BAB 6

Romance Completed 714

SEJAK tadi Rayyan mundar-mundir di ruang tamu rumahnya. Resah hatinya
memikirkan penerimaan Mariana . Dia takut gadis itu tersalah tafsir dengan
peminangannya. Sedangkan dia benar-benar ikhlas untuk memperisterikan
gadis itu secepat mungkin.

Cinta? Ah… Rayyan tidak mahu lagi membebankan otaknya memikirkan soal
cinta. Dulu, cintanya sudah dicurahkan sepenuh hati pada Eryna tapi
malangnya hanya dia yang terlalu berharap. Dia sudah serik untuk
bercinta. Jadi, tiada gunanya lagi dia meletakkan cinta sebagai kepentingan.

Tapi… adakah Mariana juga sependapat dengannya? Pasti gadis itu tidak
lagi menyayanginya seperti dulu. Dia yakin cinta gadis itu padanya sudah
semakin pudar. Sesak dadanya memikirkan kenyataan itu.

Sudah berbulan-bulan lamanya tidak bertemu Mariana , dia bagaikan hilang
punca. Empat tahun Mariana jauh darinya dia tidak pernah pun berasa
begitu. Tapi sekarang, dia benar-benar terasa dengan kehilangan mengejut
gadis itu.

Dia cuba menghubungi Rizqy tapi Rizqy juga tidak tahu ke mana Mariana
pergi. Lalu, Rizqy menyuruhnya menghubungi Izhan. Gugup dia mahu
memulakan perbualan dengan lelaki itu. Tapi dikuatkan juga semangat
semata-mata kerana mahu tahu di mana keberadaan Mariana .

Namun, semuanya hampa. Semua orang seakan mahu berahsia. Lantaran itu,
dia menghantar rombongan meminang ke rumah gadis itu. Mulanya, dia
sekadar mahu mengumpan Mariana supaya keluar dari persembunyiannya. Tapi,
bila difikirkan semula ada juga baiknya dia berbuat begitu.

Mariana bukannya gadis yang tidak baik. Gadis itu cukup lengkap dan baik
akhlaknya. Lebih dari itu, dia bukannya tidak kenal siapa Mariana . Sifat
dan sikap gadis itu sudah hampir kesemuanya dia tahu.

Alang-alang mandi biar sampai basah. Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya. Alang-alang dia sudah meminang gadis itu,
lebih baik kalau dia menunggu saja jawapan dari gadis itu. Tiada apa
yang perlu dikesalkan.

***

MARIANA terkedu ketika melihat batang tubuh Rayyan di hadapan rumahnya.
Wajah lelaki itu kelihatan ceria. Matanya bersinar-sinar bagaikan baru
saja dihadiahkan bulan dan bintang. Ketika pandangan Mariana jatuh pada
tangan lelaki itu, terdapat sekuntum bunga yang dipegangnya.

Sungguh, Mariana masih belum bersedia untuk bertemu dengan Rayyan . Dia
pulang ke rumah hanya untuk mengetahui kesahihan kalau Rayyan
meminangnya. Lebih dari itu, dia ingin melepaskan rindu pada
keluarganya. Tiada siapa pun yang diberitahu tentang kepulangannya
kecuali Izhan.

“Ada apa datang sini? Dah tak ada kerja lain? Baliklah…” Pantas Mariana
menolak pintu rumahnya. Dibiarkan Rayyan terpinga-pinga.

Sepi. Hampir sepuluh minit Mariana menunggu Rayyan memanggil atau meminta
dia untuk membukakan pintu. Namun, tidak pun kedengaran suara lelaki
itu. Mariana mengerutkan dahi. Perlahan-lahan pintu utama rumahnya itu
dibuka semula.

Terhendap-hendap Mariana mencari sekujur tubuh Rayyan . Kereta lelaki itu
masih tersadai di halaman rumahnya. Bunga yang dipegang lelaki itu tadi
juga masih ada, diletakkan di bangku berhampiran pintu. Tapi, ke mana
Rayyan ?

“Cari apa tu?”

Mariana tersentak. Hampir luruh jantungnya. Dia beristighfar panjang.
Cuba mengutip kembali semangat yang berterabur ditiup angin.

“Maaf… saya tak sengaja terkejutkan awak.” Gugup Rayyan berkata. Wajah
pucat Mariana membuatkan dia cemas. Risau pula dia jika terjadi apa-apa
kepada gadis itu.

Mariana mendengus kasar. “Macam mana awak masuk ni?”

“Pintu dapur ada. Ibu awak bukakan.” Selamba saja Rayyan menjawab.

“Sibuk jelah dia ni. Mana awak tahu saya balik rumah ni?”

Rayyan tersengih. Dia sudah berjanji dengan Izhan walau apapun yang
terjadi dia tidak akan mengatakan kepada Mariana kalau lelaki itu yang
memberitahunya tentang kepulangan gadis itu. Dia tidak mahu mungkir janji.

“Tersengih-sengih kenapa?”

Mariana mengetap bibir. Sakit hatinya melihat sengihan Rayyan . Kalau
Rayyan tidak menjawab pun, dia sudah tahu siapa yang memberitahu lelaki
itu. Bukan dia tidak tahu kalau Izhan yang membuka cerita. Abangnya itu
bukannya boleh menyimpan rahsia kalau sesuatu itu berkaitan dengan dirinya.

Perkara itu sudah menyakitkan hatinya. Tapi, melihat wajah Rayyan ketika
ini lebih menyakitkan jiwa raganya. Entah kenapa ibunya baik benar mahu
membukakan pintu untuk lelaki itu. Macamlah Rayyan itu penting benar.

“Makin lama awak ni makin garang kan?”

“Saya tak ada masalah nak bergurau.”

Rayyan menggaru leher. Pelik dengan sikap Mariana yang berubah 360
darjah. Dulu, gadis itu begitu lemah-lembut. Mana pernah Mariana marah
padanya. Tapi sekarang, suara Mariana sudah mula meninggi.

“Benci betul awak dengan saya.”

“Apa semua ni, Rayyan ? Kenapa awak masuk meminang saya? Apa maknanya?
Permainan apa yang awak nak main ni? Tolonglah… saya tak nak terlibat
dengan semua ni. Saya dah penat. Cukuplah dulu saya macam orang bodoh
kejar awak.

Dulu memang saya sayangkan awak. Tapi sekarang semua tu dah pudar. Saya
tak nak awak ada lagi dalam hidup saya. Tolong jangan ganggu saya lagi.
Saya tak nak awak masuk campur dalam urusan hidup saya,” pinta Mariana
bersungguh-sungguh.

“Walaupun dalam hati awak ada nama saya? Walaupun petunjuk dari solat
istikharah awak mengatakan kalau sayalah orang yang selama ni awak
cari?” duga Rayyan .

Mariana terkedu. Dari mana Rayyan tahu soal petunjuk dari solat
istikharahnya itu? Tidak mungkin ada yang tahu kerana dia tidak pernah
memberitahu sesiapa. Tapi, Rayyan bukan ahli nujum sampai lelaki itu
tahu rahsia yang disimpannya.

“Saya jumpa diari awak. Terima kasih Mariana sebab terlalu sayangkan
saya. Maaf sebab ganggu privacy awak. Tapi saya betul-betul ikhlas nak
jadikan awak isteri saya.”

Mariana tersenyum sinis. Katalah apa saja hatinya sudah bulat untuk tidak
lagi menerima cinta yang ditawarkan Rayyan itu. Dulu, hanya dia yang
bersungguh-sungguh sedangkan lelaki itu tidak pernah menghargai. Kini,
apalah gunanya lagi semua itu?

Hatinya sudah benar-benar tawar. Bukan niatnya untuk membiarkan saja
petunjuk yang diberikan Allah. Tapi dia masih belum bisa menerima semua
itu. Semuanya berlaku dengan begitu cepat. Saat hatinya sudah tawar
tiba-tiba saja petunjuk Allah menyatakan Rayyan adalah jodohnya.

Selama ini, memang Rayyan menjadi pujaannya. Rayyan yang sentiasa
menjadi penguat semangatnya. Namun, empat tahun berkelana menemukan dia
dengan begitu banyak jawapan. Selama dia di Paris, mana pernah Rayyan
menghubunginya. Hanya dia yang sering bertanya khabar lelaki itu.

“Lupakan semuanya. Lupakan saya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience