BAB 1

Family Completed 23397

“Bukan aku tak mencintaimu tapi inilah caraku menjaga hati dan kita dari pada mendekapkan api jahanam ke atas dadaku, lebih baik aku dibakar bara api rindu dalam kesabaran menunggumu, meski dalam waktu sejauh perjalan usiaku” – HARIS.

Salam Abang Harris, Maafkan Ini kerana membuat keputusan yang pastinya mengecewakan abang. Sungguh menolak pinangan abang adalah keputusan yang mampu Ina lakukan dan Ina harap abang dapat melupakan Ina dan Ina doa agar suatu hari nanti segala rasa cinta abang terhadap Ina akan terpadam terus dan diganti dengan insan yang lagi baik buat abang, Yang terbaik Ina doakan. Terima kasih untuk kenangan yang terukir, segala memori yang akan Ina kenang setiap kali terpandang bintang di langit. Cinta kita terukir di tempat lain tapi bukan di dunia ini. Kita takkan menyatu. Maafkan Ina dan halalkan segala-galanya. – KATRINA

Haris kelu. Segalanya sudah dijangkakan sejak awal lagi.Mungkin sejak dia mengetahui bawasa dirinya telah ditakdirkan dengan sebuah cerita hidup yang cukup sukar diterima olehnya mahupun orang lain.Namun,segalanya telah dicatat oleh sang pencipta dalam kitab kehidupan manusia. Hanya yang berbaki kini hanyalah segumpal keredhaan dan ketabahan.Mungkin secebis pengharapan.

"Aku juga ingin merasai sebuah kehidupan bermakna seperti insan lain yang punyai isteri dan keluarga bahagia.Walaupun kadar sementara,"bisik hatinya. Surat yang diterimanya dilipat kemas kembali.

Wajahnya diusap berkali-kali.Resah jiwanya menerpa lagi.Dadanya sedikit berombak namun dia cuba menenangkan diri.Pandangannya dilontar jauh menembusi luar jendela hingga ke langit tinggi.Bulan purnama penuh begitu jelita malam itu,pasti menambat hati sang pungguk.Sayangnya kasih si pungguk itu hanyalah sekadar rasa semata-mata. Ia tidak mampu mengikat apa-apa ikatan antara si purnama dan si pungguk.Begitu juga Haris. Rasa kasihnya pada Katrina bagaikan pungguk rindukan bulan.

"Mungkin tiada jodoh aku dan dia.Aku redha Ya Allah."

"Katrina tu cantik orangnya.Berbudi bahasa,sopan santun.Lepasan UK pulak tu! Ibu berkenan sungguh pada dia Haris." Haris mengingat kembali kata-kata ibunya seminggu yang lalu sewaktu Katrina datang ke rumah untuk melawat ibunya yang kurang sihat.Sewaktu itu Katrina masih belum mengetahui rahsia sebenar diri Haris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience