BAB 1

Horror & Thriller Completed 11000

"Aku rasa paling senang untuk jalankan tugasan kali ini adalah mencari rumah banglo. Dan kita pun boleh bercuti dalam banglo tu." Cadang Ghafar kepada rakan-rakannya Kamal dan Indah.

"Aaa... Yang tu aku rasa kau setuju. Untuk tugasan gambar dan objek tu, aku rasa rumah banglo memang sesuai sangat. Tapi kita nak duduk banglo siapa, di mana untuk tugasan ni?" Celah Indah teruja mendengar mahu menjalankan tugasan mereka di dalam banglo.

"Ha... Yang tu korang jangan risau aku ada contact untuk dapatkan pemilik banglo yang sudi pinjamkan banglonya untuk menyiapkan tugasan kita," Ghafar menjawab penuh yakin.

"Eh, bila kita nak pergi ni? Rasa tak sabar pula," kata Kamal terus merapatkan diri dengan kedudukan Ghafar.

"Kot iye pon, janganlah rapat sangat dengan aku. Lain macam pula kau ni Kamal." Tegur Ghafar.

Indah dah ketawa terbahak-bahak apabila Ghafar buat aksi geli apabila Kamal merapatinya tadi.

“Weh…Indah…taksub gila kau ni, aku tengok. Aku yang seram…Macam manalah kita nak tahu cerita sebenar. Kita cume nak rakamkan entiti je…kau ni pun satu la Indah. Apa la.” kata Ghaffar.

“Eh…Janna…kau ni apa hal? Diam je. Tak sihat ke apa ni?” tegur Kamal.

“Alah…korang bukan tak tau minah ni…penakut…belum pergi da macam ni punya gaya.” Kata Indah.

“Aku takut la korang…tak de ke tempat lain.” luah Janna.

“Janna, kau ni janganlah patahkan semangat aku. Tu je tempat yang ok. Lagi pun dekat je…save bajet.” Indah sedikit panas hati dengan Janna.

“OK. Sudah. Jangan bertekak lagi…sekarang ni kita nak pergi bila?” tanya Ghaffar.

“Esok!!!” teriak Indah. Kelihatan orang sekeliling memandang tingkah Indah.

“Ish.kau ni Indah…malu la org tengok…tahu la excited tapi jangan lah response sampai macam tu sekali.” Tegur Kamal.

“Oooopsss…sorry guys. Esok la ey…ey…” kata Indah.

“Tak terasa cepat sangat ke? Kita dah la tak prepare apa-apa lagi ni.”

“Kau ni Janna…nak prepare apa je. Bukan jauh pun banglo tu dengan rumah sewa kita tu. Kalau ade apa-apa yang kurang, kita baliklah kejap. Bawak benda ringkas-ringkas je. Yang betul-betul perlu macam baju, barang makanan seperti maggi, sardine, roti ke... Cukuplah kan… Kira dah OK lah tu.” Terang Indah panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience