BAB 3

Romance Completed 714

“SAYA terima kalau itu keputusan awak. Cuma kalau boleh saya nak tahu
apa alasan awak tak terima saya,” pinta Rizqy . Matanya
dikerdip-kerdipkan beberapa kali. Dia tidak mahu air matanya menitis di
hadapan Mariana .

Mariana menarik nafas yang terasa memberat. Berat hatinya untuk
menyatakan apa yang tersirat di hatinya. Dia tidak mahu melukai hati
mana-mana lelaki. Tapi dia tersepit. Ditelan mati mak, diluah mati bapak.

“Just tell me what’s on your mind. Rayyan ke?”

Cepat-cepat Mariana menggeleng. Rayyan bukan lagi penyebab kepada
penolakannya itu. Kalau dulu memang tidak dinafikan Rayyan yang menjadi
punca. Tapi, kini dia menolak kerana petunjuk yang diberikan Allah.
Bukan Rizqy yang muncul dalam mimpinya, tapi Rayyan .

Mariana juga hairan kenapa Rayyan yang muncul sedangkan lelaki itu
sedikit pun tidak memberi respons yang baik terhadapnya. Mana mungkin
Rayyan yang ditetapkan Allah buatnya. Tapi kalau sudah namanya jodoh,
mahu atau tidak Rayyan tetap perlu menerimanya.

“Dulu… mungkin! Sekarang hati saya bukan lagi sepenuhnya milik Rayyan .
Hati saya dah tawar, Rizqy . Bila hanya kita yang memuja sedangkan satu
pihak lagi tak pernah hargai perasaan kita, dengan sendirinya hati kita
akan tawar.”

“Tapi, saya berani jamin yang cinta saya hanya untuk awak. Selagi Allah
mengizinkan.”

“Cakap senang... tapi hati kita ni berbolak-balik sifatnya. Satu yang
saya minta pada awak… doakan saya selalu.”

Rizqy diam. Dia tahu cinta tidak boleh dipaksa, hadirnya sendiri dan
perginya juga sendiri. Selama ini, bukan dia tidak tahu betapa besarnya
kasih sayang Mariana pada Rayyan . Gadis itu sanggup melakukan apa saja
asalkan hati Rayyan beralih kepadanya.

Tapi, dia juga tahu betapa bekunya hati Rayyan . Jadi memang tidak
mustahil jika Mariana sendiri mengalih cintanya. Mungkin akan hadir
pengganti, tapi yang pasti itu bukan dia. Mariana memang bukan seorang
gadis yang terlalu memilih pasangan hidup. Namun, cinta memang menjadi
prinsip hidupnya.

“Eryna dah kahwin, kan?” Mariana tiba-tiba mengubah topik perbualan.

“Hmm... tiga tahun lepas kot.”

“Pelik kan?”

“Apa yang pelik?” Berkerut-kerut dahi Rizqy .

“Rayyan langsung tak nampak sedih. Dia macam rela je apa yang Eryna buat
pada dia. Kadang-kadang saya fikir yang Rayyan tu bodoh.” Mariana
tergelak perlahan.

“Tak baiklah awak cakap macam tu. Kalau ya pun tak suka janganlah kutuk
dia macam tu. Kalau dia dengar…”

“Memang aku dah dengar pun, Rizqy .”

Mariana dan Rizqy tersentak. Masing-masing kaku. Entah sejak bila Rayyan
ada di situ, mereka langsung tidak sedar.

“Kalau korang kahwin memang sesuailah. Suka mengutuk aku dari belakang
macam tu. Tak apalah… saya sedar diri saya Mariana . Saya memang bodoh.”
Rayyan meleretkan suara. Entah kenapa dia benar-benar terasa hati dengan
kata-kata Mariana itu.

“Mariana … pergi pujuk Rayyan tu,” bisik Rizqy perlahan.

Mariana mencebik. Untuk apa dia memujuk lelaki itu? Selama ini kalau dia
merajuk mana pernah lelaki itu mahu memujuknya. Biarlah… biarlah Rayyan
rasakan sendiri apa yang pernah dirasakannya dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience