BAB 3

Horror & Thriller Completed 11000

Kerana tindakan keras hati Indah, mereka akhirnya pergi ke banglo itu. Tanpa sebarang bantahan, Janna yang tidak senang hati dengan rancangan itu sekadar menurut. Rasa kurang senang itu dipendamkan sahaja.

Perjalanan mereka hanya memakan masa selama 20 minit dengan menaiki kereta Ghaffar. Pagar besar yang masih utuh berdiri disekeliling halaman banglo itu tidak berkunci lalu Indah membuka pagar itu bagi memberi laluan kepada kereta Ghaffar.

Halaman banglo itu masih kelihatan bersih walaupun dengan taburan daun-daun kering. Cat yang usang dan lumut di dinding menampakkan banlgo itu kelihatan seram sekali. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa bertiup seakan mengalu-alukan kedatangan mereka atau pun sememangnya ada yang sedang menanti mereka.

Dari jauh sudah kelihatan Banglo berwarna hijau yang tersergam indah. Ghafar dan rakan-rakannya terpegun melihat keindahan banglo itu.

“Wahh, besar betul banglo ni. Ghafar, mana kau dapat rumah rumah ni?”, Kamal mula bertanyakan soalan. Ghafar memandang banglo tersebut dengan rasa kagum. Sungguh dia tidak pernah menyangka rumah banglo yang diberitahu kepadanya sebesar ini. Cuma di sudut hatinya rasa seram melihat keadaan banglo ini yang agak usang.

‘ah, perasaan aku saja ni’.

Indah, Mira dan Janna keluar dari kereta Honda Jazz dengan perasaan yang tidak tenang apabila melihat banglo tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri bagaikan ada rasa yang tidak kena dalam hati mereka pertama kali melihat banglo hijau itu.

Bahkan ketika perjalanan ke banglo itu tadi pun, mereka sudah rasa meremang kerana perlu melalui kawasan hutan dan jalan tidak rata. Keadaannya seperti tidak terurus dan jauh dari jalan besar dan kediaman orang lain.

“Wow…!!!! Great….!!!! cantiknye tempat ni….”
“Pintu utamanye tak kunci ke…? kalau berkunci kang, sia-sia jek kita datang sini…entiti tak dapat, buang mase kita jek…”
“Try la dulu…kau ni Ghaffar, tak yah la buat spekulasi kalau tak cube lagi…” balas Indah sambil menuju ke pintu utama. Dengan sekali tolak sahaja, pintu utama sudah terbuka.
“Kau tengok.nak harapkan korang orang lelaki, pintu yang tak berkunci pun tak leh nak buka. Penakut…huh…!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience