BAB 2

Romance Completed 714

HARI ini genap seminggu Mariana tiba di Malaysia. Empat tahun berada di
perantauan memang mencabar emosinya. Perasaan rindu terhadap keluarga
membuatkan dia hampir hilang arah. Pada mulanya, memang dia tidak boleh
membiasakan diri. Tapi mujur juga ada Rizqy . Lelaki itu yang banyak
menyokongnya dan memberikan kata-kata semangat.

“Hello… Mariana , boleh kita jumpa?” Terdengar suara Rayyan di hujung talian.

Mariana mengeluh perlahan. Kenapa dirinya pula yang dicari? Bukankah
dirinya tidak pernah ada dalam hati lelaki itu? Sakit pula hatinya
mengenangkan keanehan lelaki itu.

“Mariana … are you still there?” soal Rayyan .

“Yes, I’m still here. Ada apa nak jumpa saya?”

“Saya nak cakap dengan awaklah. Amboi… balik Malaysia langsung tak
beritahu saya. Dah seminggu pun awak kat sini kan? Tak baik tau buat
saya macam ni.”

Mariana mendengus kasar. “Buat apa nak jumpa saya? Saya memang sengaja
tak nak beritahu awak yang saya dah balik. Saya bukannya penting pun…”

Rayyan diam. Terasa hatinya dengan kata-kata Mariana itu. Tapi untuk
menyalahkan gadis itu tidak mungkin. Mariana tidak pernah salah kerana
jatuh cinta kepadanya. Dia tahu cinta yang hadir dalam hati gadis itu
bukannya permintaan Mariana . Gadis itu juga tidak salah kalau mahu
bersikap dingin dengannya.

“Jomlah… saya belanja awak shopping.” Rayyan cuba mengumpan Mariana
walaupun dia tahu kalau Mariana bukannya kaki membeli-belah.

“Saya nak rehat. Penat…”

“Saya ajak Rizqy sekali, eh?”

Mariana tersentak. Sakit hatinya mendengar pertanyaan Rayyan itu. Kalau
Rayyan ada di hadapannya ketika ini pasti dicekiknya lelaki tinggi
lampai itu. Sesuka hati saja bertanya begitu. Padahal bukan lelaki itu
tidak tahu kalau dia sensitif mendengar nama Rizqy sejak kebelakangan ini.

“Awak ni memang tak ada perasaan kan? Sudahlah… start from now don’t
call me anymore. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi.” Tegas
Mariana berkata.

“Mariana … kenapa ni? Apa pulak masalahnya ni?”

“Awak memang tak suka kita berhubungan kan? Saya takkan ganggu hidup
awak lagi. Memang tu yang awak nak kan?”

Mariana terus melempar telefon bimbitnya ke atas katil. Sengaja dia tidak
mematikan talian. Biar lelaki itu pula yang sakit hati kerana berkata
yang tidak-tidak. Rayyan memang berhati beku. Tidak ada perasaan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience