BAB 5

Horror & Thriller Completed 11000

Masuk sahaja ke dalam banglo tersebut, masing-masing terlopong melihat keadaan dalaman banglo tersebut yang berbeza daripada kawasan luarnya. Ternyata keadaan dalamnya sangat cantik seperti ada yang tinggal di banglo tersebut. Indah dan Janna naik ke tingkat satu banglo tersebut untuk melihat bilik.

“Wahh, besar betul bilik ni. Siap ada bilik air peribadi sekali.” kata janna dengan nada teruja.

"Hey, mari sini cepat. Tengok ni. Tab mandi pun ada tau. Whoa... best betul kan." Sambung Janna yang sedang mengeksplorasi bilik air.

"Kau dah lupa rasa takut kau tadi ke?" tanya Indah sengaja mahu memperli Janna apabila dilihatnya sudah teruja keluar masuk bilik.Janna hanya tersengih macam kerang busuk.

"Ha... apa yang seronok sangat korang berdua ni?" tanya Mira yang baru sampai di situ sambil bercekak pinggang. Bukan nak marah pun tapi pelik dengan dua lagi rakannya itu. Tadi takut tapi sekarang macam tak ada apa je lagi.

“Eh Mira, tengok bilik ni. Bilik ni pun ada bilik air sendiri. Aku rasalah setiap bilik kat sini ada bilik air sendiri la. Wahh, bestnya!!”. Mereka cukup teruja melihat bilik-bilik di atas itu.

"Hmmm, dah lah aku malas nak layan korang. Aku nak turun bawah kejap. Tengok apa yang ada k," kata Mira.

Tapi Indah dan Janna tidak mempedulikan rakannya itu dan terus keluar masuk bilik dan melihat keindahan setiap bilik di bahagian atas.

Ghaffar hanya menggeleng melihat kerenah rakan-rakannya itu.

“Bilik korang, budak-budak perempuan dekat atas ni ye. Bilik aku dengan Kamal dekat bilik tetamu dekat bawah. Ea, Mira mana?” mereka baru tersedar, sepanjang mereka meneroka rumah tersebut tadi, Mira tidak bersama dengan mereka.

"Tadi ada. Tak perasan pula dia ke mana Ghaffar." Jawab Janna.

"Aku rasa dia turun bawah kot. Tak pe, jom pergi cari dia." Balas Indah dengan muka serius.

"Aku dah takut balik rasanya ni." Janna mengaku dia rasa takut dan Indah terus memeluk bahunya cuba menenangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience