Prolog

Spiritual Series 1539

Pada pukul satu pagi..

Ajaq terjaga dari tidur setelah bermimpi buruk.Entah kenapa,dia berasa tidak sedap hati.Oleh itu dia mengambil keputusan untuk mengejutkan Syahrul.

"Syah..bangun jap." Ajaq menggoncangkan tubuh Syahrul agar rakannya itu terjaga.Tapi Syahrul masih tidur..siap berdengkur macam badak hilang lubang hidung sebelah.

'Isy..tidur mati pulak.'

"Syah..bangun lah wei.." Ajaq menggoncang lagi.Syahrul yang masih tidur itu mengibaskan tangan macam bagi tanda supaya jangan ganggunya.Tangan Syahrul yang bergerak terkena dahi Ajaq.

"Hoi..ingat aku ni lalat ke apa?" Marah Ajaq.Syahrul masih tidur.Selamba badak aje Syahrul membontoti Ajaq membuatkan Ajaq rasa geram.

Ajaq masuk dalam bilik air lalu diambilnya berus gigi Syahrul.Tidak lama kemudian, Ajaq kembali semula.Lubang hidung Syahrul di cari..

Hehe..Idea jahat dah muncul.

Ajaq memasukkan bulu berus gigi kedalam lubang hidung Syahrul.Syahrul yang terasa geli membuka kelopak mata dengan lambat lambat.Dia duduk dalam posisi separuh baring.

Syahrul menggosok gosok mata sebelum dia menguap panjang.Hisy..dah lah tak tutup mulut.Nanti masuk syaitan baru tahu.

"Ouh..kau,Jaq.Kenapa kacau aku nak tidur ni.." Tanya Syahrul dengan mata tertutup..masih mengantuk agaknya.

"Syah..aku tak sedap hatilah.." Ajaq mula mengadu tentang perasaannya.

"Hemm.." Hanya itu yang Syahrul balas.Ajaq bercakap lagi.

"Semalam..aku mimpi patung pocong yang kita buat tu tidur kat tepi aku.." Kata Ajaq sambil mula duduk bersila diatas lantai di sisi katil Syahrul.

"Hemm.."

"Dalam mimpi tu..dia cakap dia panas."

"Hemm.."

"Dia marah kita ganggu dia ke?"

"Hemm.." Syahrul ni asyik hermm hermm je!Cubalah kata what ke..hah ke..Seriosly ke..Syahrul ni memang buat Ajaq rasa marah.

"Woi!Kau dengar tak?!" Marah Ajaq.Syahrul tak menyahut.Oleh kerana si Ajaq ni rabun jauh jadi dia terpaksa datang menghendap Syahrul sampai rapat.

Krohh..krrohh..

Ajaq ternganga.Boleh pulak tidur masa orang bercakap.Rasa macam nak hempuk aje Syarul dengan selipar jamban.Tapi dia tak sempat nak buat semua tu.

"Syah..kau ni memang nak kena lah dengan aku!" Marah Ajaq..sambil mencubit perut Syahrul.Syahrul memberi respon perut kempis..buat Ajaq bertambah geram.

"Woi..bongok!" Marah Ajaq sambil menggeletek tapak kaki Syahrul..tapi tak berkesan langsung.Kulit kaki gajah ke apa ni?Tak geli ke..

"Ptuih.." Ajaq meludah air liur pada tapak tangan.Rasakan kau Syahrul sebab buat tak layan aku!Ajaq menyapu air liur pada hidung Syahrul.

Syahrul bau busuk..Terus dia celik mata.

"Woi..kau ni pengotorlah!" Marah Syahrul sambil membuntangkan mata.Disebabkan baru bangun tidur,mata yang dibuntangkan pun tak nampak buntang.Sama macam biasa saja..

"Kita kena cabut balik kain kat pocong tu!" Kata Ajaq dengan tegas.Syahrul memandang Ajaq dengan tatapan yang kosong.

"Nanti nanti lah..esok masih ada,Jaq.." Jawab Syarul tenang.Selamba dia nak membaringkan badan dia.Tapi Ajaq sempat halang.

"Tak boleh!kita kena selesaikan sekarang.Kalau tak dia akan terus ganggu kita.." Tegas Ajaq lagi.Syahrul diam tak berkutik.Seminit kemudian baru dia buka mulut.

"Okey,kita akan settlekan semua ni.But,not today,please?" Jawab Syahrul.Terus Ajaq berdiri.

"No!Kita tak boleh tunggu lagi,Syah..Kita kena bertindak sekarang.Aku takut warden buat spokcek mengejut nanti...mati kita kalau warden tahu.." Ajaq bertegas.

"Aku tak nak.." Jawab Syahrul.Ajaq menggeleng kesal.

"Please la..Syah,kau kan kawan aku?Tak kan tak nak tolong aku..Lagi pun bukan aku sorang yang buat semua ni.Kau pun terlibat jugak.." Pujuk Ajaq lagi.Syahrul diam..takkan lah tidur lagi.

"Okey lah.." Putus Syahrul sambil bangun.Adoi..nak ajak pun kena sampai setengah jam ke?Mereka bergerak ke bilik seterika yang berada di sebelah dorm mereka.

Di dalam tu lah pocong patung tu disimpan kerana bilik menggosok tu sudah tidak diguna.Tambah pula,lampu dalam bilik itu dah rosak..gelap dan menyeramkan.

Ajaq dan Syahrul bergerak ke almari yang diperbuat daripada kayu jati itu.Dalam tu lah pocong tu berada.

Krekk!

Mereka menggangkat pocong buatan itu keluar.Masa tengah angkat,Ajaq rasa benda ni semakin berat dari asal.Macam tengah angkat tong gas.Padahal benda ni bantal golek aje.

"Aku rasa benda ni makin beratlah.." Tegur Syahrul lepas meletakkan pocong tu atas lantai.

"Apa yang kau rasa sama macam yang aku fikir.." Jawab Ajaq perlahan.Mereka mula mencabut kain sembahyang yang tersarung pada benda tu.

"Eh..kenapa tak boleh cabut ni?Kau..kau letak gam gajah ke apa?" Tanya Ajaq dengan cemas.

"Lak?Aku pulak..bukan kau ke?" Syahrul membalas dengan nada yang cemas.

"Gunting ada tak?" Tanya Syahrul.Ajaq melihat di sekeliling.Matanya tertumpu pada benda bawah meja.Eh..ada gunting.Tapi kenapa boleh ada pulak?Macam tahu tahu aje..

Ajaq menghulur tangan ke bawah.Terus terasa tangannya macam disapa oleh angin dingin.Jantung berdegup dengan kencang.

Bawah meja ni mana ada lubang yang membolehkan angin masuk.Kalau ada pun melalui tingkap yang menghadap kearah hutan tebal yang kalau tenung lama lama,akan terasa aura negatifnya.

Ajaq rasa tak sedap hati.Dia tak jadi ambik gunting tu sebab bulu romanya dah tegak 90° darjah.Terasa bulu tengkuknya berdiri.

'Benda' tu datang lagi ke?

"Syah..kita kena cepat alihkan benda ni!" Arah Ajaq sambil mula mengangkat bantal golek yang nampak sama macam apa yang ditiru.

"Tapi kemana?"

"Dalam semak belakang asrama ni."Terus Syahrul terkejut beruk.

"Are you serious,Jaq?"

"Aku tak ada masa nak gurau!"

"Tapi..kan dah gelap?"

"Dark is better than light for now.Other people will not see us." Jawab Ajaq dengan tegas.Cehh..ayat!Biasa Ajaq ni jenis yang slow kalau bab speaking ni.Tapi tengoklah sekarang..Ajaq dah berubah bro.

Syahrul angguk.Mereka angkat benda tu.Yang peliknya,tadi berat benda ni macam angkat tong gas.Tapi sekarang benda ni dah berat macam seorang kanak yang berumur dalam lingkungan darjah tiga.

ke benda ni dah kena tumpang dengan benda tu?

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience