara masa kecil.Mama pun dah tinggalkan Tiara 7 tahun lepas. Abang Aiman pun dah hilangkan diri. Semua tinggalkan Tiara. Awak nak tinggalkan saya jugak ke?" luah Tiara lebar. Ada air mata yang mengalir di wajah gadis itu.

"No,no,no..Aku takkan tinggalkan kau" Haris simpati akan gadis itu.Mesti banyak dugaan dia tempuhi seorang diri.Haris menghulur sehelai tisu kepada Tiara.

Tiara mengambil tisu itu. Dia mengesat air matanya. Dia berasa selesa dengan lelaki ini.

Haris mengemas meja kerjanya sebelum pulang. Sekeping gambar diambil sebelum ditatap lama. Mata coklatnya melihat gambar itu.Gambar bersama kekasihnya yang sudah lama menghilangkan diri. Dia kenal sepasang mata itu. Mata Tiara.

Dia merindukan saat mereka bersama. Namun,peristiwa lalu mengunci hati seorang Tiara Qistina.

"Kenapa awak buat saya macam ni,Haris? Kenapa awak curang pada saya?" Tiara menjauhkan diri. Masih tidak percaya dia melihat gambar Haris bersama seorang perempuan lain.

"Tiara listen. Bukan aku..."

"No,awak sendiri tahu saya cuma ada awak and awak khianati cinta saya? Kalau awak dah tak sayang saya,kita berpisah" Tiara berlalu pergi. Haris memanggil namanya namun tidak diendahkan.

"Tiara..aku tak buat..aku tak curang" Haris terduduk dan memikirkan nasib diri. Dia sayangkan gadis itu,dia cintakan Tiara.

"I miss you,my angel. I want my angel back"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience