BAB 3

Family Completed 23397

"Bangun semua!!Selamat pagi cikgu Wardah."

"Selamat pagi murid-murid .Silakan duduk semua." Wardah.Bererti sekuntum bunga.Nama itu secantik tuannya.Senyuman tidak pernah lekang dari bibir gadis ini.Lesung pipit yang terukir pada pipi kirinya mampu menambat setiap jiwa-jiwa pria yang memandang.

Namun,Lumrah kehidupan manusia ini tidak pernah lari daripada bersifat lemah dan tidak sempurna.Allah Maha Mengetahui setiap ciptaanNya tersembunyi 1001 hikmah yang kadang kala tidak dapat dirungkai oleh manusia itu sendiri melainkan dengan taufiq dan hidayah daripadaNya. "Cikgu,cikgu!Cikgu kenapa ni?!",teriak seorang murid lelaki berbangsa india. Tiba-tiba Wardah rebah ke lantai.Semua murid di kelasnya menjadi panik.

Mujur kebetulan cikgu Syila melintasi kelas tersebut dan segera menghubungi ambulans.Keadaan ketika itu menjadi kelam-kabut sedikit kerana murid-murid mengerumuni tempat kejadian untuk mengetahui insiden yang berlaku.Maklum sahajalah,murid sekolah rendah.

Dua minggu Wardah bertapa di rumah dek kerana kejadian kelmarin.Sejak kejadian tersebut, dia jarang menampilkan senyumannya yang menawan itu.Dia kerap termenung.Kadang-kala air mata membasahi pipi.

"Maaf cik,anda disahkan menghidapi penyakit barah jantung tahap ketiga.Semoga cik bersabar ya." Wardah mengimbas kembali detik-detik dia diberitahu akan penyakit yang ditanggungnya selama ini secara rahsia.Seringkali dia mengadu sakit kepada ibunya,namun dia tetap berdegil tidak mahu membuat pemeriksaan lanjut.

Katanya takut murid ketinggalan dalam pelajaran.Jiwa pendidiknya begitu mendalam sehingga kesihatannya sendiri terabai.

"Wardah,apa yang dimenungkan tu.Makan ubat ni",ibunya menyapa. Wardah terjaga daripada lamunannya.Air mata yang hampir tumpah segera diseka.Bukan penyakitnya yang ditangisi tetapi jiwanya remuk apabila Kamal meminta pertunangan mereka segera dibatalkan sejurus dia mendapat berita Wardah ditimpa penyakit sedemikian rupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience