BAB 9

Family Completed 23396

"Saya telah dijodohkan dengan seseorang.Insyaallah hujung bulan ini kami diijabkabulkan." "Oh,ya?Syukur alhamdulillah.Tapi maaf.Saya tidak dapat hadir pada hari bahagia awak kerana saya juga telah dijodohkan.Orang Kuala Lumpur kata ibu."Jelas Wardah penuh senyuman pada wajahnya.

"Saya ingat jodoh saya dengan awak."Usik Haris penuh manja.Gelak tawa mereka berderai seketika kemudian. Lama mereka bertemu petang itu.Sehingga fajar hampir terbenam mereka masih di padang.Mungkin itu pertemuan terakhir mereka.Selepas mereka disatukan dengan jodoh masing-masing,mungkin tidak manis lagi jika mereka bertemu sedemikian rupa.Ada sendu pada nada perpisahan kali ini.Dua insan yang ditemukan Allah dengan kisah hidup yang berasingan kini terpaksa berpisah atas jodoh yang telah ditentukan.

"Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya."Ucapan Haris penuh kesayuan.

"Saya juga.Mungkin kita tidak boleh berjumpa seperti begini lagi.Saya pun dah nak mula mengajar semula bulan depan jika bakal suami saya mngizinkan.Dah lama sangat saya berehat.Rindu pada murid-murid."Balas Wardah penuh bersahaja.

"Saya juga perlu balik ke KL.Ibu dan ayah dah selalu sangat call suruh balik lepas weeding nanti." Perpisahan mereka pada senja itu disaksikan sang burung yang terbang pulang ke sarang.Disaksikan bibit-bibit mentari yang terbenam pulang serta lagu sendu alam dan unggas.Semuanya menjadi saksi agung perpisahan antara dua insan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience