BAB 9

Romance Completed 714

“YA ALLAH… aku mohon padamu, Ya Allah. sesungguhnya aku tidak kuat
menerima hakikat kalau isteri aku sendiri melupakan diriku. Kau
kuatkanlah semangatku yang hampir melayang. Kau berikanlah aku kekuatan
yang berterusan agar kasih sayangku padanya tidak hilang.

Ya Allah, aku lemah. Aku perlukan semangat yang kuat. Dialah
satu-satunya wanita yang mampu membuatkan cintaku padaMu bertambah.
Kalau dia tidak mampu mengingatiku… apa akan terjadi pada diriku?”
Panjang lebar Rayyan berdoa.

Sudah enam bulan masa berlalu, namun Mariana masih belum dapat mengingati
dirinya. Mariana masih juga hidup dengan dunianya sendiri. Hanya
keluarganya yang mampu diingati. Sedangkan dia sebagai suami tidak
langsung diingati gadis itu. Lebih memeritkan bila Rizqy dengan mudah
ada dalam ingatan Mariana .

Cemburu, sakit hati, kecewa, sedih dan geram… semuanya bercampur menjadi
satu. Dia benar-benar cemburu melihat kemesraan Mariana dan Rizqy yang
terang-terang dilakonkan di hadapannya. Kejam! Dirasakan Mariana terlalu
kejam.

“Rayyan … boleh ibu cakap sikit?”

Rayyan berpaling. Dia tersenyum sambil melipat sejadah memandang
Adawiyah. Wanita itulah yang selalu memberikan kata-kata semangat buat
dirinya. Ketika dia jatuh, Adawiyah selalu saja menghulurkan tangan buatnya.

Adawiyah duduk di birai katil. “Ibu harap Rayyan banyak-banyaklah
bersabar. Ibu pun tak sangka kalau sampai sekarang Mariana tak boleh
ingat Rayyan lagi.”

“Entahlah ibu. Rayyan tak tahu nak buat apa lagi. Dah puas Rayyan usaha.
Rayyan tak kisah kalau dia tak ingat Rayyan . Tapi… kenapa dia ingat Rizqy ?”

Adawiyah mengeluh perlahan. Itu jugalah yang difikirkannya.
Kadang-kadang dia berasa Mariana sengaja berpura-pura melupakan Rayyan .
Tapi, tidak diluahkan kepada sesiapa kerana risau Rayyan tidak dapat
menerima.

“Rayyan berdoalah. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. Janganlah
Rayyan risaukan sangat. Semuanya akan jadi macam dulu.”

Rayyan mengangguk. Memang itulah yang selalu dilakukan. Doanya tidak
pernah habis. Selalu saja doa buat gadis itu dititipkan. Namun, Mariana
saja yang terus beku. Tidak mahu langsung berkompromi.

“Rayyan betul-betul sayangkan Mariana ?” duga Adawiyah.

“Rayyan tak pasti. Tapi setiap masa Rayyan selalu berusaha untuk terus
cintakan dia. Eryna dah tak ada dalam hati Rayyan ni. Nama Mariana je
yang memenuhi setiap ruang dalam hati Rayyan .”

Tulus kata-kata Rayyan pada pendengaran Adawiyah. Dia tersenyum bahagia.
Dia benar-benar bersyukur kerana menantunya itu sering meletakkan Mariana
dalam hatinya.

“Ibu keluar dulu. Rayyan jangan fikir banyak sangat. Tak elok jugak
untuk diri Rayyan . Insyaallah… tak lama lagi Mariana akan ingat.”

Adawiyah bangun. Dibiarkan menantunya itu terus mengelamun. Dia tidak
mahu menganggu kerana dia yakin Rayyan mampu menangani semua ini dengan
tenang. Dia yakin Rayyan akan terus bersabar.

***

“AKU minta maaf.” Berkali-kali Rizqy mengucapkan kata-kata maaf. Dia
benar-benar rasa bersalah. Bukan niatnya mahu menjarakkan hubungan
Rayyan dengan Mariana . Tapi, Mariana sendiri yang meminta supaya dia
berbuat begitu. Kenapa, dia sendiri tidak tahu.

Rayyan tersenyum. Rizqy tidak boleh disalahkan seratus peratus. Lelaki
itu cuma watak sampingan dalam cerita dia dan Mariana . Tapi, tidak
dinafikan kalau watak Rizqy sejak kebelakangan ini lebih menonjol
daripada dirinya di dalam hidup Mariana .

“Aku yakin yang Mariana akan ingat kau tak lama lagi.”

“Aku akan terus bersabar selagi aku boleh. Tapi, jujur aku cakap yang
aku cemburu bila tengok korang berdua. Bukan aku tak tahu perasaan kau
pada Mariana .”

“Aku betul-betul minta maaf. Tapi, kau jangan risau. Tak lama lagi aku
akan kahwin. Kalau aku tak kahwin pun aku sedar yang aku tak sepatutnya
rapat dengan isteri kau. Mariana bukannya single lagi.”

Rizqy menepuk perlahan bahu Rayyan . Disalurkan kekuatan buat sahabatnya
itu. Dia kasihan dengan apa yang menimpa Rayyan . Sudahlah jatuh, ditimpa
tangga pula. Sebelum ini Rayyan kecewa dengan Eryna. Kini lelaki itu
terpaksa berhadapan dengan keadaan Mariana pula.

Memanglah dulu Rayyan yang silap kerana mengabaikan perasaan Mariana
sehingga gadis itu berubah hati. Tapi, bila Rayyan bersungguh-sungguh
mahu menikahi gadis itu dia yakin Rayyan akan mencurahkan seluruh kasih
sayangnya buat Mariana .

Mariana pun bukannya sudah tawar hati benar dengan lelaki itu. Cuma
rajuknya yang berpanjangan. Egonya seakan berada di puncak kerana sering
diabaikan. Tapi kasihnya tak pernah padam buat Rayyan . Dia nampak setiap
kali nama Rayyan disebut, mata Mariana pasti berkaca-kaca. Gadis itu
benar-benar kecewa.

Siapa yang tidak kecewa bila cinta yang diharapkan tidak kesampaian?
Samalah seperti dia. Walaupun tidak sepenuhnya harapan untuk hidup
bersama Mariana disandarkan pada gadis itu, dia tetap pernah berharap.
Dulu pun, ketika melamar gadis itu, dia punya dua tujuan.

Jika Mariana menerima lamarannya dialah lelaki paling bertuah. Dia
berjanji akan menjaga gadis itu semampunya. Tapi, kalau Mariana menolak
pun tidak mengapa. Perkara itu akan dijadikan alasan untuk menyedarkan
Rayyan tentang perasaanya terhadap Mariana . Biar lelaki itu tidak senang
duduk.

“Jaga Mariana baik-baik. Apa yang pasti aku bukan nak menganggu korang.
Aku melamar Mariana dulu pun sebab nak sedarkan kau tentang perasaan kau
sendiri. Aku tahu masa tu kau keliru nak pilih siapa.”

Rayyan mengangguk. Ya, ketika itu dia keliru untuk memilih apa yang
perlu dilakukan. Dia dapat merasakan kalau Mariana sudah berjaya
mengambil tempat dalam hatinya. Tapi pada masa yang sama dia masih lagi
sayangkan Eryna.

“Aku sayang dia, Rizqy . Tapi kenapa dia langsung tak ingat aku? Sakit
sangat rasanya bila setiap kali aku ingat apa yang terjadi ni. Dulu,
Eryna sewenang-wenangnya permainkan perasaan aku. Dia hanya jadikan aku
sandaran bila kekasih dia tak ada.

Bila aku dah jatuh cinta dengan Mariana pulak, dia jauhkan diri dari aku.
Dia pergi jauh. Walaupun dia ada depan mata aku, tapi hati dia jauh dari
aku. Sekarang, bila aku dah jadi suami dia, tiba-tiba dia hilang
ingatan. Mungkin ni balasan untuk aku sebab aku selalu buat jahat kat dia.”

Rayyan meraup mukanya. Kalau Rizqy tidak ada di situ pasti air matanya
sudah tumpah. Sejak kebelakangan ini dia memang manja. Pantang tercuit
sedikit dia sudah boleh menangis teresak-esak. Puncanya hanya Mariana .

“Gilalah! Kau nangis, Rayyan ?” tempelak Rizqy .

“Aku sedih…” Sayu suara Rayyan . Sekejapan, dia ketawa. Geli hati dengan
diri sendiri. Hanya kerana seorang gadis dia jadi selemah itu. Dulu,
ketika dilukakan Eryna dia sedih. Tapi sedihnya tidak seteruk ini.

“Sayang betul kau kat Mariana , kan?”

“Mahu tak sayang? Dahlah cantik, baik pulak tu. Lemah-lembut,
sopan-santun… ah… semua yang baik-baiklah ada pada dia!”

“Dah sah kau ni angau!”

Rayyan ketawa. Dia tidak kisah Rizqy mahu melabelnya sebagai apa. Dia
tiada masa mahu marah kerana di fikirannya hanya ada Mariana . Hanya
Mariana ! Selama-lamanya hanya gadis itu yang bertakhta di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience