BAB 5

Family Completed 23396

Sekali-sekala angin bertiup keras dan menerbangkan hujung tudung hijaunya.Lantas dirapikannya semula.Gadis itu begitu asyik sehingga Kehadiran Haris di sisinya pun tidak disedari.

"Seorang?",soal Haris sambil melemparkan senyuman manis. Namun gadis itu terus membisu.Dia menatap wajah bujur Haris kemudian kembali menguis-nguis tanah.

"Saya duduk sekali?",pinta Haris tanpa segan silu.Belum sempat gadis itu memberi jawapan,Haris telah pun melabuhkan punggungnya di sisi gadis tersebut.

"Haris.Nama saya Haris."

"Wardah."Balas Wardah ringkas.

"Tak pernah nampak pun."Sambung Wardah lagi.

"Nenek Habsah nenek saya.Tapi jarang balik kampung dulu-dulu.Parent busy dengan kerja. Dari tadi saya tengok awak muram saja,ada masalah ke?"Soal Haris sambil mengurut lembut kumisnya yang nipis itu.Matanya dilepaskan ke arah kanak-kanak yang riang berlari ke sana ke mari.

"Siap,keluarga impian saya!"sahut Wardah lantas berdiri menepuk-nepuk tangannya yang melekat dengan pasir dan batu-batu kecil.Kemudian dia menunjukkan lukisan yang dilakarnya pada tanah seketika tadi.Dia tersenyum puas. Haris kebingungan.Kemudian Wardah berlari anak meninggalkan Haris sendirian terawang-awang.

"Tolong padamkan lukisan tu ya!",teriak Wardah dari jauh.

"Kenapa mahu padam?Biarkanlah,cantik!", balas Haris sambil ketawa kecil. "Sebab impian tu dah hancur dan hanya mimpi sang puteri di siang hari!",teriak Wardah kembali lalu ketawa kecil dan berlalu pergi. Haris mengerutkan dahinya.Kemudian memicit-micit dahinya dengan tangan kiri.Tangan kanannya dilekatkan pada pinggang. Matanya tertumpu ke arah lakaran tadi bersilih ganti dengan Wardah yang sudah pun jauh pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience