BAB 12

Family Completed 23397

Mereka tidak mengangka akhirnya jodoh tetap bersama mereka.Wardah tunduk tersipu malu.Haris pula merah padam mukanya menahan malu.Ternyata Allah lebih mengetahui jodoh dan pertemuan manusia.Tamat majlis,Wardah bersama Haris pulang ke Kuala Lumpur.

"Awak tidak rasa saya ini cacat?Awak tidak malu berkawan dengan saya?" Haris mengusik. "Malu?Kenapa mahu malu?Berkawan biar sejuta.Walau siapa pun dia."Balas Wardah penuh keceriaan. Hilai tawa memecahkan keheningan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur.

"Begitulah jalan cerita mama dan papa ditemukan.Sebulan kemudian mereka ambil saya sebagai anak angkat mereka dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim.Ketika itu ayah dan ibu saya meninggal dunia dalam kemalangan pulang dari hospital selepas ibu melahirkan saya."

"Allah Maha Adil Rahmat.Segala-galanya telah diatur dengan penuh teliti tanpa menganiaya seorang pun daripada hambaNya."

"Betul Qaseh.Walaupun saya cuma anak angkat tetapi mereka menjaga saya penuh kasih-sayang.Tapi sayangnya.’’

"Sabarlah rahmat.Segala yang datang pasti pergi.Kita yang masih berpijak kena teruskan hidup." Rahmat memandang Qaseh.Qaseh tersenyum menenangkan Rahmat. Wardah,ibu angkat Rahmat telah kembali ke pangkuan Illahi 10 tahun yang lalu setelah penyakit barahnya tidak dapat diselamatkan lagi.Rahmat telah dibesarkan oleh neneknya memandangkan ayahnya juga semakin uzur sejak Wardah meninggal dunia.

"Papa terlalu sayangkan mama sampai setiap hujung minggu dia melawat kubur mama. Dia sakit.Tapi dia gagahi juga untuk melawat mama.Katanya mama berkorban banyak untuk saya dan dia."

Tubuh Wardah disemadikan di kampungnya dan Rahmat beserta bapa angkatnya telah kembali tinggal di kampung bersama neneknya;iaitu ibu Wardah. Moyangnya meninggal dunia 2 tahun kemudian selepas ibu dan ayahnya berkahwin kerana sakit tua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience