BAB 6

Horror & Thriller Completed 11000

Rupanya Mira yang meminta diri untuk meneroka kawasan bawah banglo sedang asyik melihat pohon beringin di belakang rumah.

‘Besarnya pokok ni’ getus hatinya. Entah mengapa dia tertarik benar dengan pokok beringin itu. Seakan ada yang menarik perasaan dan dirinya.Tanpa dia sedari kakinya mula melangkah ke pohon gergasi itu. Tiba di hadapan pokok, dia seakan rasa terbuai.

Tangannya mula mengelus kulit kayu pohon itu.
Ghaffar memandang Mira yang terlalu asyik berjalan di bawah pokok beringin itu. Bulu romanya mula meremang apabila melihat pokok itu. Apatah lagi Mira boleh berjalan seperti mahu mengelilingi pokok tesebut.

“Mira,” panggil Ghaffar.

Namun panggilannya tidak di sahut oleh Mira. Setelah panggilan yang ketiga baru Mira dengar.

“Mira, Jom masuk. Dah nak maghrib ni. Yang kau duduk dekat pokok tu kenapa?” Mira hanya terpinga melihat pohon itu berada dihadapannya. Dia tidak perasan bagaimana dia boleh berada di situ.

Mira seakan tersedar semula. Dia memandang sekeliling dan mendapati dirinya berada cukup dekat dengan poko beringin yang besar dan kelihatan menakutkan itu.

Berada di situ ketika hari sudah beransur senja bukanlah sesuatu yang bagus. Apatah lagi dia seperti terpukau untuk berada di situ.

“Okey,” dia membalas panggilan Ghaffar sebelum melangkah ke dalam rumah. Di pandangnya ke belakang ke arah pokok itu. Hatinya rasa tak sedap. Dia bingung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience