BAB 8

Romance Completed 714

DUA TAHUN KEMUDIAN,

RAYYAN terbatuk perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang Mariana yang
terlantar di atas katil. Sudah dua hari gadis itu tidak sedarkan diri.
Sudah dua hari juga dia tidak dapat mendengar suara gadis itu. Gelisah
dia mengenangkan keadaan Mariana yang kaku seperti itu.

Luka di dahi Mariana ditatapnya lama. Kasihan gadis itu. Gara-gara mahu
lari darinya, gadis itu memecut laju kereta yang dipandu. Kalaulah dia
tidak muncul, pasti bukan begini jadinya. Dia benar-benar menyesal. Tapi
hendak diapakan lagi, nasi sudah jadi bubur.

“Maafkan saya, Mariana …” bisik Rayyan . Tangan Mariana yang digenggam
dilepaskan perlahan. Dia bangkit. Mahu meninggalkan Mariana seketika.

Air matanya menitis juga. Puas ditahan namun kesalannya tidak
berpenghujung. Diatur langkahnya mahu meninggalkan Mariana . Dia ingin
menenangkan dirinya sendiri. Namun langkahnya kaku ketika tangan Mariana
mencengkam lengannya.

“Mariana , awak dah sedar? Ya Allah… Alhamdulillah!”

Mariana menarik perlahan tangannya. Tubuh Rayyan ditolak perlahan.
Berkerut-kerut dahinya. Kepala yang berdenyut kuat dipegang. Entah siapa
lelaki di hadapannya itu. Dia lupa. Malah langsung tidak ingat siapakah
lelaki yang tersenyum penuh makna padanya itu.

Rayyan mengerutkan dahi. Wajah Mariana yang kelihatan seperti keliru
menghairankannya. Dilabuhkan punggung di atas kerusi di sisi katil. Dia
dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Kejap ya, saya panggilkan doktor.” Rayyan mengatur langkah ke pintu wad
hospital itu. Dia mahu segera mendapatkan doktor yang merawat Mariana .

“Awak siapa?” soal Mariana .

Rayyan terkesima. Pantas dia berpaling. Dia cuba tersenyum meskipun
pahit. Dua hari lepas, memang doktor ada memberitahunya kalau
kemungkinan besar Mariana akan hilang ingatan. Namun, dia menyangkal
kerana dia yakin tidak semudah itu Mariana melupakannya.

“Kenapa awak ada kat sini?”

“Sebab saya suami, kekasih, kawan baik dan teman awak. Malah, saya akan
jadi ayah kepada anak-anak kita nanti.” Tenang Rayyan berkata.

Mariana cuba bangun. Dia tidak percaya kalau dia sudah berkahwin. Tapi,
tidak mustahil juga. Nama sendiri pun dia tidak ingat, apatah lagi mahu
mengingati status diri sebagai isteri kepada lelaki di hadapannya itu.

“Saya tak kenal awak.”

Rayyan menelan liur. Perit rasanya menerima hakikat kalau Mariana sudah
melupakannya. Namun, tetap juga dia mengukirkan senyuman. Dia tidak mahu
meruntuhkan semangatnya sendiri.

“Tak apalah… take your time, okay? Saya tak kisah berapa lama masa
yang awak nak ambil. I will for for you, my dear.”

Mariana tersenyum. Wajah Rayyan ditatapnya lama. Tenang. Seraut wajah itu
hanya tenang menerima hakikat kalau dia sudah melupakan lelaki itu.

“Awak baik…” rumus Mariana .

Rayyan menjongketkan kening berkali-kali. “Sebab saya baiklah awak
terima saya jadi suami awak. Betul tak?”

Mariana ketawa lepas.

“Okeylah… awak rehat dulu. Saya keluar sekejap. Make sure awak rehat,”
pesan Rayyan .

“Awak nak pergi mana?”

“Saya nak solat.”

Mariana mengangguk. Separuh hatinya senang dengan kehadiran lelaki itu.
Walaupun hatinya masih ragu kalau Rayyan itu suaminya, dia tidak dapat
menafikan kalau lelaki itu mampu menyenangkan hatinya yang gundah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience