BAB 8

Horror & Thriller Completed 11000

Beberapa hari dirumah itu, mereka sibuk menjalankan tugasan yang di beri. Apabila petang menjelang baru mereka pulang. Masing-masing berada dalam keadaan keletihan. “ eh, korang nak minum tak? Biar aku ambil kan.” Mira segera ke dapur untuk mengambil air di dalam peti sejuk.

Tetapi, dia tiba-tiba menjerit ketakutan. Ghaffar, Kamal dan Indah yang sedang bersembang di ruang tamu segera ke dapur.

"Mira, kenapa ni?” Aina segera memeluk dan menenangkan Mira yang jelas berada dalam ketakutan. “Aku nampak ada benda dekat bawah pokok tu tadi.”

Ghaffar segera memeriksa keluar dapur, tetapi dia tidak melihat apa-apa pun di luar.

“Mana ada apa-apa kat luar tu. Mungkin perasaan kau je tu. Mungkin kau penat sangat. Dah, pergi masuk bilik, kau mandi, kemudian kau berehat. Okey?” walaupun tidak berpuas hati dengan jawapn Haziq, namun dia tetap menurut apa yang dikata.

Indah membantu Mira bangun dan memimpin dia ke atas. Janna yang baru lepas mandi ingin turun kebawah setelah mendengar jeritan dari dapur.

“Kenapa ni Mira? Indah, kenapa dengan dia ni?” soal Janna selepas melihat Indah memimpin Mira ke dalam bilik. Jelas di matanya muka Mira yang pucat dan keadaannya yang menggeletar.

“Tak ada apa-apa, mungkin dia penat je. Mira kau pergi mandi dulu ya? Nanti aku bawakan makanan.”

“Aku nampak benda tu, serius aku nampak. Dia berdiri dekat bawah pokok tu, lepas tu...” Mira tidak dapat meneruskan percakapannya.

Janna hanya tergamam mendengar apa yang dikatakan.

“Mira, semua tu khayalan kau je. Dah pergi mandi, lepas tu, nanti kita makan sama-sama.” Mira terus ke bilik air. Indah dan Janna turun bagi menyiapkan makanan yang mereka beli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience