BAB 7

Family Completed 23396

"Tok,tok.."Pintu biliknya diketuk.Matanya pantas menangkap arah pintu. "Haris,Wardah datang tu.Cepat bangun.Dah siang ni!"Leter neneknya sambil berlalu pergi.

Seperti hari-hari lalu,mereka;Wardah dan Haris akan mengunjungi padang tempat mereka selalu bertemu

. Matahari petang itu agak terik memandangkan jarum jam masih menunjukkan angka 4 petang. Kanak-kanak pula masih belum ramai yang datang untuk mengisi petang mereka dengan beriadah.

"Saya tahu semuanya tentang awak.Nenek dah ceritakan segala-galanya."Pantas Haris memandang wajah Wardah.Dahinya kedut seribu. "Kenapa awak pandang begitu?"Wardah ketawa terbahak-bahak.Kemudian tawanya terhenti.Haris masih terus memandangnya kehairanan. Senyuman tersimpul pada wajah Wardah.Haris turut ikut tersenyum.Kemudian mata mereka dilayarkan ke arah padang yang hijau.Masing-masing sepi tanpa kata.Hanya suara riuuh kanak-kanak mewarnai petang itu.

"Awak tidak rasa saya ini cacat?Awak tidak malu berkawan dengan saya?"Haris memulakan bicara.Matanya masih memandang segerombolan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di tengah padang.Angin bertiup agak keras petang itu.

"Malu?"Balas Wardah ringkas.Kemudian dia bingkas berdiri.Haris turut sama berdiri.Rasa bimbang kembali menghujani jiwanya.

"Ya,malu?Kenapa,soalan saya masih tidak jelas?"Haris kembali bertanya untuk mendapatkan kepastian. Jiwanya diusung oleh rasa ragu yang menggunung tinggi. "Kenapa mahu malu.Berkawan biar sejuta.Walau siapa pun dia."Balas Wardah penuh keyakinan. Kemudian dia menoleh ke belakang.Menghadap Haris.

"Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni."Kemudian dia menapak pergi.Kali ini Haris hanya memerhati. "Bagaimana jika saya suka pada awak?"Lantang Haris bersuara.Langkah Wardah terkunci seketika.Dia tersentak akan persoalan Haris. Masing-masing terdiam.Kemudian Wardah menoleh sekali lagi.Namun kali ini jarak agak jauh sedikit.Tiada riak senyuman mahupun keceriaan pada wajah mereka.Wajah mereka tampil lebih serius.Haris menanti jawapan dengan penuh debaran.Kencang jantungnya bagaikan tidak mampu dikawal lagi.Penuh pengharapan.

"Jangan terlalu gopoh membuat keputusan Haris.Saya tidak mahu awak kesal dengan tindakan awak sendiri."Wujud ketegasan dalam nada bicara Wardah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience