BAB 8

Family Completed 23397

"Haris,kalau nenek ada calon yang sepadan,kamu mahu?"

"Masih adakah perempuan yang inginkan saya nenek? Saya ni cacat.Tak mampu memberi zuriat kepadanya nanti.Hidup saya juga tidak lama.Sakit saya makin teruk." Haris membuang pandangannya ke luar rumah.Berderetan anak ayam leka mencatuk tanah tanpa pengawasan sang ibu.Si tompok sedang peka memerhati.Mencuri peluang yang bila-bila masa tiba. Mujur sang ibu pantas membawa anaknya pergi menyelamatkan diri.Si Tompok melepas lagi. "Saya tidak mahu kecewa lagi.Cukuplah sudah 3 gadis.Saya tidak sanggup lagi nek."

"Insyaallah.Kali ini pasti jadi!"Neneknya memberi jaminan dan keyakinan. "Perempuannya pun sudah nenek pinangkan.Tapi dia juga tidaklah sempurna seperti manusia lain. Kamu mahu?Nenek dah berbincang dengan pihak perempuannya.

"Neneknya terus-terusan memberi penjelasan. Haris terdiam sejenak.

"Apa-apa sahajalah nek.Saya ikutkan saja.Dia tahu ke saya ada penyakit begini?" "Tahu."Ringkas.Kemudian nenek kesayangannya itu beredar ke dapur mendapatkan pinggan mangkuk yang masih belum dicuci.

"Hujung bulan ini ya!",teriak neneknya dari dapur.Haris hanya senyum tawar mengiyakan kata-kata neneknya. Dia bersandar pada birai pintu.Matanya ligat memandang ke luar.Namun sudah pasti hanya matanya yang merenung persekitaran rumah neneknya,tetapi fikirannya sudah jauh melayang dan hinggap pada seorang insan pemilik nama Wardah Humairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience