BAB 4

Romance Completed 714

SESEKALI Rayyan memandang Mariana . Kebisuan gadis itu menjerat hatinya.
Dia rasa tertekan. Selama ini Mariana selalu saja ceria. Ada-ada saja
topik yang mahu dibualkan gadis itu sampai dia naik bosan. Tapi sejak
tadi Mariana hanya diam. Sakit hatinya dilayan seperti itu.

“You’ve changed a lot, Mariana . Empat tahun betul-betul dah mengubah
diri awak. Saya kecewa sangat,” keluhnya.

Mariana mencebik. ‘Katalah apa saja, Rayyan . Hati saya dah kebal.
Cukuplah dulu cinta saya dipersiakan. Dulu, mungkin saya bodoh sebab
terlalu mudah jatuh cinta. Sekarang, saya Mariana yang baru. Bukan lagi
Mariana yang bodoh tu,’ luah Mariana dalam hati.

“Saya rindukan awak,” ucap Rayyan perlahan.

Mariana terkesima. Berdegup kencang jantungnya. Pertama kali dalam
hidupnya Rayyan meluahkan kata-kata seperti itu. Dulu, mana pernah
Rayyan bercakap seperti itu. Hendak mengatakan suka pun berat apatah
lagi mahu mengatakan rindu.

“Jangan tipu diri sendiri, Rayyan .”

Rayyan berpaling. Wajah Mariana ditatap lama. Pandangan gadis itu sudah
tidak seperti dulu. Kosong. Tiada lagi sinar cinta dalam mata gadis
cantik itu.

“Saya tak tipu. Saya betul-betul rindukan awak. Mariana … why not we try
to complete each other? Awak dan saya… hanya kita berdua.”

“Apa yang awak mengarut ni, Rayyan ?”

“Awak dah tak faham saya lagi. Awak dah benci saya, kan?” duga Rayyan .
Dia terima jika gadis itu benci padanya kerana dia tahu Mariana berhak
untuk berbuat demikian.

Mariana diam. Kepala yang terasa berdenyut diurut perlahan. Bergenang
matanya. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya dia ketika ini. Rizqy
yang mencintainya namun bukan lelaki itu yang muncul. Rayyan . Tetap juga
Rayyan yang menjelma dalam mimpi-mimpinya.

Kadang-kadang dia terasa takut untuk tidur. Takut jika petunjuk yang
diberikan masih sama. Tapi itulah hakikatnya. Tiada lelaki lain yang
muncul kecuali wajah yang satu itu.

“Rayyan … saya nak pergi jauh. Saya nak tinggalkan semua ni. Saya tak nak
kecewakan sesiapa lagi lepas ni. Kesian Rizqy . Dia terlalu berharap.
Tapi demi persahabatan kitorang, dia sanggup lukakan hati dia sendiri.”

“Hanya sebab Rizqy ?”

Mariana mengangguk walaupun sebenarnya dia mahu lari dari hakikat yang
sebenar, kalau dia tidak mahu terus memandang seraut wajah Rayyan yang
saban hari menganggunya dalam tidur mahupun lena.

“Don’t you love me anymore?”

Mariana tersenyum sinis. “It’s better if we not seeing each other. Saya
tak nak ganggu hidup awak lagi. Cukuplah selama ni saya ganggu awak.
Banyak masa yang dah awak luangkan untuk saya. Masa yang mungkin awak
nak luangkan untuk perkara lain.”

Kedengaran keluhan terbit dari bibir Rayyan . Entah kenapa untuk kali ini
dia terasa berat benar mahu melepaskan gadis itu pergi. Kehilangan. Dia
takut kehilangan Mariana . Ya! Itulah hakikat yang dirasakan ketika ini.

‘Mariana , jangan pergi. Saya tak nak awak pergi. Saya takut nanti ada
orang lain yang cuba melamar awak lagi.’ Hati kecil Rayyan terus
berkata-kata.

Mariana bangun. Matanya yang terasa kabur dek kerana kolam matanya yang
dipenuhi air dikesat perlahan. Dia tidak mahu lagi mempertaruhkan hati
dan perasaannya di tangan Rayyan . Cukuplah semua itu berlaku dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience