BAB 5

Romance Completed 714

TERMASUK kali ini sudah lima kali Izhan menelefon adiknya. Sudah lima
kali juga dia bertanyakan keputusan adiknya itu. Namun kesemua jawapan
yang diberi masih juga sama. Penolakan demi penolakan diberikan Mariana
sehingga dia hampir putus asa untuk terus menghubungi gadis itu.

“Untuk kali ni tolonglah… tolonglah jawab ya!”

“Abang… cinta tak boleh dipaksa. Mariana tak naklah kahwin dengan orang
yang Mariana langsung tak kenal. Nanti kahwin sehari dah cerai.”

Izhan menepuk dahi. Itu pula alasan adiknya yang satu itu. Naik pening
kepalanya. Adiknya itu mudah saja memberikan alasan. Tapi dia juga yang
hampir bernanah telinga mendengar bebelan ibu mereka.

“Abang cakap je kat ibu yang Mariana belum ready lagi. So, tak
payahlah nak jodohkan Mariana dengan sesiapa.”

“Amboi… senang je Mariana jawab kan? Abang tak kira. Untuk kali ni Mariana
kena cakap ya jugak. Kalau tak… Mariana jawablah sendiri dengan ibu.
Abang dah malas nak jadi orang tengah.”

Mariana mengetap bibir. “Mariana kan tak ada kat rumah sekarang ni. Abang
ajelah yang tolong jawabkan. Abang wakilkan eh?”

Sepi. Izhan langsung tidak membalas kata-kata Mariana .

“Ibu tak kira. Mariana balik sekarang!”

Mariana tersentak. Suara ibunya yang kedengaran di hujung talian
benar-benar mengejutkannya. Kalau sudah begitu nada suara ibunya
pastilah wanita itu benar-benar sedang marah.

“Err… ibu…” Mariana menggaru kepala. “Mariana busy sekarang ni. Banyak
sangat kerja. Kalau ibu nak suruh Mariana balik… macam tak ada masalah ibu.”

Adawiyah mendengus kasar. Ada-ada saja alasan Mariana . Dulu, ketika mahu
berpindah katanya mahu berdikari. Puas dia menghalang anaknya itu tetap
juga berdegil. Kini, sudah hampir dua bulan Mariana tidak bertandang ke
rumah gara-gara dia dianggap sibuk mencari jodoh untuk gadis itu.

Bukan niatnya mahu mengatur hidup Mariana . Tapi dia tidak suka kalau anak
gadisnya tinggal seorang diri. Dia risaukan keadaan anaknya itu. Kalau
Izhan yang mahu berdikari dia langsung tidak kisah kerana Izhan itu
lelaki. Tapi Mariana , itulah satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

“Rayyan yang masuk meminang. Mariana baliklah. Suka atau tak… Mariana
sendiri yang beri keputusan pada Rayyan . Ibu tak nak paksa. Tapi
pandai-pandailah Mariana fikir. Selama ni pun bukan ibu yang suruh orang
masuk meminang Mariana . Diorang sendiri yang nak.”

Mariana terkedu. Matanya digosok-gosok perlahan. Pipinya juga ditampar.
Tidak cukup dengan itu dia mencubit lengan dan pahanya pula. Dia mahu
memastikan kalau dia tidak bermimpi. Rayyan meminangnya?

Telefon yang dilekapkan di telinga diletakkan di atas meja. Mukanya
diraup berkali-kali. Agaknya dia sudah gila. Ibunya mungkin menyebut
nama lain tapi nama Rayyan yang didengarnya.

“Baliklah hujung minggu ni. Dah lama Mariana tak balik.” Lembut Adawiyah
memujuk anaknya itu.

“Okey… Mariana balik!” putus Mariana .

Usai memberikan salam, Mariana terus mematikan talian. Penat otaknya
mencerna apa yang didengarinya dari ulas bibir Adawiyah tadi. Dia tidak
percaya kalau Rayyan yang meminangnya.

‘Aku kena balik rumah jugak!’ Nekad Mariana dalam hati. Dia tidak sanggup
terus tertanya-tanya seperti itu. Mahu atau tidak, dia tetap perlu
mematikan pertanyaan yang terus menekan emosinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience