BAB 9

Horror & Thriller Completed 11000

Waktu tengahari mereka, tiada makanan berat menjadi sajian mereka. Hanya Sardin Roll yang dibuat oleh. Makan malam mereka pula sekadar roti dan makanan ringan. Pada malam itu mereka merancang tempat-tempat untuk mereka aturkan alat perakam mereka.
Keesokan harinya, Janna membuat sarapan untuk semua di bantu oleh Mira. Selepas bersarapan, mereka terus mengambil tempat seperti yang dirancang malam tadi untu memasang alatan mereka.

Sepanjang hari itu mereka banyak menghabiskan masa mengatur kedudukan perakam visual dan suara mereka untuk menjejaki entiti.

Keadaan menjadi sunyi tatkala mereka semua mengambil tempat masing-masing untuk menempatkan alatan perakam mereka. Janna dan Indah berada tingkat atas namun di berlainan bilik.

Terkial-kial Janna cuba memasang alat perakam tanpa bantuan. Dalam kumpulan itu, sememangnya Janna dan Mira yang paling lambat dalam mengetahui selok-belok memasang alat perakam yang canggih itu walaupun sudah beberapa kali mereka sama-sama memburu entiti dengan menggunakan alatan yang sama.

Bukan kerana tidak minat, namun Janna merupakan yang paling lemah semangat dan penakut berbanding yang lain. Mungkin atas sebab itu dia tak dapat fokus dalam melakukan perkara yang berkaitan dengan entiti.

Sedang dia tercari-cari cara untuk memasang bateri kamera di tangannya itu, dia terpandang kelibat seorang budak perempuan kecil sedang berlari sambil tertawa riang.

Namun bunyi itu terlalu perlahan untuk didengari kalau tidak di amati dengan teliti. Entah dari mana datangnya keberanian, Janna mempercepatkan pemasangan alat perakam di tangannya itu.

Segera dia menghala perakam tersebut ke arah di mana dia terlihat kelibat kanak-kanak kecil tadi. Seketika kemudian, kedengaran lagi tawa anak kecil namun mata Mira tak dapat menangkap apa-apa kelibat melintas.

Tapi, tiba-tiba Mira terperasan imej di skrin rakamannya. Terbeliak mata Mira melihat dua kanak-kanak perempuan sedang bermain terpapar di skrin sedangkan matanya tidak melihat seorang pun kanak-kanak di bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience