BAB 9

Spiritual Series 1539

Malam itu...

Semua pelajar asrama berada di surau kerana sekarang ialah waktu maghrib.Selepas menunaikan solat maghrib secara berjemaah,mereka meneruskan bacaan yasin.

"Yaa Sin..Wal qur'a nil hakim..Innakala minal mursalin..Ala siro.."Baru berberapa ayat dibacakan,mereka semua terdengar satu jeritan.Jeritan itu datang dari arah perempuan.

"Tolongg!!Ada orang kena rasuk!Tolongggg.."Terdengar seorang perempuan menjerit meminta pertolongan.

Ajaq dan Syahrul gatal.Laju saja mereka mengangkat punggung lalu bergegas ke tempat jemaah perempuan.

"Jaq,nak masuk ke?" Tanya Syahrul setelah tiba di depan tabir.Ajaq mengangguk sambil senyum gatal.

"Pastilah!Bukankah kaum lelaki tugasnya melindungi kaum hawa yang lemah?" Tanya Ajaq yang masih tersenyum.Kemudian Syahrul pun ikut tersenyum gatal.

"Nakal kau ni.." Kata Syahrul perlahan.Ajaq sempat dengar kemudian dia senyum.

"ARRGGHHH!!"

Sekali lagi bunyi jeritan kedengaran.Tapi kali ini lebih kuat lalu memaksa Ajaq dan Syahrul bertindak dengan lebih pantas.

Tanpa teragak agak,Ajaq membuka satu tabir yang menjadi pemisah antara tempat lelaki dan perempuan.Laju saja kaki Ajaq mendekati pelajar perempuan yang kena rasuk tu.

Sementara itu,Syahrul masih berada di tempat tabir sambil memerhati tindakan yang akan dilakukan oleh Ajaq nanti.Syahrul perasan ada pelajar tingkatan dua sedang mengintai secara curi curi.Ringan saja mulutnya menjerkah budak tak sayang mata tu..

"Hoi!Yang kau duk intai intai tu kenapa?Aku cucuk juga biji mata kau dengan pen karang.." Marah Syahrul.Pelajar itu terkejut lalu duduk jauh jauh dari Syahrul.

Syahrul mengambil keputusan untuk duduk dengan Ajaq.Dia menutup semula tabir yang terbuka.Bukan apa..takut ada budak lain yang gatal mahu mengintai aje..

Alangkah terkejutnya Syahrul bila nampak Ajaq sempat berborak dengan dua orang budak yang dalam lingkungan tingkatan dua.

"Adik Su tak apa apa?"Tanya Ajaq.Adik Su yang dimaksudkan itu menggeleng geleng membuatkan Ajaq lega.

"Abang Ajaq bukan apa..dengar aje orang kena rasuk,terus abang teringatkan adik..Abang risau kalau adik kena apa apa." Kata Ajaq lagi kepada Adik Su merangkap adik angkat nya.

"Eh..abang Ajaq ni sweet la..Suka adik.." Adik Su pula membalas.Ajaq senyum sebelum menjawab.

"Abang sweet dengan adik Ika je.." Ajaq tersalah sebut nama.

"Adik Ika?Saya Su lah..abang kata abang ade sorang je adik angkat..Abang tipu!" Marah Adik Su.Ajaq menggelabah.Memang dia tipu pu.

"Hoi Ajaq!Kau ni gatal la..!!" Marah Syahrul setelah mendengar percakapan antara mereka.Cepat cepat Ajaq menghampiri Syahrul yang sudah berubah serius.

"Syah..apa patut kita bu.." Belum sempat Ajaq bertanya,ada seorang perempuan yang juga merupakan rakan kelas Ajaq memotong.

"Hoi,Ajaq!Kau tak payah jadi lelaki lah!Kalau orang kena rasuk,kau sepatutnya kena azan!" Marah budak perempuan yang bernama Sayyidah tu.

"Sabarlah,Dah..aku nak tolong pun dah kira mujur tau!" Marah Ajaq balik.

"Takpe Jaq..biar aku yang bang (azan).." Kata Syahrul.Ajaq mengangguk sebelum menjeling Sayyidah.Sayyidah menjeling semula.

Padahal dalam hati,Ajaq berkata begini..

'Wahai Sayyidah..tegar benar kau men sound aku dihadapan teman teman mu.Bukan kah kau dah tahu yang selama ini aku tulus mencintai mu..

Mengapa tegar benar kau buat aku begitu.

Sayyidah..harus kah kau memperlakukan aku sebegini sedangkan kalau tiada aku,tiada lelaki pun yang meminati kau..'

Itulah yang Ajaq nak kata..Sebenarnya sudah lama Ajaq menyukai Sayyidah.Tapi dia tidak berani untuk meluahkan perasaan nya kerana dia takut Sayyidah akan menolak.Tambahan pula,dia keliru dengan layanan yang ditunjukkan oleh Sayyidah.

Kadang kadang Sayyidah melayannya dengan baik sampai Ajaq terbawa bawa dalam mimpi.Dan kadang kadang,Sayyidah juga melayannya dengan teruk seperti memarahinya didepan perempuan lain dan sentiasa menghasut cikgu untuk memarahi Ajaq bila dia tersilap jawapan 12+5-3.

Semakin lama semakin mengarut kisah ini.

Berbalik pada kisah tadi.

Syahrul melangkah mendekati pelajar yang dirasuk itu dan berhenti tiga tapak jaraknya.Syahrul meletakkan tangan ditelinga sebelum perlahan lahan melantunkan azan.

ALLAH HU AKBAR
ALLAH HU AKBAR..

....

....

..LA'ILA HA'ILLALLAH..

Dari awal sampai akhir Syahrul melantunkan azan.Mangsa yang kena rasuk itu menjadi lemah dan semakin lemah..dan akhirnya hanya mampu terbaring.

Syahrul menadah tangan seolah olah berdoa padahal dia tak tahu pun apa yang patut dibaca.Akhirnya dia hanya mulut yang terkumat kamit membaca sesuatu..

Syahrul membaca senandung surah al Fatihah...Oleh kerana sangat perlahan,orang lain tidak perasan.

Syahrul meraup muka sambil menyebut Amin.Semua orang turut mengaminkan

••••

Sorry semua sebab lama tak update ×_+. Memang saya buzy sangat sekarang..tambahan pula saya dah kehabisan internet.Ni pun boleh menulis sebab buat hotspot curi curi..Nak buat macam mana?Terpaksa..

I am so sorry..saya memang buzy kebelakangan ini.Maklumlah,masuk satu hb nanti saya kena masuk asrama :?

Eei..tak sukanya asrama.Agak agak boleh tak kalau saya nak buat buat demam sebab tak nak gi asrama?Boleh tak..

Ngee..memang tak boleh!Saya benci asrama sebab...

Hey..bukan sebab ada hantulah!Kalau nak tahu,sayalah budak paling berani dalam aspuri tahu tak? (Riak nya aku :p)

Okeylah..Saya stop kat sini dulu.Saya akan mula sambung lepas dua minggu nanti.Bacalah bab yang lain dulu ya..

Bye bye..

please support me!
I need you support!

Cedih nye..-_-

Assalamualaikum|||/

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience