BAB 12

Horror & Thriller Completed 11000

“Mira, betul ke apa yang sarah nampak tu?” soal Janna selepas lama berdiam diri.

“Jangan risaulah. Benda tu Cuma khayalan Mira je. Dia kan tengah penat?” Indah membalas sambil membawa hidangan makanan ke meja. Mira yang baru lepas mandi hanya berdiam diri.

“Mira kau okey tak?” Tanya Ghaffar.Bimbang dia melihat keadaan rakannya begitu.

“Okey.” Mira hanya tersenyum sinis.

Ghaffar dan Kamal yang melihatnya merasa pelik.

“Jom makan. Semua dah siap hidang ni.” Mira segera ke meja makan diikuti Ghaffar dan Kamal.

Ketika sedang makan, mereka terkejut apabila melihat Mira makan dengan lahap. Ghaffar yang sudah makan segera mengajak Indah ke rumah Pak Ali.

“Assalamualaikum Pak Ali,” Pak Ali yang sedang duduk membaca segera keluar melihat siapa yang datang.

“Waalaikumsalam, kamu rupanya Ghaffar. Ada masalah ke?” Tanya Pak Ali selepas bersalaman dengan Ghaffar.

“Kami datang ni nak minta tolong Pak Ali. Kawan saya yang Mira tu, macam ada yang tak kena dengan dia. Kami harap sangat Pak Ali boleh bantu kami.” Setelah berdiam diri seketika, Pak Ali membawa mereka menemui Ustaz Faizal sebelum bertolak Banglo itu.

Apabila mereka tiba di banglo tersebut, mereka terkejut mendengar jeritan dari dalam rumah. Ghaffar segera berlari ke dalam rumah diikuti Indah, Pak Ali dan Ustaz Faizal. Terkejut Ghaffar apabila Kamal sedang berusaha menenangkan Mira yang kerasukan. Janna pula terbaring di tepi meja kerana ditolak oleh Mira selepas cuba untuk membantu Kamal.

Indah segera mendapatkan Janna yang terbaring tidak sedarkan diri sementara Ghaffar membantu memegang Mira. Ustaz Faizal segera membaca ayat-ayat Al-Quran pada air yang di bawanya lalu segera semburkan ke muka Mira.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya Mira mula sedar. Janna juga sudah dibersihkan lukanya. Mereka berpakat untuk meninggalkan Banglo hijau itu malam itu juga.

Mereka menumpang di rumah Pak Ali untuk satu malam sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya. Mereka nekad tidak mahu lagi kembali ke tempat berpuaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience