BAB 6

Spiritual Series 1539

Syahrul sudah keluar.Dia nampak Ajaq sedang bersembunyi dibalik tangga.

"Jaq..jom kita start sekarang" Ajaq Syahrul.Ajaq mengangguk setuju.Dia mula masuk kedalam tandas sambil membawa bantal golek yang sudah dihias macam pocong.

Tidak lama nanti,bantal golek ni akan bertemu dengan pemilik yang sebenar.Ha?Siapa?Tu..yang tengah duduk bertinggung atas jamban lah.

"Syah..kau dah keluar ke?" Ajaq dengar Ramli bertanya dengan suara gugup.Takutlah tu..Ramli berharap agar Syahrul belum keluar tapi hakikatnya Syahrul memang sudah tinggalkan dia.

Ramli nak marah..tapi dia tak boleh nak marah sebab sekarang dia rasa macam nak menangis pulak..

Wo wo wo..ibu..Ramli memanggil ibunya dalam hati.Sementara itu,Ajaq sedang menyandarkan pocong pada dinding tandas.Ada senyuman kepuasan terbit pada bibirnya.

'Padan muka kau,Ramli..'

Serentak dengan itu,Ajaq terdengar bunyi penyelak diangkat.Itu menandakan bahawa Syahrul sudah siap.Ajaq menggelabah..Dia masih belum siap menstabilkan pocongnya.

Kerana terpaksa,Ajaq pergi meninggalkan pocongnya yang masih terumbang ambing.Ajaq bersembunyi di tempat belakang.

Krekk..

Bunyi pintu terbuka.Mesti Ramli dah keluar.Ramli menjengulkan kepala lalu dipandang kanan dan kiri.Oleh kerana ada pokok besar di sebelah kiri,jadi kedudukan pocong terhalang.

Ramli keluar lalu bergerak ke tempak singki berada.Semasa membasuh tangan,mulutnya tidak habis habis membebel.

"Tak guna kau,Syahrul..tinggalkan aku kat sini.Patutlah kau beriya iya ajak aku tidur dalam dorm kau..rupa rupanya ada muslihat tersembunyi rupanya.Mesti kau berkomplot dengan Ajaq kan?Mengadu pasal aku lah Ajaq tu.." Ajaq dengar Ramli membebel sendiri.

Nak aje Ajaq keluar untuk sembur balik si Ramli tu.Tapi dia terpaksa bertahan untuk bersembunyi disini.Kalau dia menunjukkan dirinya,rancangannga akan terkantoi.

"Kau ingat kalau ada hantu depan aku sekarang,aku akan takut lah..Mesti kau ingat aku menjerit sorang sorang sebab jumpa hantu..tapi maaflah..Aku bukan macam tu." Ajaq dengar Ramli membebel lagi.

Kemudian,terdengar pili air ditutup.Terus tiada bunyi air yang masuk dalam lubang singki.Ramli mengelap tangannya pada baju tidur gambar ultramannya.

Ramli pusing kekiri..Tiba tiba dia ternampak pocong yang Ajaq buat tengah bersandar pada dinding.Matanya terbeliak kerana sangat terkejut.Dia ingin menjerit meminta tolong tapi suaranya macam tersekat di kerongkong.

Tiba tiba pocong itu nak terbalik sebab tak stabil.Ramli ingat pocong tu nak datang dekat dia dengan menggolek.Masa pocong itu sudah jatuh,barulah semua anggota Ramli dapat berfungsi.

"Arrgghhh...!!" Jerit Ramli sekuat hati.Habis hilang semua azimat air liurnya yang kononnya akan berkesan pada hantu.Semua teorinya tentang hantu sudah tidak boleh diguna pakai.Dia sekarang sedang berhadapan dengan hantu.

Ramli mengumpulkan air liurnya.Fuhh!!

Air liur disemburkan pada pocong yang sebenarnya bantal goleknya itu.Tapi tak berhasil.Ramli rasa macam nak menangis sekarang.

Ramli keluar dari tandas cepat cepat.Masa dia keluar,Ramli nampak Syahrul sedang menunggu di luar.Syahrul terkejut.Dia fikir Ramli akan pengsan tadi.Terus dia buat buat tanya.

"Ke..kenapa Ramli?Apa yang berlaku?" Tanya Syahrul dengan sandiwaranya.

"Syah..ak..ak..aku nampak hantu tadi!Ak..ak..aku nampak hantu pocong..dia nak ma..makan aku!" Jawab Ramli dengan tegagap.

Pocong nak makan Ramli?Syahrul rasa macam nak gelakkan Ramli sekarang jugak.

"Hah!Po..pocong!" Jerit Syahrul yang sengaja buat buat terkejut.Barulah mantap lakonannya.

"Ya..Syahrul!Ak..aku tak tipu.Me..memang aku nampak dia tadi!" kata Ramli lagi untuk meyakinkan Syahrul.

"Ma..mana dia?Mari aku kerjakan dia!" Syahrul buat buat berani.Dia pura pura nak masuk dalam tandas.Tiba tiba Ramli memegang tangannya membuatkan langkahnya terhenti.Syahrul menoleh.

"Jangan,Syah!Pocong tu akan makan kau nanti.." Ramli menghalang.Syahrul tersenyum sinis sambil merungkaikan pegangan tangan Ramli.

"Tak apa,Ram..aku ada kebolehan yang luar biasa macam Wu Xin..Aku boleh sembur azimat air liur aku kat muka pocong tu.Dia akan terbakar sekejap nanti." Syahrul salin ayat Ramli tadi.

"Tapi,Syah.."

"Jangan risaukan aku..Aku takkan apa apa."balas Syahrul.Ramli mengangguk.Kemudian dia berlari meninggalkan Syahrul menuju ke dormnya.

Syahrul tunggu Ramli masuk dalam dorm dulu.Barulah dia masuk untuk berjumpa dengan Ajaq.Masa dia masuk,Ajaq sedang mengangat pocong tersebut.

"Macam mana?" Tanya Ajaq.Syahrul tersenyum puas.

"Misi kita berjaya!"Jawab Syahrul sambil mengangkat tangan ingin buat highfive.Ajaq pun buat gaya yang sama.Mereka tersenyum puas.Hari ini ialah hari paling yang memuaskan dalam hidup mereka.

Puas hati aku!Bisik Ajaq.

••••

Dalam bilik seterika..

Ajaq dan Syahrul menyimpan pocong itu dalam almari usang itu.Kalau mereka rasa untuk menggangu pelajar lain pula,mereka akan mencari bahan dalam almari itu saja.

"Tak sangka penakut juga si Ramli tu." Kata Syahrul sambil tersenyum puas.Ketika itu,mereka sudah selesai menyimpan pocong mereka.

"Kan aku dah kata dia tu bercakap aje besar?Penakut sebenarnya budak tu.." Balas Ajaq sambil membaiki cermin matanya.

"Padan muka dia..berani sangat cabar kau dan buat kau sakit hati.Aku dah kata yang kau memang pantang dicabar.Sekarang kau dah menang,Jaq..Tahniah!" Kata Syahrul lalu menepuk bahu Ajaq.

Ajaq tersenyum puas.

"Terima kasih,Syah..sebab tolong aku jayakan misi ini.Tanpa bantuan dan sokongan kau,aku takkan berjaya dan tersenyum lebar macam sekarang." Ucap Ajaq pula.Memang dia berterima kasih sangat dekat Syahrul.Dia memang percayakan Syahrul..

"No hal lah..kau kan kawan aku.Time kau susah,aku tolong..time aku susah,kau pulak yang tolong.Kita kan saling melengkapi antara satu sama lain?"Kata Syahrul.Segera Ajaq peluk Syahrul.Bertuah dia sebab dapat kawan yang memahami macam Syahrul ni.

"Kau memang kawan terbaik aku..Kau lah kawan baik aku sampai selama lamanya." Ucap Ajaq lagi selepas melepaskan pelukan.Peluk lama lama,sesak nafas pulak si Syahrul ni.

Syahrul tersenyum manis sambil menggangguk.Dia pun bersyukur sebab punya Ajaq sebagai kawan baik.Ajaq memang baik pun padanya.Ajaq nampak aje nakal dan selalu buat hal tapi sebenarnya Ajaq punya hati yang lembut macam kapas..Tapi hitam macam arang sebab dia selalu buat hal.

Mereka keluar dari bilik menggosok lalu masuk dalam dormnya.Jam sudah menunjukkan pukul 2.41 pagi..Oleh kerana mata sangat mengantuk dan semakin memberat,mereka tak sempat untuk melihat Ramli.

Dia tak tahu Ramli sedang tidur atau pun menangis sekarang.Mereka tak nak tahu dan tak kan ambik tahu sebab mereka dah penat sangat sangat sekarang.Ajaq dah puas hati sebab dah buat Ramli berjumpa dengan hantu.

Mereka tertidur kerana terlalu penat.Mereka tidak sedar bahawa katil yang Ramli guna tidak digunakan dan..

..keadaan cadar yang kemas dan regang itu langsung tidak menunjukkan tanda tanda bahawa seseorang telah menggunakannya atau...

..ayat yang paling jelas untuk difahami ialah Ramli tidak tidur di atas katil itu dan tak menjejakkan kaki ke dalam dorm itu..

••••

Dihujung bangunan,ada dorm 11.

Kelihatan seorang pelajar lelaki yang berumur 17 tahun sedang tidur lena atas katil empuknya.Ada senyuman dalam tidurnya.Orang itu ialah..

..Ramli..

°©°/

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience