BAB 1

Romance Completed 714

“WILL you marry me, Mariana ?”

Pertanyaan itu terus-terusan menghantui benak Mariana . Masih lagi jelas
di ingatannya ketika Rizqy melamarnya di hadapan Eiffel Tower, Paris.
Bersungguh-sungguh lelaki itu menyatakan hasratnya untuk menjadikan
Mariana sebagai isterinya. Waktu itu Mariana hanya ketawa kerana sangkanya
Rizqy bergurau. Tapi ketika matanya dan Rizqy bertembung, dia dapat
merasakan betapa tulusnya cinta lelaki itu terhadapnya.

Sungguh, Mariana tidak pernah terfikir bagaimana Rizqy yang dianggapnya
tidak lebih dari seorang kawan menaruh hati terhadapnya. Langsung tidak
diduga kalau cinta kasih lelaki itu tumpah buatnya. Selama ini dia
melayan Rizqy dengan baik kerana Rizqy itu kawan Rayyan . Apatah lagi
hanya Rizqy tempat dia mengadu nasib di bumi Perancis itu.

Kalaulah abangnya tahu Rizqy melamarnya, pasti abangnya itu akan
menyuruh dia menerima lamaran itu. Tapi, masakan Mariana mahu melakukan
perkara itu. Dia hanya mencintai Rayyan . Mana mungkin cintanya beralih
arah semudah itu. Dia bukan jenis perempuan yang mudah jatuh cinta.
Sekali jatuh cinta dia akan setia pada cintanya itu.

Tapi mengenangkan Rayyan , hatinya terasa sakit. Dia terperangkap dalam
lembah cinta yang menyakitkan. Rayyan memang tidak pernah punya perasaan
terhadapnya. Hanya dia yang tergila-gilakan lelaki itu. Kalaulah dia
tahu begini sakitnya ketika cinta bertepuk sebelah tangan dia tidak akan
sama sekali meluahkan kata-kata cinta pada lelaki berhati kebal itu.

“Baguslah kalau Rizqy melamar awak.” Itulah respons pertama Rayyan
ketika dia menghubungi lelaki itu. Beku dan dingin.

“Tapi awak tahu kan…”

“Mariana , tak payah fikir panjang sangat. You know who is Rizqy , right?
Awak dah tahu dia jenis lelaki yang macam mana. Terima ajelah.”

“Tapi…”

“Sudahlah… terima je. Awak akan bahagia dengan dia.” Rayyan
terus-terusan memotong percakapan Mariana .

Mariana mengetap bibir. Sakit hatinya kerana Rayyan langsung tidak
memberikan dia peluang untuk membuka mulut. Setiap kali dia mahu
mengatakan sesuatu pasti lelaki itu akan memotong percakapannya.

“Mariana , he’s deserve with you.” Lembut Rayyan berkata seolah-olah
cuba memujuk Mariana supaya lembut hatinya.

“I don’t need someone to tell me that he’s deserve with me or not.Saya
cuma nakkan pendapat.”

“Pendapat saya…”

“Awak pentingkan diri sendiri, Rayyan ! Awak nak saya kahwin dengan dia
sebab awak tak nak saya ganggu awak lagi. Awak kejam!”

Pantas Mariana mematikan talian. Marahnya membuak-buak. Entah kenapa
dirasakan kalau Rayyan terlalu kejam. Lelaki itu hanya memihak pada
Rizqy . Sedangkan perasaannya langsung tidak dititikberatkan oleh lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience