BAB 4

Family Completed 23397

"Mak nak kau putus dengan Wardah!Perempuan tu dah nak mati,apa kau nak tunggu lagi!Banyak lagi Perempuan kat luar!"

"Tapi mak.."

"Dah,jangan nak bagi alasan lagi!Kalau mak kata putus,putus!" Kamal akur dengan keputusan ibunya. Kononnya dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka terhadap orang tuanya.

"Kesiankanlah Wardah ni Kamal.Mak cik tak sanggup tengok dia bersedih lagi.Cukuplah penyakit yang dia hadapi ni."

"Maaf mak cik.Saya terpaksa."Kamal segera meninggalkan bilik pesakit yang didiami Wardah. Sedangkan ketika itu Wardah belum sedar dari komanya. Hancur berderai hati seorang wanita bagaikan dihempas kaca ke batu.Wardah pasrah akan nasib yang telah menimpa dirinya.

Dia menghela nafas panjang.Matanya dipejam rapat-rapat.Wajah Kamal lantas menari-nari di ruangan matanya.Pantas Wardah membuka mata.Dia nekad menghapuskan nama seorang lelaki yang pernah membahagiakannya suatu masa dahulu daripada mindanya. Kamal.

Hanya persis seekor kucing jantan.

Suasana damai petang itu.Sang bayu beralun mesra mengikut rentak alam.Suara kanak-kanak riang ketawa di sana sini.Haris sedang asyik melihat segerombolan kanak-kanak bermain konda kondi sejenis permainan tradisional melayu.Dia kembali teringat akan zaman kanak-kanaknya.Begitu pantas masa berlari.Kini dia telah dikecewakan pula oleh seorang wanita bernama Katrina dek kerana zaman kanak-kanaknnya.

Bagaikan semalam zaman kanak-kanaknya berlalu.Bagaikan semalam juga peristiwa hitam itu meragut masa depannya. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah seorang gadis yang duduk bersendirian di bawah sepohon kelapa. Gadis itu asyik menyuis-nguis tanah dengan jari telunjuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience