BAB 10

Family Completed 23397

Wardah terjaga daripada lenanya.

Tidak! Tidurnya malam itu tidak begitu lena berbanding malam-malam sebelumnya.Rasa berdebar menghalangnya untuk tidur nyenyak.Tambahan pula dadanya terasa sakit-sakit.

Segera dia mendapatkan telefon bimbit yang terletak di atas meja kecil di samping katilnya. Haris,selamat menjadi suami yang baik.Jangan awak terlalu merendah diri.Insyaallah segala-galanya ditentukan sudah oleh Allah untuk awak,untuk saya,dan untuk kita semua.

Kemudian pantas Wardah menekan butang send.Dia kembali meletakkan telefon bimbitnya lalu tidur. Awal-awal pagi tetamu sudah penuh mengunjungi rumahnya.Walaupun pada awalnya hanya bercadang Untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan namun pihak lelaki mahu ia diadakan secara besar-besaran.

Pihak lelaki dari Kuala Lumpur akan tiba jam 10 pagi dan langsung ke masjid untuk upacara akad nikah. Wardah kelihatan begitu menawan mengenakan baju kebaya, bertudung dan bersepatu putih.Sedondon dengan pacarnya juga akan mengenakan set serba putih.

Air matanya tumpah lagi.Sebak barangkali. Juru andam cuba menenangkan Wardah untuk mengelakkan make up rosak apabila dibasahi air mata.

"Wardah,jangan menangis lagi.Lupakan segala-galanya yang telah berlalu." Ibunya mengusap-usap lembut bahu Wardah.Lantas diseka air mata wardah menggunakan hujung lengan bajunya.

Wardah sedaya upaya melemparkan senyuman walaupun ia kelihatan pudar dan layu.

"Nenek betul ke dia boleh terima saya ni?"Sejak awal pagi Haris tidak henti-henti bertanya soalan yang sama sehingga neneknya naik lemas.Namun jawapan yang diterima tetap sama.Hanya senyuman.

"Siapa orangnya?"Soalan baru yang cuba diterbitkan oleh Haris.Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah ambil tahu siapa gadis yang bakal dikahwininya. "Tunggu di masjid nanti.Sudah,mari cepat!Ayah dan ibu kamu dah tunggu di masjid.Bising nanti!" Haris disambut mesra oleh ayah dan ibunya di masjid berhampiran rumah neneknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience