BAB 7

Horror & Thriller Completed 11000

Indah dan Janna membaca doa selepas habis solat maghrib. Mira sedang bermain dengan telefonnya di atas katil sambil tergelak sendiri sekali sekala.
“Jom turun. Ghaffar dengan Kamal dah tunggu kat bawah tu. Katanya nak makan kat luar malam ni.” Kata Janna selepas melipat telekung dan sejadahnya. Mereka segera bersiap ala kadar. Hanya Mira saja yang mengena sedikit makeup pada wajahnya.

“Tak payah nak makeup sangat la. Bukan nak pergi restoran. Warung je pun. Tak ada orang yang nak tengok engkau.” Indah menjeling Mira dengan rasa menyampah. Mira hanya menjebik mendengar kata-kata Indah. Janna hanya tergelak lihat mereka. Pantang berjumpa pasti bergaduh.

“Okey, dah siap semua? Barang-barang penting semua bawak? Jom gerak sekarang” kata Ghaffar selepas melihat mereke bertiga turun ke ruang tamu. Selepas pastikan pintu terkunci, mereka segera bergerak menuju ke warung yang berdekatan.

Setelah tiba di warung yang berhampiran, mereka segera memesan makanan dan minuman. "Anak berlima ni dari mana? Tak pernah nampak pun dekat kampung ni sebelum ni.” Sapa seorang pakcik yang duduk berhampiran mereka.

“Pakcik ni ketua kampung kat sini. Panggil je Pak Ali.” Setelah mengenali Pak Dan, Ghaffar dan Kamal segera bersalaman dengan Pak Ali.

“Kami ni semua dari KL, datang sini sebab ada kerja yang kami kena buat.” Jelas Ghaffar.

“Owh iye ke? Habis tu kamu semua ni duduk kat mana? Rumah siapa?” Tanya Pak Ali sambil menghisap rokok daunnya.

“Saya dengan kawan-kawan saya tinggal dekat banglo Hijau hujung jalan ni je. Kebetulan banglo tu kenalan kami punya. Jadi, kami tumpang dekat situ sementara waktu.” Wajah Pak Ali segera berubah.

Beberapa orang kampung yang duduk berhampiran mereka turut mula berbisikan. Indah, Janna dan Mira mula berasa tidak selesa apabila pelanggan disitu mula memandang mereka semua.

“Kenapa Pak Ali? Ada apa-apa masalah ke?” soal Indah selepas melihat reaksi ketua kampung itu namun Pak Ali hanya menggeleng sebelum dia membayar minumannya da meminta diri untuk pulang. Mereka pulang ke rumah dalam keadaan penuh tanda tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience