BAB 10

Horror & Thriller Completed 11000

Mira terus memerhati tingkah kanak-kanak itu walaupun romanya berterusan tegak berdiri dan tiba-tiba dua kanak-kanak tersebut memandang tepat ke wajah Mira membuatkan Mira terperanjat hebat lalu menjerit dan keluar dari bilik itu.

Mereka yang terdengar jeritan Mira itu segera mendapatkan Mira. Janna terus berlari untuk ke tingkat bawah. Lariannya mengatur anak tangga tidak seimbang, langkahnya sumbang membuatkan dia jatuh.

Tubuhnya di mamah anak tangga dan dia akhirnya terus jatuh ke bawah. Dia mengalami luka di dahinya. Dia menggosok-gosok pinggangnya. Sakit! Getus hatinya. Mira membantu Janna untuk bangun.

Sesekali dia memejam celikkan matanya kerana dia terasa pening.

Dan ketakutan yang dirasakan maha hebat itu mendesak Janna untuk mencari tempat persembunyian supaya dia selamat dari segala bahaya yang mengancam jiwanya.

Dia mengambil tempat di celah susunan perabot jati yang mewah. Dari situ dia dapat melihat jelas di sekitar ruang tamu, ruang legar dan kawasan tangga. Suasana suram menerbitkan aura seram yang tak terperi.

Tiada lampu yang dipasang kecuali lilin-lilin yang banyak dinyalakan berbentuk bulatan di ruang tamu. Di tengah-tengah lilin-lilin itu seperti ada satu tempat permbaringan yang dihiasi bunga-bungaan, botol arak, dan gelas arak yang elegan. Janna dan Mira kurang pasti apa yang akan berlaku.

*****************
“Janna…Janna….!!!! kenape kau ni…bangun…!!!” Ghaffar menggoncang-goncang badan Janna. Janna terus tersedar dengan keadaan matanya terbeliak dan terduduk.
Jeritannya masih kedengaran, mulutnya terngaga. Indah seraya memeluk Janna sambil memanggil-manggil nama Janna. Namun tiada jawapan dari Janna.

Janna tiba-tiba menarik nafas lalu terbaring semula. Rakan-rakannya mengeluh sendirian. Tidak pasti apa yang terjadi kepada Janna.
“Kita balik sekarang jugak…kemaskan barang-barang kita sekarang…!!!!”
“Tapi Ghaffar…kita lum dapat rakam ape-apa.”
“Ape kau ni Indah…ape dah tak ade hati perut ke kau ni…? Kau bute ke Janna da jadi macam ni…!!! Kau ni kawan jenis ape ha.??!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience