BAB 13

Family Completed 23396

"Ayuh Rahmat kita pulang.Banyak lagi benda kita perlu selesaikan.Besok bukankah hari bahagia kita?" Qaseh cuba memujuk Rahmat.Dia faham jiwa dan perasaan Rahmat yang rindukan mama dan papanya.

"Marilah,sudah tentu nenek risau di rumah.Semenjak atuk meninggal dunia sebulan lalu nenek jadi seorang yang takut tinggal sendiri."Qaseh hanya senyum. Dia faham jiwa seorang wanita yang kehilangan seorang yang amat dicintai dalam hidupnya. Rahmat mendengus panjang.Kemudian dia membimbing Qaseh yang cacat penglihatan pulang ke rumah.Walaupun Qaseh seorang yang kurang upaya,tetapi dia seorang wanita yang tabah dan kuat berusaha sehingga dia berjaya mengecapi cita-citanya.

Ya,dia memang tabah!Seperti Wardah.Selain kerana kasih dan cinta Rahmat kepada Qaseh,keikhlasannya untuk menyunting Qaseh sebagai isteri didorong oleh kisah hidup mama dan papanya yang tabah umpama Qaseh. Tiada manusia yang sempurna dalam kehidupannya melainkan Nabi yang ma’sum.Semuanya bersifat lemah dan kekurangan tetapi itu bukanlah satu alasan untuk menghalang cinta dua insan bernama Rahmat dan Qaseh. "Maafkan saya puan.Anak puan ke Haris bin Zulkifli?"

"Ya,anak saya!Macam mana keadaan dia doktor?!" " Bertenang puan.Mungkin dia tidak dapat memberi zuriat lagi kepada keluarga puan kerana dia menghadapi kecederaan yang parah pada bahagian pundi kencing akibat hentakan yang kuat oleh objek keras dari jarak yang dekat pada bahagian berkenaan.Kami terpaksa melakukan pembedahan demi menyelamatkan nyawanya.Maafkan saya,saya ada kerja perlu diuruskan."

"Ya Allah,mak dah cakap jangan main bola sampai gaduh.Haris, Haris!

FIN

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience