Prolog

Horror & Thriller Completed 11000

Banglo putih pada mulanya bertukar menjadi hijau kerana lumut yang tumbuh subur di dinding. Banglo Hijau yang sering di panggil orang ini banyak menyimpan rahsia mistik yang tak terungkap.

Banglo itu telah ditinggalkan berbelas tahun setelah kesemua penghuni dalam banglo itu mati tanpa sebab yang pasti. Pelbagai cerita digembar-gemburkan oleh penduduk sekitar namun kesahihannya belum pasti ada kebenarannya. Pemilik banglo itu merupakan sepasang suami isteri yang mempunyai sepasang anak kembar.

Yusof telah mengahwini Sophia seorang mualaf dari England. Mereka telah berkenalan ketika belajar lalu berumah tangga dan dikurniakan sepasang kembar, Emma dan Emily. Namun kebahagiaan mereka tidak lama kerana menurut cerita org ramai, Sophia meroyan setelah melahirkan cahaya mata mereka dan keadaan menjadi semakin teruk kerana Sophia sudah tidak dapat dikawal walaupun dos ubat yang diberi sudah bertambah dari hari ke hari.

Dan akhirnya,gempar kedengaran kisah Sophia telah membunuh anak-anak dan suaminya lalu membunuh diri di sebuah pohon berdekatan rumahnya. Setelah itu, ramai yang pernah ternampak kelibat Sophia menangis di jendela tingkat atas banglo miliknya itu.

Sejak itu, penduduk kampung juga jarang melalui kawasan itu dan semakin lama-kawasan itu dipenuhi semak dan samun.

Pernah juga rumah itu dibeli oleh pemilik baru dan mahu tinggal di situ, namun tidak sampai dua minggu pemilik baru jug angkat kaki berpindah ke tempat lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience