Pukul 9.36 minit malam..
Malam itu,Ajaq dan Syahrul menyandarkan badan pada dinding.Sepatutnya sekarang waktu prep.Semua orang dikehendaki study..tapi dua orang ni pula pergi studo.Tidur dah lah sampai meleleh air liur.
Yucks!
Memanglah mereka menyandar sampai tak ingat dunia.Pukul 6.30 petang tadi dah makan nasi dengan ikan keli berlada.Lepas tu,pukul 8.00 tadi pulak emak Ajaq datang bawa nasi lemak dua bungkus seorang..Manalah tak ngantuk sampai tak ingat dunia!
Mata Ajaq yang hampir kerkatup kembali terbuka luas apabila melihat ada seorang budak form 3 tiba tiba berdiri.Laju saja mulutnya bertanya macam macam..
hisy..sibuk betul.
"Hoi,kau nak kemana tu?" Tanya Ajaq yang mula berdiri.Tangan sibuk menarik seluar yang sedikit terloroh kerana getah seluar itu sudah longgar.Mana tak longgar,dah tiga tahun Ajaq guna seluar tu..
"Saya nak pergi tandas,abang." Jawab budak tu sambil sengih macam kerang busuk.
"Ouh..nak pergi tandas?Kalau aku tak tanya tadi,agaknya macam tu aje lah kau keluar?Kau dah tak ada mulut ke nak minta izin?" Tanya Ajaq lagi sambil membaiki cermin mata pula.Kemudian tangan kirinya menarik narik baju rumah sukan biru yang dipakainya yang sedikit terselak di bahagian belakang.
"Saya baru nak minta izin dari abang Ramli tadi.." Budak itu bagi alasan yang munasabah.Ajaq mencebik bibir..Dengar aje nama Ramli,perasaan marah selalu bercambah.Tak tahulah..dia memang tak sebulu dengan si Ramli tu.
"Apa sal pulak kau nak pergi tanya si Ramli?Dia ke aku ketua bilik study ni,ha?" Tanya Ajaq yang sedikit geram kerana terasa bagai Ramli lebih menonjol dari dirinya.
"Memang lah abang ketua bilik study.Tapi abang yang tidur tadi..saya tak sampai hati lah pulak nak kejutkan abang.Sebab tu lah saya nak pergi tanya Abang Ramli." Budak itu memberi alasan.
Ajaq rasa terpukul dengan kata kata budak itu.Nampak sangat ke yang dia tidur tadi.Ajaq mengetap bibir..Rasa tidak puas hati makin bertunas dalam dirinya.
"Syahrul tak ada?Tanya Syahrul tak boleh ke?" Ajaq sengaja menarik nama Syahrul.Sesekali dia mengerling Syahrul yang sedang tertidur di sudut kiri bilik itu.Budak itu turut memandang Syahrul apabila Ajaq menoleh darinya.
"Kan Abang Syahrul dan Abang sama sama tertidur tadi?" Jawab budak itu.Ajaq sekali lagi terpukul..dia mengetap bibir.
"Ye lah..yelah!Cepat sikit..aku bagi masa lima minit.Lambat sepuluh saat aku denda kau iron baju uniform pengakap aku.Iron sampai hilang semua kedut.Aku tak nak ada orang kata yang aku tak iron baju esok." Ajaq memberi arahan.Budak itu mengangguk sambil ucap terima kasih.
Ajaq masih tak puas hati sebenarnya.Syahrul yang masih tertidur dikerling sekilas.Dalam hati masih tertanya tanya..Mahu kah Syahrul kalau dia ajak Syahrul melakukan misi untuk kali kedua?
"Syah.." Ajaq mengejutkan Syahrul.Syahrul terjaga lalu menggosok kelopak matanya berkali kali sebelum bertanya.
"kenapa?Dah tiba waktu minum malam ke?Malam ni makan apa?Makaroni dan air soya kan?Jom makan..aku dah lapar giler ni." kata Syahrul lalu berdiri.
Ajaq menggeleng geleng tanda bukan.Dia melihat kanan dan kiri sekejap,takut ada orang yang tengah stalk mereka.Kemudian Ajaq merapatkan mulutnya pada telinga Syahrul lalu membisikkan sesuatu.
"Jom,teman aku?"
"Ha..pergi mana pulak?Nak pergi giant tengah malam malam buta ni?"Ajaq menggeleng geleng.
"Bukan!Teman aku untuk menjaya kan misi kita yang seterusnya."
"Ha?Maksud kau nak takutkan bu..?"
"Please..Kali ni aje!Aku promise bahawa ini kali yang terakhir.Lepas ni kita takkan sebut lagi benda ni.."
"Tapi.."
"Tapi apa?"
"Tapi aku masih lapar." Ajaq menepuk dahi.
"Ya..nanti aku bagi kau makaroni aku punya."
"Dan aku pun masih dahaga." Ajaq tepuk dahi lagi.
"Ya..aku bagi kat kau semua nanti.Termasuk soya sekali."
"Tapi.."
"Haisy!Banyak pula tapi tapi kau kali ini?Boleh tak dalam sekali kau tolong aku dengan ikhlas?" Ajaq mula bengang.
"Err..okey!Tapi kau dah janji nak bagi aku makaroni dan Soya tu..Aku takut kau lupa!" Syahrul masih ragu ragu.
"Ye,Syahrul.." Ajaq mulai bosan.
"Promise?" Syahrul meminta janji.
"Yes,i am promise.So,boleh kita mulakan sekarang?" Tanya Ajaq dengan penuh harapan.Kalau ada perkataan 'tapi' yang masih keluar dari mulut Syahrul,dia akan tumbuk mata Syahrul sampai lebam.
Ajaq bukan apa,takut budak itu siap sebelum mereka buat persiapan.Nanti tak pasal pasal kantoi.
"Okey!Let's go bebeh!" Kata Syahrul lalu menarik lengan Ajaq yang sudah bersinar sinar matanya.
•••
P/S: Sorry semua..saya tahu dah lama saya tak update story ni.Hari tu saya janji nak sambung lepas dua minggu..tapi saya tak sambung² jugak.
Nak buat macam mana?Saya lupa minggu tu ialah minggu transformasi pelajar asrama.Minggu yang kedua tu pulak ada gotong royong sekolah.Macam biasa,cikgu² semua berharap pada budak asrama..Kalau budak asrama balik minggu tu,rasanya siapa aje yang datang gotong royong?
Lepastu..minggu ketiga tu pulak balik.Nak sambung tapi tak ada mood..orang kata apa,Badmood kan?Takkan lah tengah tengah tak ada mood,saya nak sambung jugak.Nanti story ni mengarut pulak.Macam sekarang ni lah..kenapalah penulis ni nak story pasal dia jugak?
Saya bukan apa..tak sedaplah kalau tak bagi makluman kat pembaca yang tengah baca sekarang ni.Saya dah janji tapi tak buat..
maaf!Tak sengaja..
Thank you.
Please support me.
I need your support!
Bye!Assalamualaikum..^•^
Share this novel